Monday, February 27, 2023

PANIPURI/GOLGAPPA BY MAYAH RUBEL HASAN DARI PERAK

 
Panipuri dia round 1 Malaysia.Semalam Ahad giliran orang Kuantan dapat merasa.Punya la lama nak tunggu dari tahun lepas sanggup tak beli lain padahal panipuri dah ramai yang jual dekat pasar malam pun ada tapi nak juga tunggu panipuri dia datang Kuantan.

So semalam dalam group panipuri Kuantan decide tunggu Mayah di Dataran MBK,diaorang duk tunggu situ dari Mayah bagitau dia dah sampai Temerloh lagi 2jam nak sampai Kuantan.Sanggup semuanya.Saya leha-leha sempat ke mall dulu cari kasut sekolah Pia tapaw sushi untuk diaorang berdua dah boleh agak diaorang bukan nak rasa makanan yang tak pernah makan ni.Saya sampai situ tengok diaorang dah beratur,Mayah pun belum sampai.Masing-masing tak lepas peluang termasuklah saya turut beratur berjemaah😂
1set RM15 ada puri 12biji,inti,air asam dan yogurt.Saya beli 3set je tapi beratur 1 jam.Tengok orang lain borong sampai 20set.Masa buka bungkusan tu ada bau rempah semerbak baunya,saya memang suka sangat dengan bau rempah macam ni.Katanya semuanya dia buat sendiri dari rempah chat masala ada 16 jenis rempah.Puri pun homemade pernah tengok videonya di facebook.
Biasa saya tengok ada yang jual tu ada air pudina tapi yang Mayah punya ni dia tak ada air pudina.Ada juga yang letak maruku tapi yang ini inti dia ada rasa kentang,kacang dhal,rasa ketumbar,cili,bawang ada rasa rempah-rempah sedap.Air asam dia pekat dan banyak bahan dalam tu.Tu yang buat bila makan rasa ketagih.Ada rasa masam,manis,rempah cukup rasa complete.
Ada pula ulam daun pudina add on dalam panipuri sedap giler bergabung dengan air asam,tergigit cili api,rasa daun ketumbar,limau nipis memang mantap la.Sekali makan rasa macam ada dekat India,Industan,Pakistan Delhi biarlah tak pernah sampai sana pun.InsyaAllah yang ini kebersihan terjaga.Kalau tengok Youtube street food India boleh hilang nafsu😎
Yogurt dia pun homemade ada rasa herb,creamy dan pekat masam.
Kalau ada yang teringin boleh cuba tengok facebook Mayah Rubel Hasan mana tau kena dengan tarikh dia datang tempat sendiri.Kena wajib try harga murah tak padan dengan kesedapan panipuri tu.













Saturday, February 25, 2023

La gourmet® Hydration Bottle Giveaway by anies

 Baru perasan kena tag dengan Mummy Ayu nasib sempat sebelum tarikh tutup.Yang belum join tunggu saya nak tag 😁 
Jom sama-sama memeriahkan Giveaway by anies

Terma & Syarat penyertaan

1) FOLLOW BLOG INI. insya Allah anies akan follow back.

2) GA INI TERBUKA KEPADA MALAYSIAN BLOGGER ONLY
(minta maaf banyak-banyak kepada non-Malaysian blogger kerana buat terma & syarat ini. tapi jangan risau. insya Allah akan datang ada rezeki, anies buat GA lagi tanpa T&C sebegini.)

3)BUAT SATU ENTRY BERTAJUK: La gourmet® Hydration Bottle Giveaway by anies.

4) MASUKKAN BANNER DI ATAS DALAM ENTRY ANDA & BACK LINK KE BLOG INI.

5)TAG 3 rakan blogger pilihan anda.

6)SERTAKAN LINK ENTRY DI RUANGAN KOMEN DI BAWAH SEBAGAI BUKTI PENYERTAAN.

7)TARIKH & MASA TAMAT GA: 28 FEBRUARI 2023 @ 11.59PM.

8) PENYERTAAN YANG TIDAK MEMENUHI T&C INI, AKAN DIBATALKAN.

9) Sebarang pertanyaan berkait GA ini, sila WA anies di SINI .

10) Pemenang akan diumumkan pada 8 MAC 2023 .

Kecut perut nak tag nama-nama besar blogger famous.
Saya tag

Friday, February 24, 2023

ME TIME

 


Sepagi dengan mak ayah.Alhamdulillah Pakcik Sidi nampak makin sihat,makan dah ada selera berjalan pun dah laju.Moga sentiasa sihat tenang-tenang.Sekali sekala keluar me time dengan mak ayah ni rasa best sangat.Inilah memori yang akan dikenang nanti.

Sembang-sembang santai tak ada yang berat.Yang membebankan tu tolak ke ketepi mak ayah tak perlu nak fikir pasal anak,tak perlu nak fikir pasal pasangan anak,pasal tekanan kerja dia,pasal masalah rumah tangga dia.Tapi mak ayah ni selalu saja ada cara untuk buat anak dia bahagia.Macam-macam alasan untuk korbankan diri demi anaknya.Bagi apa saja dalam hidupnya untuk lihat kebahagian anak.

