Aduhai makin menjadi-jadi ni timbul hari jumaat je,hari lain tenggelam nasib tak lemas.Nak cerita ad-hoc activity not planned minggu lepas.
Pantang cuti sekolah nak berjalan aje la anakdara sorang tu.Pagi Sabtu lepas waled cakap siap-siap jom kita pergi makan dekat Tanah Aina Cafe di Bentong.
Siapa pernah pergi sini?Saya belum pernah datang,ini pertama kali jejak kaki.Waled dah pernah sampai dengan geng pejabat.
Kalau ada yang dari KL menuju ke Pantai Timur wajib singgah sini.Lokasi cafe betul-betul tepi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.Sebelum hentian sebelah Lentang,tak perlu exit highway.
Mula sampai saya dah terpegun dikelilingi kehijauan dan bunyi deru air sungai.Segar mata.Siapa sangka tepi lebuhraya LPT1 sebenarnya ada sebuah cafe yang sangat-sangat cantik.Suasana yang nyaman sangat tenang..walaupun terletak tepi lebuhraya tapi tak dengar langsung bunyi bising kereta.
Ada laluan rahsia bridge under the bridge,laluan bridge yang sangat mendamaikan dengan aliran anak sungai sejuk mata memandang.Saya memang teruja sungguh la.
Subhanallah cantiknya sekeliling kawasan cafe ni dengan landskap yang menarik,hiasan dalaman juga sangat cantik.Siap ada buai cantik dalam air.Bunyi air sungai mengalir di celahan batu dan bunyi cengkerik hutan memeriahkan suasana.
Makan pula dalam suasana rimba.Harga makanan agak pricey tapi berbaloi dengan big portion.Kira berpatutan la bayar sekali dengan suasana dan keselesaan.Sesuai la dengan konsep yang tak di offer di mana-mana under premium category.Layanan pun terbaik.Sesampainya di cafe terus disambut pekerja cafe yang sangat ramah.
Makan-makan sambil layan view.Vibe sungai tu yang best.Sambil makan ditemani bunyi air mengalir yang menjadi halwa telinga.Tenang rasa.
Banyak pilihan makanan dan rasa makanan pun sedap.Kita boleh pilih nak size small,medium atau large.Untuk keluarga kecil macam kami ni pilih small size pun umpama dapat large size kalau dikedai lain yang biasa kami makan.
Tepi cafe ada sungai,belakang cafe ada sungai yang boleh mandi.Air sungai sangat jernih boleh nampak pasir-pasir halus.Tak risau nak lepas anak-anak main air.Ada banyak bilik air untuk salin pakaian.Bilik air pun dah macam hotel.Toilet macam Bali style.Sayangnya saya boleh lupa nak ambil gambar.
Awak yang tengah intai durian tu...ada rezeki kita kita repeat datang sini lagi ye😜
Guys shud try datang sini ok! Tanah Aina Fareena Cafe&Restaurant.
Sebelah kiri highway KL-Temerloh.
Fully recommended.
belum pernah singgah lagi
ReplyDeleteWah, nampak menarik ni. Tak ramai orang ke singgah kat sini?
ReplyDeleteAkak nampak signboard Tanah Aina ni, masa lalu highway Karak. Belum berkesempatan untuk singgah. Nice... cantik tempat dia.
ReplyDeletepernah plan nak lepak2 sini tapi sebab covid semuanya tak menjadi huwawawawa
ReplyDeleteWah...menariks..
ReplyDeleteTak perasan pulak masa lalu pagi Selasa tu..
In shaa Allah,lain kali jika ada rezeki
Pernah dengar tempat ni... tapi tak pernah singgah
ReplyDeleteSungai dia bersihnya 😍
ReplyDeleteNak try jugaklah...
rindunya nak gi tanah aina.... terigt team building kami kat sana ... ada rezeki igt nak lepak situ lagi la tp ntah bila la ye hahaha
ReplyDeleteAda dalam wish list tanah aina bentong ni. Ada juga restoran tanah aina kat shah alam. Area glenmarie. Persekitaran redup sejuk je tapi takdela sungai² semua tu. Hihihi
ReplyDeleteselalu dengar jugak tanah aina ni tapi belum cuba lagi. fulamak besar betul potion tu, kalau mintak big lagi besar la ya. ni pon nampak mcm dah besar
ReplyDeleteada nampak masa ke Janda Baik tu...tapi tak pernahlah singgah. Pernah tengok kat Nona pun rasanya.
ReplyDeleteKiranya kalau gi makan kat situ boleh piknik sekali ke camna?
cantik tempatnya..nice view & tenang je
ReplyDeleteBest jugak tempat mkn mcm ni... mmg sesuai ni utk mkn dan healing time
ReplyDeleteBersih kawasannya..
ReplyDeleteHidangan pun menyelerakan!
akak pegi tanah aina kafe je kt area opis ni..yg ni syok la bole healing kt air sungai tu
ReplyDeleteSaya pernah dua kali ke Tanah Aina Cafe tapi yang terletak di Shah Alam.
ReplyDeleteBelum pernah sampai lagi kat sini. Pernah dengar je. Tempat percutian mewah juga ni kan. Menarik suasananya. Dapat makan-makan pun cam best jugak kat sini.
ReplyDeleteoh ya kena buat reservation dulu ke... mcm mn? or boleh walk in terus?
ReplyDeleteBelum pergi lagi. Berangan dahulu. Hehe.
ReplyDeletewh menarik..x pernah pergi lagi...boleh masuk wishlist ni
ReplyDelete