Wednesday, November 26, 2025

ROJAK KATEH TERENGGANU

Masa ke Kuala Terengganu tempoh hari,masuk Pasar Payang ramai yang jual rojak kateh.Selalu dengar orang cerita pasal rojak kateh,tapi saya sendiri belum pernah makan.

Jadi belilah satu bungkus RM4,dia jual 3bungkus RM10,tapi saya minta nak beli sebungkus je,niatnya nak cuba.

Kuah merah tu nampak menarik.Bau masam&pedas.Nampak ada potongan kaki lembu yang licin dan kenyal.

Tapi lepas sesuap masuk mulut,jujurnya saya tak boleh nak 'masuk'.Bukannya tak sedap,cuma tak kena dengan selera saya.Tekstur kaki lembu yang kenyal tu sedap,cuma rasa kuah masam,manis,pedas tu yang tak boleh nak masuk,kuah nya tu macam rasa kuah jeruk buah gula nisan.

Mungkin sebab saya tak biasa dengan rasa asli rojak kateh,atau mungkin sebab rojak kateh ni ada jiwa yang hanya orang Terengganu betul-betul faham.

Walaupun saya tak suka,tapi sekurang-sekurangnya saya dah tahu rupa dan rasa.Setiap negeri ada makanan tradisi masing-masing,ada yang kita suka ada yang kita tak boleh nak telan,tapi itulah seronoknya mencuba.




Wednesday, November 19, 2025

NEGERI PALING BAHAGIA

Sekejap je dah nak habis bulan November.Rasa macam baru miggu lepas update blog,rupanya dah nak akhir bulan.Eh cepatnya masa berjalan😅

Pergi Terengganu jalan-jalan kosong saja.Hari Sabtu dan Ahad Maktab masih tak benarkan parent melawat,jadi tak boleh jumpa Pia.Rasa rindu dah 3 minggu tak jumpa,paling lama tak dapat jumpa anakdara tu.tapi nak buat macam mana,peraturan untuk kesihatan anak-anak.

Jadi kami ke Kuala Terengganu sekadar mengisi masa,jalan perlahan-lahan tanpa tujuan sangat,nak hilangkan rasa kosong tak dapat jumpa anak.

Bila sampai Terengganu,hati tu rasa ringan,tak tahu kenapa tapi memang lain auranya.Mungkin sebab angin laut yang lembut,jalan yang tenang,makanan kampung yang sedap&murah,boleh buat jiwa rasa lapang.

Tak pergi mana pun sebenarnya.Cuma singgah Pasar Payang sekejap,itu pun sebab nak tunggu kedai A.M Selera Panggang buka pukul 12.30 tengahari.Memang dari awal dah aim nak makan ikan bakar dia.Sementara tu jalan-jalan pusing dalam pasar,niat nak cuci mata je tapi tangan tetap juga terbeli sikit sana sini.Kalau dah masuk Pasar Payang jarang nak keluar tangan kosong.


Teringin nak makan ikan bakar tawar dapur arang,nak bau asap arang,yang ada vibe suasana kampung.

Pilihan ulam dan budu dia meriah,macam-macam jenis budu.Dah tak tau nak pilih yang mana sedap.

Ikan bakar panas baru angkat dari dapur,singgang telur ikan,ulam,budu.Menu simple je tapi jadi sedap berganda.'sedak dooh'
Padahal dekat rumah sendiri pun boleh je buat,tapi kita nak suasana😂

Sebelum balik singgah sekejap kedai roti legend di Kuala Terengganu.Orang Terengganu tahu la tempat sohor ni.Memang tak sah kalau tak singgah,dapat beli roti panas-panas baru masak buat bekal dalam kereta.
Hujung minggu tanpa Pia,umi waled perlahan-lahan kena belajar menerima kenyataan anak tak boleh sentiasa berada di sisi kita.Memang rindu,rasa kosong tapi inilah proses untuk anak membesar dan kita juga belajar melepaskan sedikit demi sedikit.











Saturday, November 01, 2025

AIR JIMMY ASMARA NOSTALGIA

Resepi saya ambil dalam blog namakucella

Terus teringat zaman dulu-dulu,air ni selalu ada bila bulan puasa atau majlis kenduri.

Resepi ni simple je tapi warna dia menarik dan rasa dia pun unik,campuran Sunquik oren,perisa pisang dan pewarna hijau.Nampak pelik kan,tapi bila dah campur semua jadi gabungan yang refreshing dan sedap


Saya pernah jumpa air ni zaman sekolah dulu sekarang jarang dah orang buat.Bila nampak resepi ni dalam blog mamacella,terus rasa nak cuba semula.

Minum sejuk-sejuk terus rasa macam balik ke zaman 90an

1botol kecil Sunquick Oren

Sedikit perisa pisang

Sedikit pewarna hijau

Gula ikut suka manis 

Air dan ais

Warna hijau kuning tu memang cantik,mak-mak gen X,Y macam saya ni,air ni bukan sekadar minuman tapi ada kenangan zaman dulu yang datang balik.

Saya pernah buat air ni masa raya puasa haritu,bukan main berebut budak-budak gen Alpha minum.jenuh nak bancuh.Nampaknya air legend memang tak lapuk dek zaman,dari dulu sampai sekarang tetap ada peminat.

Terima kasih pada cella,dulu dia suka share resepi apa yang mak dia masak,suka baca celoteh dia zaman dia sekolah rendah dulu.Kalau tak kerana resepi mamacella tu,entah bila la saya nak teringat semula air nostalgia.