Tapi anaknya masih tega menyakiti,hargailah setiap saat yang ada dengan mereka.Bila dah tak ada nanti jangan menyesal sebab fitrah manusia yang ada depan mata buat tak kisah,bila dah tak ada baru nak menyesal.Peluang untuk berjumpa dengan mak ayah tidak kekal lama suatu hari peluang itu akan terhenti yang ada hanya flashback.

*****eh sorryyyyy saya tak marah awak saya marah dia😎

Wednesday, February 22, 2023

TAMU HOTEL KG.BARU

Asal cuti sekolah je Pia ajak umi waled tidur hotel nak mandi kolam.Waled decide cari hotel area KL kebetulan waled nak ke Mindef untuk hantar report.Saya bagi cadangan untuk book Tamu Hotel di Kg.Baru sebab tengok review Kak Uji pernah bermalam di situ dan dah ramai juga yang buat review hotel ni best.

Yang paling saya suka dekat sangat dengan syurga makanan.Ni pun sebelum check in lunch dulu di Suraya Seafood.Waktu malam turun hotel jalan kaki je cari makan kawasan situ macam-macam kedai makan ada.Tepat sungguh kan pilihan saya😅

KL hujan waktu petang dengan guruh dan kilat  tapi tak melemahkan semangat dakPia nak mandi kolam.Dapat kunci masuk bilik solat jamak takdim terus salin swimwear.
Gambar tuan tanah la sekeping kot ada yang rindu dah lama tak menulis😁
View dari kolam memang sangat cantik dan awesome tapi disebabkan hujan lebat petang tu gambar pun jadi nampak tak berapa terang sangat.Nasib baik kolam berbumbung,walau hujan lebat dapat juga Pia berendam,sedang elok Pia keluar dari kolam kilat dan guruh berdentum masing-masing terkejut laju je naik bilik.

Yang ditunggu-tunggu breakfast buffet esoknya.Not bad banyak juga pilihan ada local food,pastry,roti,kek,omelette.Sangat variety makan pula di tingkat 27 berlatarbelakang KLCC dan menara KL.So nice....
Paling saya suka selection salad

Overall hotel ni semuanya memenuhi kriteria yang dicari.Sebelum ni memang teringin nak duduk hotel yang view KLCC tapi hotel macam tu agak pricey la kan...so Tamu Hotel ni aje lah yang mampu.Hotel ni juga muslim friendly ada disediakan sejadah,tafsir al-Quran dan buku himpunan dia.Hospitality dan service memuaskan✌



















Tuesday, February 14, 2023

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN

 Bila Allah uji diberi bermacam macam nikmat dunia tiba-tiba Allah jentik sedikit dengan ujian kesihatan selama 3 minggu.Alhamdulillah sekarang Allah dah sembuhkan seperti sediakala.Terima kasih untuk sahabat-sahabat yang sentiasa bertanya khabar dan mendoakan.

Hari Sabtu lepas 11/1/2023 dapat menyantuni Pia terima anugerah.Thanks to Allah.Satu momen yang indah pasti akan menjadi kenangan untuk Pia suatu hari nanti.Rezeki Pia,umiwaled tak letak harapan yang tinggi sebab sebelum exam Pia demam teruk,macam tak percaya dapat rezeki yang tak disangka-sangka.Tahniah juga kepada anak-anak sahabat yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang sepanjang tahun 2022.


Masa Pia bawa balik surat jemputan hati dah berbunga-bunga tapi dalam fikiran duk betul ke ni,banyak kali juga tanya Pia betul ke dia dapat no.1 kot dia tertukar dengan keputusan pertengahan tahun hari tu pun dia no.1,maklum la slip keputusan hari Rabu esok baru dapat.
Sementara tunggu anak naik stage ambil anugerah umiwaled selfie muka baru baik demam.Majlis seawal 7.30pagi dan tamat pada pukul 11pagi,nasib baik sekejap je kalau tak mau demam semula nak tunggu habis majlis😁
Syukur terpilih juga Pia terima anugerah untuk tahun 2022.Walau kecil pencapaiannya tapi cukup membanggakan umiwaled.Moga kejayaan ini memberi semangat lagi untuk Pia berusaha mencapai kejayaan dalam hidup.Perjalanan masih jauh teruskan usaha.
Tahniah untuk anak tunggal umiwaled atas pencapaian dia anugerah terbaik akademik untuk kelas dan pencapaian terbaik untuk aliran.Cabaran untuk Pia tahun 6 nanti nak kena kekalkan momentum dalam masa yang sama tak nak Pia rasa stress dan terpaksa.
Saya bagitau Pia 'Ok sekarang Pia boleh minta apa saja yang Pia nak makan,umiwaled belanja makan tengahari' dia jawab 'can i eat maggi mee'
itu je yang dia nak maybe dah lama sangat teringin agaknya😫













Wednesday, February 08, 2023

BILA KESIHATAN TERGANGGU

 2,3 hari ni nak update blog pun tak ada semangat.Bila badan tak sihat benda remeh pun jadi macam besar.Fikiran pun rasa letih nak mengarang.

