Thursday, April 20, 2023

TAPAI PULUT DAUN GETAH

 Cerita tapai orang dulu-dulu kalau buat tapai nak kena sorok-sorok,tak boleh bising,tak boleh buat masa tengah uzur(untuk perempuan) nanti tapai tak menjadi.Tak tau la betul atau sekadar mitos.

Pemanis mulut di hari raya ni jika di sebelah Pantai Timur dah menjadi hidangan wajib salah satu makanan tradisi turun temurun.

Saya balik kerja hari Isnin masuk dapur tengok ada sejambak daun getah,maka faham la yang waled nak minta buatkan tapai untuk hidangan hari raya.Katanya daun getah beli di pasar basah sejambak tu RM10..daun getah pun dah mahal ye.

Hari Selasa pagi sebelum pergi kerja saya dah siap-siap basuh rendam beras pulut.Balik kerja petang dah boleh terus kukus.Buat tak banyak sekilo beras pulut je orang kata asalkan ada.Pukul 6.00 dah siap kukus pulut sejukkan dalam dulang sebelum nak tabur ragi.Pulut kena betul-betul sejuk dan ragi kena panaskan sekejap atas tutup periuk.

Tunggu waled balik terawih dalam pukul 10 malam baru la nak mula bungkus tapai.Walau nampak simple tapi ianya sangat renyah tambah pula badan dah letih seharian dan ambil masa yang lama untuk siap membungkus.

Saya paling suka bungkus tapai guna daun getah sebab nampak cantik ada 3 helai daun pada setiap tangkai.Lagi satu daun getah ni akan mengeluarkan aromanya yang tersendiri.Saya belajar buat tapai dengan arwah nenek,setiap kali balik beraya 2,3 hari sebelum 1 Syawal arwah akan buat tapai,dari situ lah saya cuba-cuba ambil ilmu.Belum pernah derhaka pada resepi risau tak menjadi sekarang dah kerap buat pun belum ingkar lagi punya lah takut😂

1kilo beras pulut dapat 130 biji tapai,bungkus kecil-kecil untuk 1suapan.Kena tunggu 3hari untuk dapat tapai yang 'manis leting'.Sedapnya bila makan sejuk-sejuk.Siapa pernah makan tapai pulut dengan aiskrim vanilla?bertambah sedap tau....

Kena bungkus dengan kain batik dan simpan tempat gelap suhu bilik.Pantang larang ni tak tau la betul atau tidak tapi saya follow je la petua orang dulu-dulu.Lepas 3 hari boleh tengok kalau dah berair dan manis rasanya dah boleh simpan dalam peti sejuk.










Tuesday, April 18, 2023

KUIH RAYA BY PIA IS DONE!

 Pia dah pesan dari awal,tahun ni umi jangan beli kuih raya,Pia nak buat sendiri katanya.Dari awal puasa dia dah ajak beli barang tapi saya duk tangguh-tangguh baru rasa nak tenang-tenang je tahun ni.Tapi bila fikir balik memang tak best kalau tak buat sendiri semua ni akan jadi kenangan suasana sambut raya macam kita dulu-dulu.

Saya pesan buat kuih yang paling senang di abad ini tak mau buat yang rumit nanti kuih tak jadi mula la tak ada mood nak kemas dapur,hujung-hujung nanti umi juga yang kena kemas.

Alhamdulillah Pia dapat siapkan juga 5 jenis cookies hari Sabtu&Ahad,pertama kali dia betul-betul buat sendiri dari timbang bahan sampai la siap susun dalam bekas.Saya cuma teman dia dekat dapur.Dapat banyak balang juga.Nanti kita bawa balik kampung untuk rumah mak,mentua&buat buah tangan jalan raya..


Kuih raya pertama nestum nutella pod,yang ni paling mudah tak perlu bakar,Dalam resepi guna coklat putih tapi sebab Pia tak suka dia gantikan dengan dark chocolate.Hanya guna 4 bahan nestum,dark chocolate,hazelnut sangai,nuttela.

