Wednesday, February 21, 2024

Monday, February 19, 2024

SANTAI PETANG

Santai petang tepi Pantai Kempadang,layan angin sepoi-sepoi bahasa.


Sekali sekala ambil angin bayu laut.
Sekarang masih lagi dalam musim ombak besar,jadi tak sesuai nak mandi manda.

Tak ada buat aktiviti apa pun,duduk bersantai sambil makan bekal.Saya bawa roti jala dengan kari ayam pekat likat resepi Ammi,bawa lepat liat resepi mamacella.

Kuih tu kesukaan DakPia.Sebabkan terlalu suka dengan kuih tu dia sanggup belajar nak buat sendiri.Dah banyak kali juga Pia cuba buat sendiri kuih lepat liat tu.

Buat juga cucumber raita dari Ammi.Sedap sangat gabungan roti jala+kari ayam+cucumber raita.Terima kasih ye Ammi halalkan resepinya ye

Makan-makan sambil tengok ramainya orang sekeliling.Agaknya diaorang pun sama macam kami dah tak tau nak kemana bila petang hari Ahad.sementara tunggu malam nak mulakan minggu baru esoknya.  




BEKAL AKHIR SEKOLAH RENDAH

Antara menu hari-hari terakhir persekolah Pia.Masih lagi dengan menu simple sampai ke sudah.Sayu pula rasa hati,tinggal lebih kurang 2 minggu lagi Pia nak masuk asrama.Tambah sayu hari pertama sahur&puasa nanti Pia dah di asrama.

Terima kasih ye Pia selama 6 tahun bawa bekal airtangan umi yang tak seberapa ni.Darjah 1-5 saya sediakan bekal pagi hingga la ke bekal minum petang.Darjah 6 Pia cuma bawa bekal pagi,Pia dah tak pergi KAFA tahun 6,waled akan ambil dia balik sekolah tengahari.

Kenangan bekal-bekal Pia,simpan sini la kot-kot rindu nanti boleh tengok.

Saya masih tak putus-putus doa untuk waled diberi rezeki pindah masuk AG Pahang semula.Supaya saya tak keseorangan pergi&balik kerja.Sebelum ni kami,pergi&balik bertiga,sampai la waled kena pindah dalam tahun covid melanda.Start tahun 2022-2023 pergi&balik cuma saya dengan Pia.Penuh harapan tahun 2024 ni boleh pergi&balik kerja sama-sama dengan waled.Ngada-ngada kan๐Ÿ˜‚

Ada peminat terung tak?kalau ada kita geng.Yang ni saya buat untuk tekak sendiri.Pia&waled tak suka terung.Resepi:terung bulat,tepung bestari,minyak untuk menggoreng.Senang je haha.Sedap gais cicah sambal kicap.

sorang nak nasi lemak daun pisang sorang nak sarapan western tapi taknak daun pisang.mak kau gabung terus senang kerja


nak sampai ke akhir tahun beg bekal pun dah lunyai.

Rasanya ni bekal hari rabu,bekal roti canai telur je sekeping ingatkan boleh tahan sampai balik tengahari.hari rabu balik awal sikit,rupanya dia nak nasi juga 


Mesti Pia pun akan rindu makan bekal rehat dengan kawan-kawan tepi longkang belakang kantin..macam tak cukup kerusi kantin pulak kan sampai kena makan tepi longkang.Pia cakap jangan risau umi longkang tak ada air.Yela Nak....sedap makan ramai-ramai macam tu,semua tu akan jadi kenangan yang akan dirindui bila Pia besar nanti.

Hari terakhir sekolah ada jamuan kelas.Dah ramai ibubapa yang sponsor makanan.Selepas lama berbincang,Pia decided bawa air tin.Tapi beratnya nak angkat 50 tin nak panjat tangga tingkat 4.Semput.
Bekalkan Pia dengan tupperware kosong kot2 ada lebih kuih-muih Pia boleh bawa balik untuk umi rasa.
Tapi dia pun bawa balik bekas kosong juga.
Katanya dia tak makan kuih.Lurus betul anak umi ni๐Ÿ˜†





Friday, February 16, 2024

CUTI CNY

 Aduhaii lama tak update blog,bila dah lama sangat mula la rasa malas.Sampai ada kawan blogger yang tanya kenapa lama tak update,sihat ke?Alhamdulillah saya sihat cuma kemalasan yang amat sangat๐Ÿ˜

Cuti CNY hujung minggu lepas kami tak ke mana,turun naik umah mak,rehat-rehat kat rumah je.Kebetulan Pia tak berapa sihat tiba-tiba je demam selsema,mungkin cuaca terlalu panas.Minggu last sekolah tu pun dia dah mengadu sakit kepala tapi sebab hari-hari terakhir sekolah nak juga dia pergi.

