Friday, August 25, 2023

PIA DEKLAMASI SAJAK

Budak Pia ni kan dia punya keyakinan diri dan berani tu lain macam.Beberapa kali juga cikgu bagitau saya yang Pia suka calonkan diri sendiri,suka minta orang jadikan dia ketua.Ada satu hari tu dia balik menangis sebab cikgu bagitau tak boleh offer diri sendiri kena minta kawan yang cadangkan,kawan pula tak nak cadangkan dia sebab malu nak bersuara.Dalam pada berani tapi ratu air mata.

Minggu lepas dia bagitau terpilih untuk pertandingan deklamasi sajak.Katanya cikgu BM yang pilih dia untuk wakil sekolah.Mulanya saya pun tak beria sangat bertanya itu dan ini.Tapi bila tengok dia tiap-tiap petang berlatih depan cermin dalam bilik sorang-sorang,umi dan waled offer untuk jadi penonton dan pengkritik tak bertauliah.Bila anak bersemangat,makpak pun kena la bagi sokongan.

Cikgu bagitau pakaian bertema Melayu Klasik.Suruh pakai kain batik baju kurung Kedah tak nak.Waled suruh bawa anak sewa baju yang dia berkenan.


Lepas rehat cikgu akan panggil untuk latihan dalam pusat sumber sekolah.Dah besar dakPia ni sebak pula tengok anak cepat sangat membesar.Kalau dulu hari-hari minta umi belikan dia adik.Tapi sekarang bila tanya nak adik tak?
Katanya TAK NAKKKKKK...

Kalah menang dah adat bertanding.Pia kecundang dapat no.3 dari 11 orang peserta.Balik sekolah macam badmood sikit nak tak nak je bercerita bila umi tanya pasal pertandingan.Esoknya tu nampak bawa balik 1set burger McD cikgu BM belanja katanya,agaknya cikgu nak pujuk anak murid sedih sebab kalah.

Fly high ye Nak......umi waled dulu mampu fly pagar sekolah je😂





Wednesday, August 23, 2023

PERSEDIAAN UNTUK PIA

Terima kasih banyak-banyak pada Kak Faiz Ibu Wafi yang sudi berkali-kali email pada saya maklumkan pasal program ni,sampaikan Kak Faiz jadi risau sebab saya lambat baca email.Saya pula jarang buka email blog,kesian akak...minta maaf banyak2 ye kak,dan terima kasih banyak2 atas usaha akak ni saya dapat ilmu baru untuk strategi kemasukan ke SBP.

Kebetulan permohonan ke SBP dah dibuka,sebelum kak Faiz hantar email saya pun duk fikir mana nak cari maklumat cuma boleh google dan tanya orang sana sini.Ada juga tanya Ammi Khilfi..ammi pun ada share,TQSM Ammi!

Bagi kami yang belum ada pengalaman hantar anak ke SBP agak menyesakkan kepala juga lah nak pilih SBP yang mana.Ahad hari tu dapat la join program ni di Politeknik Sultan Ahmad Shah,tak jauh pun dari rumah 10minit dah sampai.


Bila UPSR dimansuhkan macam ni la kan.Saingan terlalu sengit,calon pula terlampau ramai,beribu calon ambil exam PKSK.Memang kena ada strategi nak apply anak ke sekolah mana.Kalau ikutkan waled memang dia nak pilih yang paling dekat dengan rumah,5minit dah sampai sekolah.Apa-apa senang katanya.Memanglah tapi SBP yang 5minit dari rumah tu boleh kata hot seat,kalau 1st intake dah tak dapat nak masuk senarai rayuan tu boleh buat sesak dada.Pening juga tengok pilihan sebab pilihan pertama yang diutamakan.

Ada juga yang cakap sekolah mana-mana pun ok,sekolah harian pun ok.Ye betul sekolah mana-mana pun boleh.Cuma selagi boleh kita nak rebut peluang kelebihan duduk di SBP,anak lebih terdedah pada peluang yang tak ada di sekolah harian.Bukan sebab nak anak bijak semata tapi nak anak dapat pendedahan yang sekolah lain mungkin tak ada.Peluang ni sebenarnya yang kita nak rebut.


Ramai juga yang hadir program ni penuh juga dewan,ada yang datang luar dari Pahang pun ada.Begitu lah kan dah jadi makbapak ni,kalau diminta lari padang 100x pun sanggup asalkan anak dapat tawaran.
Di SBP alumni mereka sangat strong,mereka akan usaha selagi boleh untuk student dapat pendedahan terbaik.Alumni ni yang akan support sekolah tu sungguh-sungguh.Benda macam ni lah yang kita nak cari,student akan di guide oleh alumni.


Moga ada rezeki Pia untuk ke SBP.Umi waled masih dalam mood berbincang belum bergaduh lagi nak pilih sekolah mana untuk anaknda sorang ni,belum final sekolah mana.Doakan Pia ye uncle aunty...
Semua telah diatur oleh Allah yang boleh kita buat cuma usaha dan doa.