Kuih raya kedua Almond cluster terpaling la mudah sangai badam curah milk+dark chocolate Beryl's,sejukkan dalam peti ais sekejap.Tapi harga bahan mentah boleh tahan juga ye..


Kuih raya ketiga cornflakes madu antara kuih yang paling senang.Kuih simple tapi ramai yang suka especially budak-budak.Buat kudap-kudap sambil tengok TV pun sedap ni


Kuih raya ke-4 biskut florentine.Kalau beli yang dah siap harga kayangan beli bahan mentah pun kayangan juga.Dah nak makan pejam mata aje lah cuma bila buat sendiri lebih puas hati.Krup krap so healthy!


Kuih raya ke-5 biskut semperit request dari waled.Saya dah cakap kuih ni walau bahan dia tak banyak tapi kalau tak kena cara buat kuih tak jadi.Kalau saya baik beli je senang tak sakit hati tengok kuih tak jadi
Kan betul saya cakap jauh dari sempurna...tak apa la Pia pengalaman pertama tak salah mencuba,nanti kita berguru dengan MakNgah..MakNgah pakar bab kuih semperit ni.

Ada yang dah start cuti balik kampung ke?Saya malam raya nanti baru nak bertolak balik insyaAllah 1jam perjalanan dah sampai 😂









Friday, April 14, 2023

TRAGEDI TUDUNG RAYA

Tinggal beberapa hari saja umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.Seorang suami yang soleh dengan hati yang ikhlas menawarkan diri untuk mengemas rumah sebagai persiapan menyambut Hari Raya.

Tapi takdir Tuhan tiada siapa yang dapat menghalang.Sang suami yang ringan tulang tanpa sengaja telah merosakkan tudung sang isteri yang akan dipakai dipagi raya.

Lama kutunggu tudung ni nak sampai hampir 2minggu lamanya.Namun tidak kesampaian air mata jatuh berlinang.Tanpa ku sedari air mata ku mengalir terkenang ayat suci seruan takbir.Eh ternyanyi....

Maka sang suami terasa kecut perut dan bersungguh-sungguh meminta maaf pada isterinya.


Saya pun tak tau la macam mana tudung ni boleh tersedut masuk dalam blower vacuum.Nak beli online tak sempat sampai dah rasanya,nak pergi butik rasa macam dah tak ada masa.Nampak gayanya terpaksa la pakai juga nanti ni

Thursday, April 13, 2023

MENU RAHMALASSSSNYA....

 Kembali bertiga mula terasa sunyi.Abang&adik dah balik rumah diaorang,25 hari mereka dengan kami.

Kita pun dah masuk penghujung Ramadhan petanda Ramadhan akan meninggalkan kita tak lama lagi terasa cepat berlalu Ramadhan tahun ini.

Dalam minggu ni dah 3 hari tak ada air tapi tetap juga masak walau semuanya menu 'rahmahlasnya' masak sikit-sikit je risau membazir pula dah tinggal 3beranak ni selera pun berkurang tambah pula dah hujung-hujung puasa.Kalau abang adik ada diaorang suka makan,apa saja saya masak semuanya licin.

Pia teringin nak makan ketam.Mahal sangat ye ketam sekarang ni sekilo RM47.Ambil 3ekor dah 56hengget huhu...berat lebih dekat kulit dan cengkerang saja.Macam durian mahal dekat kulit.Maka ketam bercili pecah telur is done! makan dengan nasi goreng cina.

