Subhanallah masyallah tabakarallah alhamdulillah
Saya simpan sini buat kenangan.Sejak Pia mula ambil exam dah rasa butterflies in my stomach.Bila makin dekat masa nak keluar keputusan lagi bertambah debor.Ya Allah rasa macam tak tentu arah.
9 Mac 2023 semakan keputusan boleh dibuat bermula jam 4petang.Nak tunggu pukul 4petang tu lama sangat rasa biasa sekejap je.Tepat jam 4 website pula sentiasa error,bila dah dapat masuk taip2 maklumat yang diminta tapi 'Data tidak dijumpai' duk agak ni mesti server Jakim dah hangs.Bila update dalam group kelas Pia semuanya tak dapat nak semak.Rupanya ustazah tersilap type no.angka giliran.
Sampai je rumah masih dalam kereta terus check guna phone,dalam berdebor taip maklumat Pia dan tertera result 8A.Saya dah sebak waktu ni tak sedar air mata dah bertakung cepat-cepat masuk dalam rumah tak boleh nak tahan tumpah juga airmata sujud syukur.Screen shot keputusan hantar pada diaorang.Pia masih di rumah Tok dan waled sambung OT.
Tengah-tengah duk happy dapat info dalam group kelas yang keputusan dalam website tak sama dengan slip,ulang debor sekali lagi.Tenangkan hati takkan result makin kurang pula kan...π
So hari Sabtu saya masak sekilo pulut kuning dengan rendang daging tanda syukur dan meraikan Pia.Bawa balik rumah Tok,belikan juga kek favourite Pia redvelvet.Makan ramai-ramai tapi tak ambil gambar sebab malu anak orang lain dah berjaya masuk U tak kecoh pun kita anak baru UPKK kepoh sekampungπ
Terharu sebak rasanya sebab anak sorang kot..
Apa yang Pia dapat hari ini adalah atas usaha diri sendiri berkat ilmu dari ustaz dan ustazah.Tahniah juga untuk waled dari mula Pia tahun 1 lagi sanggup stand sama-sama ulangkaji dengan Pia hampir setiap hari.Umi hanya menyokong dari belakang cuma mampu ulangkaji sekali sekala saja dengan Pia.Minta Pia bawakan cenderahati yang tak seberapa untuk ustazah tanda terima kasih atas segala jasa dan ilmu.
Terima kasih Pia...terima kasih kerana banggakan umi waled.Umi selalu doakan agar Pia dapat jadi yang terbaik.Moga Allah jadikan Pia anak solehah,berilmu,berakhlak baik,bertanggungjawab pada diri sendiri pada umi waled.Perjalanan Pia masih jauh..Bila Allah kata jadi maka jadilah ia....