Thursday, March 27, 2025

AKHIR RAMADHAN

Alhamdulillah diam tak diam dah nak sampai penghujung ramadhan kan,moga kita semua dipanjangkan umur yang berkah untuk bertemu ramadhan akan datang..puasa kali ni macam-macam pengalaman

Dapur pun kejap-kejap saja berasap.Minggu ni tak berasap langsung ni..Hari ni pun rasanya tak masak lagi,Pia dah balik hari ni dari semalam dia duk dah ajak berbuka puasa dekat luar.

Boleh bilang dengan jari berapa kali je masak itu pun sejenis lauk.

Waled pula bulan puasa ni mambang rajin dia datang.Kes nya balik kerja awal,sampai rumah tak ada apa nak buat.Dia beli pisang nangka setandan dia buat kerepek
Dapat la 3 bekas besar ni kerepek pisang

Dah siap buat kerepek semalam dia sambung pula buat rempeyek
Tak tau la jadi ke tak ni,nampak macam jadi..saya lupa nak cuba makan malam tadi

Isnin lepas Pia ada Iftar Ramadhan dengan adikberadik homeroom.Kemain la masing-masing order nak makan apa..penuh bonet kereta kau..
Balik hantar makanan untuk diaorang umiwaled pula sangkut traffic jam tak sempat sampai rumah.Terpaksa singgah buka puasa dulu,tutup lagi la dapur😎

Sahur tadi berasap la sikit dapur goreng telur mata 

Selamat Hari Raya semua akak,adik,abang blogger...maaf zahir batin,maaf andai ada salah silap saya terkasar bicara menulis komen.

Haiissh beg baju tak kemas lagi ni nak merentas desa esok atau lusa.Orang kata kalau perjalanan balik kampung tak sampai 1 jam tu bukan balik kampung tapi merentas desa😂





















Monday, March 17, 2025

13 Ramadhan

 Alhamdulillah dah sampai hari ke-16 Ramadhan ye kita..cepatnya masa berlalu puasa kali ni.Tinggal seminggu je lah lagi puasa tahun ni..moga masih dipanjangkan umur bertemu dengan Ramadhan tahun depan

Hari ke-13 puasa baru kami dapat buka puasa sama-sama 3 branak.Pia dapat cuti 5 hari sempena Nuzul Al-Quran.Waled pun dah balik dari Tawau.Baru la rasa happy sikit hati ni bila 2 orang ni ada depan mata saya.



Jumaat lepas waled bagitau tak payah masak,dia dah booking iftar di Menate Steak Kuantan.

2 minggu saya tak semangat bila berbuka puasa,mampu tengok je blog kawan-kawan meriah dengan menu Ramadhan.Semalam baru la nampak meriah sikit meja makan kami.Bila ada yang request nak makan itu ini,umi terus jadi rajin.
Syukur sempat merasa puasa dan bersahur sekali.
Berbual dengan Pia sebelum azan maghrib dia pesan ummi jangan la tak selera makan fikirkan Pia berbuka&bersahur di asrama,makanan dekat DS sedap-sedap katanya..Petang pun ada bazar dalam maktab.Bila dia tahu umi dia buka puasa lauk ikan bilis goreng+bawang+cili masa berbual di telefon tempoh hari.Padahal menu umi tu tak cukup seperiuk nasi tu😂
Bukan tak selera makan tapi bila tinggal sorang ni malas nak masak.Tunggu semua ada time tu lah mood chef tersohor keluar😎













Friday, February 28, 2025

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN 1446H



 Selamat menyambut bulan ramadhan yang mulia dan penuh barokah kepada semua kawan-kawan blogger,kepada kakak-kakak,adik-adik,abang-abang mudah-mudahan Allah permudahkan segala ibadah kita pada tahun ini,semoga ramadhan tahun ini kita semua dapat perbanyakkan amal ibadah.

Puasa terkejut ke kita tahun ni?Esok atau lusa,tak sabar nak tunggu maghrib ni.Kalau nampak anak bulan maknanya malam ni dah dikira masuk 1 Ramadhan

Saya tahun ni sambut puasa sorang-sorang..Pia tak dapat pulang bermalam,waled pula outstation..

Nak buat persiapan pun tak semangat,makan apa yang ada je lah..

Harap juga puasa tahun ni dapat la kurang sekilo dua,nanti kita tengok sejauh mana boleh kurang.
Semenjak dua menjak ni selera makan bertambah,berlawan makan dengan waled.Lepas makan baru menyesal,lepas tu pujuk hati sendiri tak pe puasa nanti kurus la...



Tuesday, February 18, 2025

DAH MULA RINDU

 Cuti sebulan tak terasa ye..
"umi,Pia rasa sekejap je cuti,macam malas nak balik maktab"
"umi boleh ke balik maktab petang sikit minit-minit terakhir"
"umi boleh ke taknak balik maktab" buat muka kesian setiap kali nak balik asrama
"umi...umi...umi..."bila tanya kenapa,katanya saja je nanti rindu nak panggil umi

Tahun ni dah form 2..ada roommate baru,dah pindah blok dah pindah bilik..dah ada adik junior juga yang akan daftar esok,dah ada tanggungjawab sebagai Lembaga Disiplin Pelajar (LDP).