Kari mamak ikan bawal emas.Menu fav waled seminggu memang wajid masak 2,3x kari.Kalau boleh tiap hari nak kari tapi bila ajak makan nasi kandar atau makan dekat kedai mamak dia tak suka.Saya peminat nasi kandar tapi sebab suami tak suka saya cuma boleh beli bungkus je lah tapi dia punya nikmat surrrrrr tu tak sampai😁

Ni menu hari Selasa betul-betul rahmalass buka puasa berdua je dengan Pia.Waled OT sampai pukul 12malam.Haaa rasai lo dulu suruh jadi cikgu taknak,nak juga jadi akauntan😂

Masih lagi menu ikan goreng cicah cili kicap.Ada kek buah Jaja Ahmad.Haritu dapat free brownies kali ni saya beli pula kek buah kukus.Sedap tak manis sangat rasa dia sangatlah cun.Makan banyak pun tak muak.

Hari ni waled ot lagi rasa macam nak mencemar duli ke Bazar Ramadhan je dengan Pia...menu apa semua hari ni?









Wednesday, April 12, 2023

WORDLESS WEDNESDAY~TERBALIK

 

Kemain laju lincah berjalan bila dalam shopping mall.Betul-betul raya ye waled kau dari shopping online sambung offline pula.Saya dah tak larat nak follow dia kering tekak bulan puasa rasa nak je duduk bersila tunggu tepi kaki lima tapi nampak yang ramai tunggu di kaki lima tu orang lelaki.

Biasa orang perempuan&shopping yang berpisah tiada kan,tapi terbalik pula dengan saya.Suami saya yang jenis kaki shopping.

Saya kalau suruh ke pasar basah beli barang dapur laju.Tapi kalau ke mall/butik jadi kurang pandai nak memilih.

Semua dah siap ke tu persiapan raya?Geng KPM dah boleh pack baju kami geng 'cikgi' kena tunggu dulu😁

Tuesday, April 11, 2023

GIVEAWAY "RAYA GIFT by UYUM"

 Masih ada masa 4 hari sebelum tarikh tutup jom sama-sama kita memeriahkan 

GIVEAWAY "RAYA GIFT by UYUM"


Dengan syarat-syarat yang sangat simple :-

1. Buat posting dan letak banner di bawah serta jangan lupa backlink balik ke entry ini.

2. Lengkap kan ayat berikut, "Saya suka tengok Uyum kerana .........." 
Auntie suka tengok Uyum kerana Uyum seorang anak yang baik boleh mendengar kata,bila baca kisah Uyum buatkan auntie rasa bahagia dan Uyum buatkan auntie tersenyum sendiri,Uyum terlalu comel like Mochi yang handsome.Dah besar nanti jaga Nina,sayang Nina macam mana Nina sayangkan Uyum ye💓

3. Giveaway bermula dari 6-14 April 2023




Monday, April 10, 2023

PERTAMA KALI BUAT KUIH TAKO

 Bulan puasa ni pantang tengok semua teringin.Haritu tengok MamaCella buat kuih tako dah ikut teringin juga.Maka gigihnya bentukkan acuan tapi daun pandan saya kurang lebar.Nak siapkan acuannya pun dah berejam duk berebut dengan Pia saya nak buat dia pun nak buat berpeluh juga nak adjust,tu lah rajin amat nak buat sendiri kan😁


Kuih tako ni asal dari mana ye?rasanya belah2 Johor kan kalau belah-belah perak diaorang punya tepung pelita kan?

Saya baru tahu ada kuih limas juga,bezanya kuih limas guna tepung gandum acuan daun pisang,kuih tepung pelita guna tepung beras daun pisang juga,kuih tako guna tepung jagung acuan daun pandan.

Saya tak ada sengkuang cina saya gantikan dengan sweet corn Pia.Ambil sikit letak dalam kuih buat raso-raso.
Tengok acuannya ada besar ada kecil ada senget macam-macam bentuk sakit pula mata memandang.Lapisan hijau rasa manis just nice.

