Friday, January 05, 2024

MAKAN DI RESTORAN TERAPUNG SEAFOOD BUJANG FIREFLY

 Restoran Terapung Seafood Bujang Firefly ni di Bandar Penawar.Lepas dah solat jamak&rehat di hotel balik dari waterpark tu masing-masing terbungkang tidur.Sedar-sedar dah pukul 6 petang,waled cakap nak keluar dinner lepas maghrib,tapi saya cakap kalau keluar malam tak dapat la nak tengok pemandangan hutan paya bakau sebab restoran yang saya pilih ni tempat dia cantik.Pukul 6.30 gerak dari hotel,hari pun dah nak gelap.Lebih kurang 3km dari jalan besar nak sampai ke restoran ni.Sekali lagi kami gelabah,maps bawa masuk jalan gelap&dikelilingi dengan ladang kelapa sawit.





Suka la tempat ni,suasana dia tu lain.Pemandangan hutan paya bakau yang tersusun cantik.

Kami sampai tu orang belum ramai tapi tetap kena beratur,dekat tengah laluan jambatan ke titi tu ada pekerja yang ambil order.Lepas siap order kena tunggu pekerja bahagian dalam pula panggil samaada dah boleh masuk atau belum&dia akan tunjuk meja.Kami dapat meja atas bot,tapi dah taknampak pemandangan sekeliling hari dah gelap.

Ada macam-macam jenis seafood yang kita boleh pilih.Ada belangkas,ada lobster juga.Saya order siput gonggong,ni pertama kali saya makan,Pia dengan waled tak nak cuba dapat la saya makan semuanya siput tu.Order nasi putih tomyam thai seafood,sotong goreng tepung,lokan bakar,telur bungkus,teh o ais 3.Total harga makanan RM120.




Restoran ni ada juga perkhidmatan naik bot besar untuk yang nak tengok firefly.


Kalau la dekat saya confirm repeat datang sini.Berbaloi dinner di sini sebab seafood fresh dengan harga murah.Makanan sedap dan suasana cantik.Complete.
Cuma jalan masuk agak seram tapi takpe 'jangan pandang belakang' jalan terus akan jumpa hidden gems.

Sebelum balik boleh bagi ikan talapia makan.Makanan ada disediakan,
tapi kena beli.












40 comments:

  1. sedapnya lokan bakar tu.. kedai seafood kat sini x pernah jumpa lokan bakar

    ReplyDelete
  2. Bestnya, makan seafood segar. Rare betul lokasi tempat ni. Boleh tengok kelip-kelip lagi, ye.

    ReplyDelete
  3. nampak sedap2 makanan dia. teringin pulak tengok. hihiih

    ReplyDelete
  4. sedapnya boleh makan atas bot dgn view yg cantik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah abam kie sekali sekala cari suasana lain sikit

      Delete
  5. Ruginya siapa tak makan siput gonggong hihihiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak amie rugi kan diaorang tak nak cuba...bukannya selalu jumpa ni

      Delete
  6. sedapnya.. suka sangat seafood. kalau ada siput yg rare, lokan mmg syok la. sbb tak semua kedai sediakan lauk2 yang gitu..

    ReplyDelete
  7. Satu hari nanti akak nak cuba juga lah siput gonggong ni. Nampak sedap pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo akak pun belum pernah makan ye?cuba la kak sedap

      Delete
  8. tgk nama firefly ingatkan kat Kuala Selangor td. best ek dpt explore tpt2 cam ni. alami gitu. food pun sedap2 tuuu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kuala selangor pun byk tmpt2 mcm ni kan kak..selalu juga tgk org review area sana

      Delete
  9. Sedap tak siput gonggong tu?
    Selalu tgk Kak SK makan, nampak sedap...

    ReplyDelete
  10. syukur alhamdullilah...selamat juga sampai ...tempat yang unik dan rare bagus untuk makan seafood..boleh cipta kenangan yang terindah

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah boleh buat kenang kenangan nak ulang pergi jauh

      Delete
  11. Sukanya lokan..Kalau masak kari ngan keledek

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita kena pergi Tawau ni kak makan lokan bakar dkt sana...

      Delete
  12. Lama nya tak ke sana. Rindu lauk belangkas memang sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak berani nak cuba belangkas...lagipun mst sy sorang je yg mkn

      Delete
  13. wahhhhh 1st time Ana tengok siput gonggong. boleh makan rupanya hehehe

    ReplyDelete
  14. Alhamdulilah rezeki dapat makan sedap2. Cuya dah lama tak makan macam ni dengan keluarga, biasa order foodpanda je. hehe

    ReplyDelete
  15. siput gonggong tu masak apa?
    sedap laa pulakkkk sy tengok...

    ReplyDelete
  16. Belangkas rasanya macamana ek? macam2 makanna laut.. siput pun ade.. siput tu biasa kami kutip yang dah xde isi kat dalam, kumpul letak dalam botol kaca buh dalam rumah (time kecik2 dulu sebab kami anak pantai)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun tak pernah makan belangkas tak tau macam mana rasa...hehe

      Delete
  17. Makan seafood kat Johor tak pernah mengecewakan!

    ReplyDelete
  18. Sedapnya semua seafood tu...akak kena puasa seafood dulu..tapi kadang- kadang terlepas gak..hahaha

    ReplyDelete
  19. Sepertinya nikmat sekali makan bersama keluarga di restoran terapung ya Mbak.
    Saya belum pernah mencobanya.

    Salam,

    ReplyDelete
  20. Kalau bercuti kat Desaru, memang selalu akan singgah makan kat sini.....sedapnya seafood ni semua.....

    ReplyDelete

Terima kasih singgah komen..