Seminggu tenggelam nasib baik timbul lagi.Minggu ni rasa sekejap je ni dah hari Jumaat.Sempat curi masa jengah blog kawan-kawan melalui phone tapi rasa macam tak puas nak kena mengadap PC juga.Hari ni saya dah boleh start singgah blog kakak,adik,abang semua.
Kesian DakPia asyik kena tinggal je kan so semalam tanya dia nak makan apa,nak Nippon Sushi katanya.Nasib baik tak mahal nak beli jiwa modalnya cuma sushi.
Curi-curi ambil gambar 3,4hari tak jumpa tiba-tiba rasa malu pula nak bertentang mata😚
Menu Nippon Sushi ni banyak ye ada sushi,shashimi,udon,teppanyaki,donburi eh banyak lagi la rasanya lebih 200 menu kot.Ambil masa juga nak pesan menu apa.Kami pula keluar dah lambat dalam pukul 3petang masing-masing perut dah kosong,Pia kalau boleh semuanya dia nak.
Rasa macam lambat nak tunggu sushi yang order ambil sushi dari belt dulu,kemaruk sushi sungguh.Makanan waled sampai awal dia order nasi goreng salmon,saya try juga semulut dua tak boleh makan banyak rasa muak.
Temaki Soft Shell Crab time gigit sampai tertutup mata terlebih sedap sebab lapar rasanya ni
1 set ni ada 3 ketul daging balut isi cendawan,cuma hati-hati dengan cendawan tu liat boleh tercekik melekat pula celah-celah gigi.
Eh dia pandang kita pula dah baru nak curi gambar makan terus rasa blushing😆
Sejak ada Nippon Sushi ni rasanya support sini je dah,murah dari sushi king,sushi pun besar-besar puas hati sungguh.Lagipun ni milik bumiputera jadi kita sokong la kan...
Amboi banyak pesan itu. Balas dendam makan ke itu? Rasa ada Nippon Sushi di Melaka tapi belum singgah lagi.
ReplyDeleteAdoiiii..kemain malu² ummi kamu ni Piaa oiii.. hahahaa. Gelihati kite tau.
ReplyDeleteKak, cendawan enoki tu memang liat kan. Kalau masuk dalam sup pun hadoii, boleh terselit² kat gigi. Hahaha. Goreng salut tepung je sedapnya.
Kena outstation selalu ni, baru rasa macam pengantin baru. Hehe... Alaaa.. kat sini takde Nippon sushi. Nippon paint ada.
ReplyDeleteoh Org. kita harus tu support
ReplyDeleteanak no 1 dan 2 mkn sushi tp cilnur x mkn he hee
sedapnya sushi. lama tak makan lepas pregnant hari tu tak makan2 lagi sushi. nanti nak ajar afeeya makan sushi jugak la, tunggu besar sikit boleh mkn mcm2
ReplyDeleteMama sibuk, sian Pia :D
ReplyDeleteRasa mcm ada juga NS dekat² sini ..nanti boleh try sbb kitorg x pernah masuk kedai sushi 🤭
Anak2 unce pun suka sushi2 ni...
ReplyDeleteCendawan enoki tu kan? Akak pun pernah nak tercekik makan enoki. Tu yang jadi tak berani nak makan lagi dah. Masak tomyam ke apa ganti cendawan lain.
ReplyDeleteRomantiknya.... Malu-malu ye!
ReplyDeleteMoga kasih sayang sentiasa mekar di taman hati.
alehhhh malu malu laa pulaksss🤭
ReplyDeleteseronoknya dapat makan makanan Jepun....ini pertama kali saya dengan Nippon Sushi
ReplyDeleteAla..cian Pia asyik kena tinggal.Nasib baik ada sushi Nippon ..hihihi
ReplyDeleteSweeet la umi ngan waled..sentiasa dilamun cinta❤️...🐜🐜🐜🐜🐜
Semoga Allah kurniakan SAMAWA hingga ke Jannah🤲
Baru tau Nippon sushi ni restoran bumiputera. Sedap2 menu, saya paling suka temaki soft shell crab tu.
ReplyDeletepernh skali mkn nippon sushi..byk pilihan smp xtau nk order apa...
ReplyDeleteeh mcm baru bercintan cintun ek kak... mentang2 lama tak jumpa terus malu2 kucing ek heheheh. Sedap-sedap nengok menu semua tu cumanya memang idokla nak ajak Edy makan semua ni mau dia sanggup lagi makan kt mamak dr makan gini
ReplyDeletesedap2 juga nippon sushi ni kan. patut la ramai yg makan kat sini
ReplyDeleteBr dgr nippom sushi.. milik org kita rupanya.. menarik tu siap ada nasi goreng pulak tu
ReplyDeletewaahhh...sedapnya semuaaa
ReplyDeleteammi pun sejak tau wujud nippon sushi ni mmg dah tak jejak dah raja sushi tu. ammi kalau gi nippon suka betul meratah jeruk halia dia tu
ReplyDeleteso sweet.... malu2 gitu, aww...
ReplyDeletesedapnya sushi..lama giler kot x layan sushi..emm..mcm nak kena cari jugaks ni
Halahhalah ummipia ni... sweet sangat sampai blusihing gitu.
ReplyDeleteHati2.. nanti pia tak jadi bongsu 😂😂
Saya pun baru ada kelapangan blogwalking setelah lama menyepi. huhu...pasang surut seorang blogger begitulah. Ada masa masa dia.
ReplyDeleteSo far belum pernah lagi makan di Nippon Sushi. Seronok Pia dapat makan macam-macam.
Seronok la Pia dapat makan sushi kan...
ReplyDeleteMakan kat sini tanpa was was kan sebab owner dia muslim. Ex MRSM Kuantan.
ReplyDelete