Lapisan putih bersantan rasa lemak-lemak masin.Bila masuk mulut je weh memang sedap buat sendiri ni ye😂

Terima kasih Mama Cella resepinya.Mungkin bagi orang lain senang je buat kuih ni tapi untuk saya first time cuba rasanya baik beli je lah yang makannya sikit je nak buat acuan tu yang lama sebab belum mahir terkial-kial nak bentukkannya.Tapi tak apa dah ada pengalaman nanti kalau ada orang tanya boleh cakap dah pernah buat💃







Friday, April 07, 2023

KURMA INTI BUTTER

 Asyik lalu lalang je kurma dengan butter.Sahur tadi saya cuba buat.Macam biasa la puasa ni pantang nampak makanan,datang la rasa teringin itu ini.

Saya guna butter lurpak salted.Tapi tak boleh la makan dalam kuantiti banyak.Cukup untuk merasa sorang sebiji.Seram tengok kalori sebiji kurma berintikan butter ni,nak bakar kalori nanti kena jalan kaki pergi office.Kalau yang nak tambah tenaga extra kalori tapi tak nak makan nasi boleh la kot tambah butter tapi jangan la banyak sangat setakat hujung-hujung pisau boleh la kot...Ada yang kata letak peanut butter pun sedap.

Ada yang dah cuba ke?Guna pure butter tau jangan la guna buttercup atau pun majerin nanti tak pasal-pasal bertambah kolestrol,lemak tepu,lemak trans.Rasa dia manis kurma blends so well dengan lemak masin dari butter.Not bad.

Thursday, April 06, 2023

RANDOM IFTAR

 Dah masuk pertengahan Ramadhan ni kadang tepu juga la nak masak apa.Makin tandus idea.

Suka tengok kawan-kawan blogger berkongsi menu iftar dan sahur macam-macam idea boleh la saya tiru.

Kadang tu masak cari menu yang paling simple dan cepat siap sekadar sesedap rasa untuk santapan anak&suami.

Nasi Beriani kari kambing adabi yang pernah viral seketika dulu.Saya olah guna apa yang ada dekat dapur saja.Mulanya rasa rajin nak buat ayam masak merah tapi yang jadinya ayam goreng berempah je tiba-tiba berubah tak berapa rajin.Acar pun cuma potong timun,epal,bawang holland gaulkan dengan garam dan lada hitam.Tak ada dalca tak ada sup kosong.

Nampak posting khairul aming kat ig menu ayam masak bali,apalagi balik kerja terus buat.Memey sedakkk la!Macam rasa ayam merah campur masak kicap ada aroma daun kari.

Dalam rumah ni ramai peminat ikan patin.Saya masak untuk orang dalam rumah ikan patin sambal semuanya senyum lebar.Sambal sosej tiru menu mummy ayu..suka sungguh anak makan nasi buh sambal sosej,ni kalau dapat makan dengan nasi lemak tak sedor tengah diet.

Daisy tanya acik masak apa hari ni?








BITTERNESS OR ILL FEELING

 Sebenarnya cerita yang tak best untuk dikongsi apatah lagi untuk dikenang tambahan pula dalam bulan Ramadhan yang mulia ni.

Bukan untuk menambah masalah,bukan juga untuk meminta simpati,hanya ingin meluah,hanya ingin bercerita&cukup ianya membuatkan saya rasa lega.

Ini anak saya Puteri Nursaffiyyah Binti Abdul Jabar.Yaa dia memang berkulit gelap.Tapi ada masalah ke kalau dia berkulit gelap.Ini ciptaan Allah.Bukan boleh pilih-pilih nak anak kulit cerah ke kulit kuning langsat ke.

Yang orang dewasa ni dia selamba je cakap depan-depan anak saya macam anak orang asli.Siap cakap "ni mengikut belah keluarga ayahnya ni macam orang asli"

Dia bergurau atau saya yang kena fikir positif?Tak kisah la saya tak boleh nak fikir positif dah kalau dah banyak kali cakap benda yang sama.Ini dah sampai tahap mengejek its too much!

