Hari ini hari lahir ayahnda kami Sidi Ahmad Bin Abdul Latiff.Lahir pada tahun 1954.Beberapa bulan kebelakangan ini ayah semakin uzur,pada bulan Jun2022 ayah disahkan menghidap sakit buah pinggang kronik tahap 5(End stage renal failure).Ini bermakna buah pinggang ayah telah gagal berfungsi sepenuhnya.
Setelah melalui pelbagai rawatan di hospital dan keluar masuk wad akhirnya pada bulan Okt2022 ayah perlu menjalani dialisis peritoneal sepanjang umurnya.Sekarang emosi ayah agak kurang stabil selalu saja mengalirkan air mata,mungkin mengenangkan keadaan diri tidak lagi sihat seperti dulu.Badan semakin lemah,selera makan semakin kurang.Kami tahu betapa berat dan besarnya bebanan ujian yang ayah alami.
Kalau dulu ayah seorang yang kuat dan tegas,ayah seorang yang sangat pendiam,hanya bercakap hal penting saja tambahan pula ayah jarang di rumah kerana kerap keluar bertugas disempadan negara jadi kami lebih rapat dengan mak berbanding ayah.Walaupun ayah agak garang dulunya tapi tidak pernah langsung pukul atau jentik waktu kami kecil tapi kami adik beradik cukup takut dengan ayah,hanya dengan jelingan mata pun kami dah kecut perut.
Sempena hari lahir ayah hari ni saya sempat minta kawan adik yang buat bisnes bouquet hantarkan pada ayah.Tiada niat lain selain untuk gembirakan hati ayah pada hari lahirnya.Semakin dewasa ni saya nekad untuk tengok mak ayah gembira saja waktu usia begini.Mak bagitau ayah terima jambangan ni dengan sebak terharu tak boleh nak bercakap katanya.Kiriman yang tak seberapa pun dari saya nak dibandingkan dengan pengorbanan ayah yang tak akan terbalas.
Semoga Allah angkat segala ujian,kesakitan,kesukaran,kepayahan ini menjadi ladang pahala buat ayah.Doakan ayah saya sentiasa kuat dan tabah mohon doakan juga semoga ayahnda saya terus sihat sejahtera dan dipanjangkan umur.
Semoga Allah terus berikan kita semua kesihatan yang baik,kelapangan dan peluang untuk terus berbakti kepada mak dan ayah selagi ada hayatnya.