Batuk tak habis lagi hampir 2 minggu,tak demam pun tapi badan rasa seram sejuk,semua jenis makanan masuk mulut tak rasa apa.

Kena masak juga dah jemu lauk beli.Intai-intai peti ais jumpa saki baki yang masih ada.Buat sayur air bayam,goreng ikan goreng ikan masin 2 jenis ni sudah.


Ingatkan tak selera makan boleh la dapat berat ideal rupanya nanhado ye😂
Orang lain demam bila timbang berat badan turun.Badan tak sihat ni pun agaknya banyak toksin dalam badan.Nak kena outdoor walk keluarkan peluh.Kena adjust jadual harian.Nak mula slow jog balik hari tu Kuantan nonstop hujan lebat.Harapnya ni dah habis musim hujan.Dah tak boleh pergi kerja balik kerja berkurung setiap hari tak kena cahaya matahari.

Gitu lah jadi mak-mak kan..kena kental walau tak sihat,suami dan anak perlukan kita.Tiada MC untuk mak-mak.Moga Allah kurniakan kesihatan yang baik sepanjang usia dan ganjarkan pahala buat kita semua.




Saturday, February 04, 2023

BEKAL PIA MINGGU 5/2023

 Lagi 10 hari nak siapkan bekal untuk Pia.Lepas tu boleh rehat sekejap sambung semula seminggu sebelum puasa.Nampak je memacam menu masak kadang ulang semula menu yang sama.Cuba pelbagaikan resepi agar anak tak boring tapi tu lah idea tak mariiiii

Lepas ni cuti sekolah boleh masak lepas subuh tak perlu terkejar masa masak awal pagi.Saya pula jenis tak rajin nak masak malam,malam badan dah letih nak tidur awal

Isnin 30/1/2023;
Sarapan mihun goreng tengahari nasi putih ayam goreng garlic viral.Sedap juga resepi dia

Selasa 31/1/2023;
Sarapan cekodok pisang dengan roti telur,bekal pagi Pia bawa pizza sosej saya guna roti pratha frozen je.Tengahari nasi putih ayam masak kicap

Rabu 1/2/2023;
Sarapan roti paratha sarang burung,tengahari nasi putih asam pedas ayam

Khamis 2/2/2023;
Dari sarapan makan tengahari hingga ke malam makan laksa.Bila tanya nak masak apa untuk bekal Pia laju je jawab nak makan laksa,senang keje masak sekali harung 
Jumaat 3/2/2023;
Sarapan pagi Pia nak maggie goreng,tengahari makan nasi impit kuah kacang dengan kari daging.Subuh sapi'e dah siap beraya.

Begitu la mak-mak kan..Apa yang boleh kita cuba sediakan.Kalau boleh nak masak macam-macam selagi mampu,kalau tak buat la muka kesian minta tolong Waled tapawfood











Thursday, February 02, 2023

HADIAH TOP KOMENTAR DARI BLOG AKO TETAP AKO

 Hari Selasa KakRet whatsapp bagi no.tracking eh hari Rabu parcel dah sampai depan rumah.Laju bebenor sungguh J&T ni.


Hadiah exclusive ni ye harganya pun boleh tahan..Cantik kan?Terima kasih banyak KakRet.Moga sentiasa dilimpahi rezeki yang berganda berkatnya.

Saya kenal blog Ako Tetap Ako melalui blog Sis Lin.Macam biasa mulanya silent reader segan nak tegur dan tinggal komen di blog besar.Tapi tuptup KakRet yang tegur dan komen dulu di blog picisan ni..Allahu malunya rasa tapi dalam malu-malu tetap rasa bangga bila blogger 'gah' masuk blog kita.

Beg comel dari Hatyai macam biasa dah kena cukai dengan si unboxing parcel dak Pia...ambil la nakkk umi redho 😎

TQSM sekali lagi KakRet..terima kasih juga pada kawan-kawan blogger yang lain,tidak peduli seberapa jauh kita semua moga kita selalu dekat dihati satu sama lain,terima kasih atas persahabatan alam maya yang begitu manis ini moga silaturahim ini akan terus berkekalan dunia dan akhirat.  





Wednesday, February 01, 2023

WORDLESS WEDNESDAY~AMBER SOLAT

 

Notifications dari Facebook memories 4 tahun lepas.Tips taknak bagi majikan kacau time orang gaji solat,kena bagi sejadah mini 1 untuk dia.Nampak macam menjadi tips ni.Gambar first tu sebelum bagi sejadah dia duduk depan nak sujud kena tolak dia dulu.Dah dapat sejadah kejap ye elok macam penat sangat solat.
Time ni Amber baru lepas buat lioncut tu yang togel je badan dia.