****Puan Hazel,Angah mohon ke sekolah mana tahun depan?SBPi atau TMUA?


 


Friday, August 11, 2023

KUANTAN DAH ADA FAMILY MART

 Dulu asal ke KL je mesti nak singgah Family Mart,biasa singgah yang di Taman Melawati on the way balik Kuantan.Baru dalam beberapa bulan ni Family Mart dah buka cawangan di Kuantan.Setakat ni baru ada 3 tempat di Kotasas,Indera Mahkota dan di depan HTAA.Bila hari-hari lalu FM Indera Mahkota mula la dakPia tu duk berzikir bila boleh singgah.

Mula-mula baru buka ni maklum saja lah susah dia macam mana,orang Kuantan tak habis lagi serbu.Tak lepas-lepas nak pergi.Bila pergi je parking tak ada,bila pergi je ramai yang beratur.

Kena tunggu masa orang tak ramai,bagitau Pia kena pergi awal pagi mungkin tak seramai waktu lain.Hari biasa keluar rumah pukul 6.30pagi,hari yang nak pergi FM tu kena keluar pukul 6.15pagi.Sekali Pia cakap okay dia sanggup.

Banyak yang dah habis.Rak pun kosong,orang Kuantan ramai yang excited maklum la benda baru kan,termasuk la dakPia tu tak menyabor padahal dah biasa pergi.

Amboii boleh tahan sarapan pagi dia ye,macam FM ni mak dia yang punya

Sarapan dulu dalam kereta.Okay la kita bagi chance dekat dia sarapan onigiri.

Eh dia minta lagi nak singgah beli sarapan dan bekal pagi.Katanya umi tak payah susah nak masak awal pagi kita singgah je FM..😎

Kali ke-3 dia minta lagi nak singgah beli Oden,katanya kawan-kawan kirim.Dia ingat mak dia nak ikut cakap dia la tu,dia tak tau mak dia lagi hebat la dari FM tu setakat nak buat Oden Kimchi apa la sangat kan...Dia bangun pagi tengok bekal dah siap untuk makan dengan kawan-kawan sekolah.

Kalau hari-hari minta nak ke FM mau botak kepala umiwaled.Menyesal pula ada FM buka di Kuantan ni,nak kena lalu jalan lain ke macam mana ni tak bagi nampak depan mata Pia😄










 



Tuesday, August 08, 2023

HORIZON GARDEN RESTAURANT KUANTAN

 Cepatnya masa berlalu bulan Ogos ni rasa sekejap sangat dah nak tengah bulan.Tinggal 4bulan je lagi dah nak habis 2023.

Ada tetamu jauh dari JB dia wasap pagi bagitau nak singgah Kuantan katanya nanti nak balik mengundi PRN di Kelantan,petang saya balik kerja tengok dia dah sampai.Bertuah sungguh tak sempat kita nak buat apa-apa.Ingatkan diaorang nak balik sehari sebelum mengundi.Cepat-cepat call waled minta selamatkan keadaan😁

Lepas maghrib ajak diaorang makan di Horizon Garden.Mulanya nak bawa ke Tanjung Lumpur tapi risau budak kecik si Sofea tu tak selesa.Sebagai alternatif jalan pintas sebab tak masak saya pilih restoran ni dah pasti tak mengecewakan.

Restoran ni boleh dikatakan exclusive juga la.Kebanyakan jabatan/pejabat gov akan buat majlis keraian disini.Apa yang saya suka setiap kali ada pelanggan yang baru masuk,pelayan restoran akan tukar alas meja baru dan setup meja makan.Semuanya akan di serve oleh pelayan restoran macam di hotel.

Saya pilih set B ambil Siakap lemon grass,sotong telur masin,butter prawn,daging sizzling,chicken manggo dengan sup sayur.Air Chinese tea free dengan pencuci mulut.

Umpan dakKecik tu dengan buah tembikai dulu risau tantrum.Ibu dia mulanya pun berat hati bila ajak makan diluar,katanya dah serik anak dia mengamuk pernah guling-guling menangis dalam kedai.Iye la kan anak kecil ni susah sikit nak keluar makan.Tapi malam tu baik pula dia elok je diam.Ada la juga bunga-bunga nak menangis tu nak turun dari kerusi.

Mujur dapat tempah meja,malam tu memang full.Nak datang sini memang kena buat reservation awal bagi mengelak hati kecewa,jarang-jarang la dapat walk in.

Service dekat sini sangat puas hati,makanan yang kami order cepat sampai tak tunggu lama.Itu yang dakKecik tu pun tak sempat buat hal.

Harap tetamu tak serik nak singgah lagi.Tak sempat nak masak-masak dekat rumah semuanya cap kedai jela.
Saya banyak dapat buah tangan diaorang bawa dari Johor ada rempah makpon,pes adami tapi ntah bila nak masak.