Hari Jumaat ayah ajak makan dekat luar,dia teringin nak makan itik masak kerutuk.Keluarga saya peminat lauk itik,kiranya lauk fav no.1,tapi keluarga waled semuanya tak makan itik.Teringat masa kenduri malam akad nikah kami,mak masak lauk kerutuk itik sebab dikira lauk istimewa untuk kami,tapi sebaliknya bagi keluarga waled.Saya pun baru tahu malam akad nikah tu yang diaorang tak makan itik.Nasib baik ada juga lauk dan makanan lain.


Nasi putih,kerutuk itik dengan sambal belacan berulamkan timun.
Memang tak perlu lauk lain dah.

Hari Sabtu mak cakap tak payah masak tengahari ada kenduri dekat rumah jiran lorong hujung,mak pun dari pagi dah pergi merewang ke membawang ke tak tau la.Lepas solat jumaat dikerahnya kami pula ke sana,kata mak dijemput semua anak-anak.Ajak waled naik kereta pergi kenduri,walau dekat tapi kalau berjalan basah juga tiak musim panas ni.

Balik kenduri mak ajak teman dia pergi hospital melawat orang sakit.Time ni Pia dah rasa tak sedap badan,dia mengadu telinga kebas.Mungkin juga sebab minum ais di tempat kenduri tu tambah pula dengan cuaca panas terik.

Nak masuk kawasan hospital masih lagi wajib pakai mask,kami pula tak ada bawa mask.Kebetulan ada nurse yang baik hati bagi kami mask hospital.Katanya waled kita ada gaya doktor pakar bedah 'kuku'๐Ÿ˜‚

Cuti kali ni banyak ikut program mak,dia dah siap susun nak pergi rumah orang tu nak melawat orang ni,Elok juga sempat la kami berjalan ziarah sedaramara.

Kesian Pia..umiwaled berjalan sana sini dia tak dapat nak ikut.

Bonding time dengan mak sambil-sambil sesi 'Curhat'.Ni mak tengah nak buat acar ikan masin untuk stok bulan puasa.

Dulu sebelum kahwin,mak yang selalu jadi teman curhat saya.Tapi sekarang mak pula yang lebih curhat.Keluh kesah mak lebih kepada anak-anak.Risau begitu dan begini.Apapun keluh kesah mak semuanya Allah dah susun cantik.Tak ada satu pun yang terjadi dengan sia-sia.  
Sebelum sampai ke topik curhat itu,dimulakan dengan bermacam-macam isu semasa yang dibualkan.Tiada satu pun solusi dari kami hanya dibiarkan seperti angin lalu saja๐Ÿ˜„
Sekadar sembang malam.

Dari pukul 6petang sampai dah nak masuk hari lain baru siap acar ikan masin mak.Banyak betul bersembang.
Sempena Ramadhan yang akan menjelma tiba nanti,menu ni la yang sedap masa sahur.Mak cakap acar kena masak lama baru tahan.Kalau nak makan letak luar,tak nak makan simpan peti.

Yang ni ayah teringin nak makan ketupat sotong Kelantan.Kalau dah ayah sebut teringin tu kena cepat-cepat buat,lambat sikit je nanti merajuk dah tak selera katanya.Alahai comel sungguh la atok Pia ni.
Request pula nak ketupat sotong masak dalam kuali legend mak ni,huwaaa macam-macam.Mak cakap ayah kamu ni macam orang mengandung sulong.Permintaan orang sakit ni kadang tu pelik-pelik,layankan aje selagi mampu.Esok-esok inilah yang akan jadi kenangan untuk dikenang.
Siapa pernah rasa ketupat sotong ni?
Mana lagi sedap versi Kelantan atau Terengganu?

Duduk rumah mak 4hari berat badan saya naik 1.3kg.
Nak turun ni nanti kemain la susah.