Saya ni jenis malas nak meroyan tapi rasa kesian pada anak.Budak tu tak ada buat salah apa pun dengan awak.Kenapa la nak diejek2.Budak tu tak tau yang awak tak suka dia,dia fikir yang semua orang suka&sayang dia.Sampaikan sekarang Pia rasa tak ada keyakinan diri bila berdepan dengan orang.

Dah 2023 masih lagi kulit hitam menjadi isu.Memang menguji kesabaran sungguh Ramadhan kali ni.Sekarang ni memang kerap saya cakap pada Pia untuk naikkan semula semangat dia.Tak kisah lah apa warna kulit sekalipun yang penting hati kita sentiasa bersih.Sentiasa berbuat baik pada orang,sayang orang yang sayangkan Pia,sentiasa doakan kebaikan untuk semua orang.Kita semua sama hitam atau putih yang penting hati.Allah pun tak pandang hambaNya mengikut warna kulit.

Duhai hati........MAAFKAN LAH DIA😔

Wednesday, April 05, 2023

WORDLESS WEDNESDAY~#DONE TERAWIH

 

Amber solat terawih malam 14 Ramadhan Done!!!!

Acik-acik dah ada yang start cuti terawih ke tu?hehe🙈


Saturday, April 01, 2023

BROWNIES SEDAP HADIAH DARI JAJA AHMAD

 Speechless banyak benda surprised yang dah berlaku dalam dunia blog.Antara kita hanya mengenali di alam maya tapi hubungan antara kita masing-masing bagaikan adik-beradik.Terasa manisnya silaturahim ini dalam circle yang baik-baik dan sentiasa menyokong antara satu sama lain.Boleh kenal ramai kawan,boleh menyembang macam kawan lama terus jadi kawan yang selesa,boleh bertukar pendapat&idea.Kadang rasa tak percaya semua ni hanya dari blog je asalnya.

How lucky i am...rasa syukur Allah temukan dengan orang baik walaupun saya menulis pun suam-suam kuku.

Semalam terima hadiah dari blogger JAJA AHMAD untuk kami satu family.Walaupun mulanya agak malu untuk saya terima tapi orang pesan rezeki jangan di tolak kan😁


Terima kasih banyak-banyak Jaja kami appreciate sangat!! Pia macam biasa dia memang selalu excited setiap kali dapat parcel tak kira siapa yang punya dia yang minta nak buka,kali ni bertambah happy bila bagitau kawan umi bagi hadiah untuk Pia.
Kenapa baik sangat Jaja ni dah la bagi brownies di baginya lagi duit raya.Segannya saya...semoga Allah balas dengan segala yang lebih baik untuk Jaja&family juga yer..amin..
Sedap sangat brownies moist dan tak terlalu kering.Saya memang suka yang moist lembut macam ni,boleh rasa dekat lidah&tekak rasa sedap giler.
Jujur secara peribadi texture brownies memang citarasa saya.Rasa yang tak terlalu manis melekat sedang elok je.Saya biasanya kurang sikit dengan coklat sebab cepat muak kalau terlampau manis tapi yang ni memang sedap pada tekak kami.

Kalau ada yang nak cuba rasa kesedapannya nak tempah untuk raya,jamuan raya dekat office nanti ke,jamuan rumah terbuka boleh cari JAJA kalau dekat-dekat Jaja boleh hantarkan kot tak perlu pos..Yang jauh rasanya boleh pos seluruh Semenanjung ni..

Brownies ni semalam dah jadi juadah kami berbuka puasa.Ada banyak lagi lebihan tu hari ni nak bawa balik kampung buka puasa dengan keluarga waled.

Untuk Jaja akak doakan semoga Allah limpahkan rezeki seluas-luasnya buat Jaja&family.Hanya Allah yang mampu membalas setiap kebaikan.Terima kasih untuk hadiah yang sangat bermakna ni.Semoga success dalam business&kaya berjaya dunia akhirat..