Friday, June 27, 2025

KHABAR DARI ASRAMA

Dah setahun setengah Pia di asrama,masih mencari rentak dalam berkawan.Belum ada kawan baik,belum ada kawan rapat.Berkawan dengan semua orang katanya,tapi tak rapat.

Bila tanya pergi makan dengan siapa hari ni,macam biasa katanya sorang..kalau dekat dewan selera tu ada kawan yang kenal pergi je duduk sama-sama.Tapi siapa siap dulu pergi je tak perlu tunggu kawan siap makan.Bila tanya pergi surau dengan siapa,macam biasa katanya sorang,tak perlu tunggu kawan nanti lambat.Katanya ummi jangan risau dekat sini memang macam tu tak perlu ada kawan rapat,tak perlu ada kawan baik,bila ada kawan nanti jadi lambat nak kena tunggu-tunggu,nak buat itu ini kena ajak kawan,susah la katanya lagi.Ummi ni risau anak kesunyian bila tak ada kawan.

Sekarang tengah exam Sem 3, ada lagi 7 subject nak habis..anak yang nak exam ummi yang susah hati sampai demam ni haa dah 2hari demam.Anak nak SPM nanti macam mana la agaknya.

Alhamdulillah Pia tak ada masalah belajar walaupun tak ada kawan.Dalam kelas pun dia tak ada kawan baik.Dia lebih suka belajar sendiri katanya.

Sem 1 keputusan PNG 3.69, Sem 2 haritu 3.79, harap-harap Sem 3 ni masih kekal dengan Anugerah Penghormatan Pengetua.


Anak kesayangan waled ni dah pandai basuh baju sendiri,waled tak perlu ambil baju kotor dah setiap minggu hari Sabtu.Mula-mula hari tu Pia hantar dobi tapi bila ambil semula banyak helai baju yang hilang.Sekarang dah basuh sendiri guna  mesin basuh bawah bilik cuma kena tunggu giliran nak guna,Pia bagitau dia basuh baju setiap hari Rabu&Sabtu,bangun pukul 4.30 pagi jadi tak perlu beratur tunggu giliran.Tak sangka anak manja ummi waled dah pandai berdikari. 

Dah tak nangis macam dulu lagi setiap kali nak hantar balik asrama,cuma ada masa moody taknak berpisah dengan ummi waled.Rindu katanya..Masih lagi call umi waled sehari 5x,walau sibuk macam mana pun Pia akan tetap call bercerita apa yang dia buat seharian.

Tahun kedua makin nampak berdikari dan nampak matang dalam segala segi.Alhamdulillah kehidupan di asrama membentuk peribadi,perilaku dan sahsiah yang tinggi.

Rutin ummi waled visit Pia setiap Sabtu&Ahad masih lagi tetap.Bila hari Jumaat je kepala ligat nak susun menu apa.Kata waled sekarang nak tunggu umi masak kena tunggu hujung minggu je.
Hujung minggu tak lekat dirumah.Bukan jalan kemana pun,lepas zohor dah depan pagar maktab anak.





















Wednesday, June 18, 2025

WORDLESS WEDNESDAY~KUIH CEKMEK


Bila waled dah banyak kali sebut teringin nak makan kuih cekmek,minta dia beli je setakat nak makan 2,3biji baik beli je tapi waled suruh juga buat. 

Sendiri pun teringin sebenarnya tapi diet tak boleh makan kuihmuih kononnya..kalau dah buat sendiri ni mau 5,6 ketul sekali makan.

Buat sikit je guna 4 ketul keledek manis.

Ada yang kembong ada yang pendek terdampar sebab tangan ni tak berapa seni.

Ok la tu kan,biar rupa tak berapa ada janji ada rasa cekmek😂