Kotak ubat,kotak makanan mesti penuh ye walau rumah sepelaung je

Sambil kemas barang anak nak balik asrama sambil waled pesan,tahun ni waled dah taknak visit Pia hari Sabtu,umiwaled akan visit Pia hari Ahad je.Tahun ni Pia dah kena basuh baju sendiri,waled dah taknak datang ambil baju kotor tiap-tiap minggu.Dalam hati umi tertanya-tanya pada diri sendiri betul ke apa waled cakap tu.Hahaha kita tengok je lah nanti ye😂

Sebelum hantar balik asrama

Tapi umi pula yang teringat-ingat dekat dakPia ni,walaupun dah form 2 umi masih tak berani nak tarik nafas lega.mak mana yang ok anak tak ada depan mata,hati ni sentiasa risau sentiasa rindu

Keep strong girl...kuatkan semangat dan cekalkan hati,pengalaman itu mahal

Friday, February 07, 2025

PENGALAMAN PERTAMA PIA PARAGLIDING

Simpan kenangan di sini.30 Januari 2025 pengalaman pertama Pia paragliding di Bukit Bubus,Besut,Terengganu

Tak tau la mana dia dapat keberanian ni,suka menguji adrenalin diri.

Jom tengok Pia terbang 


Dah lama Pia asyik sebut-sebut nak cuba paragliding,cuti CNY haritu dia tanya lagi boleh tak nak cuba paragliding,kebetulan pula cuaca minggu tu tak berapa elok dengan angin kuat.Risau juga hati ni tapi tak nak hampakan permintaan Pia saya daftar juga dulu,kalau ada rezeki cuaca cantik boleh fly,kalau cuaca tak elok kita tunda tarikh lain.

Alhamdulillah hari Pia nak terbang 30 Januari tu, cuaca cantik sangat-sangat. Dapat mesej dari Fly Paragliding Team 3A arah tiupan angin pun cun.Saya daftar basic package je dengan harga RM220 untuk 8-10minit.



Masyaallah memang cantik gila view dari atas ni


Umi waled tunggu Pia dekat bawah nampak sayup kecil je 


Lepas take off tu dia dah mula tanya dekat mana lagi tempat lain yang buat paragliding.
Seram sungguh la dakPia ni.

Katanya Pia seronok bila dapat fly,boleh tengok view subhanallah cantik sangat.
Memang boleh nampak Pia happy dalam video tu tersengih je sampai lupa nak tutup mulut.















Thursday, January 23, 2025

Cerita Cacamarba #1/2025

 Ada blog pun hidup segan mati tak mau...rasa lama sangat dah tak bercerita.Banyak sebenarnya nak bercerita tapi taip padam taip padam pastu close😎

So hari ni meh kita cacamarbakan cerita

Cuti sekolah bulan 12/2024 haritu sepupu Pia dapat keputusan Mumtaz Sijil Menengah Agama,waled bagitahu nak belikan hadiah untuk Atikah tapi lambat buat keputusan nak beli apa,belikan kek je lah boleh orang lain tumpang makan

Atikah sekolah di Sg.Merab,cuti sekolah hari tu diaorang semua balik kampung sempat la Pia buat surprise.
Terima kasih dah jadi roommate yang baik untuk anak aunty,tak berkesempatan aunty nak berkenalan dengan anak-anak cuma kenal nama saja dari cerita Pia.Sebelum cuti haritu Pia minta nak celebrate hari last dengan roommate,walaupun sepanjang tahun ada saja cerita tak boleh nak 'ngam' dengan roommate tapi alhamdulillah pengakhiran yang baik untuk mereka.Moga next sem ni dapat roommate yang baik-baik.
sementara nak tunggu anak turun.umiwaled dah sampai maktab tu la baru nak mandi,baru nak bersiap.padahal dah call awal bagitau nak sampai,tetap umiwaled juga yang sampai dulu
cuti sekolah ajak sepupu Pia datang rumah

Balik kerja terkejut tengok waled bawa balik sebiji nangka 11 kilo,katanya support kawan jual.Takpe lah kita panjangkan niat baik tu bagi-bagi pada jiran,kalau makan berdua je mau berangin badan
Budak asrama dah lama tak pergi kenduri katanya,tu yang suka sangat gayanya

Ada yang pernah rasa buah ni?saya baru pertama kali makan,pertama kali juga jumpa.Rupa macam limau kasturi tapi isi rangup manis.Harga RM1 sebiji

Kemain la haa morning walk berpimpin tangan😁
Tambah semangat katanya,orang muda tengok pun malu ni

Kesian Daisy dah tinggal sekor,hari kerja sunyi la dia Amber dah tak ada

Office Appreciation Night,pakai apa yang ada je asalkan kena sipi-sipi tema timeless tradition


























Tuesday, January 07, 2025

SETIAP MINGGU BERKELAH

Sehingga hari ini,umiwaled tak pernah lunch di rumah pada hari Sabtu&Ahad.Setiap minggu bawa makanan yang dimasak untuk makan bersama Pia.Tiap-tiap minggu memang tak pernah gagal visit,mujur jarak rumah ke maktab dalam 20 minit je.

Sebelum hujung minggu Pia dah siap-siap bagi menu nak makan apa.Ntah la orang cakap kita manjakan sangat anak.Semua nak ikut kehendak anak katanya.Ntah la kalau tak manjakan anak,takkan kami nak manjakan awak pula??😂 

Takpe lah selagi umiwaled masih ada,ciptalah seribu kenangan untuk Pia.Sementara juga Pia masih free Sabtu Ahad,tengok pada senior di maktab tu hujung minggu pun penuh dengan kelas dan macam-macam program.

Memang berbeza dengan zaman kita dulu,mak ayah hantar semasa hari pendaftaran je.Lepas tu pandai-pandai la jaga diri.

Try taknak visit tapi tengah minggu nanti dia call,"umi datang la minggu ni botol air Pia hilang,umi datang la Pia teringin nak minum tealive,Pia dah lama tak makan itu ini,umi datang la Sabtu nanti" erkkkkk

Merata duduk mana-mana tempat dalam maktab ni,Sabtu Ahad memang sentiasa penuh dengan parents.Kadang berebut tempat duduk hahaha
Nak cepat,siap masak anak dah call lapar,dah tak ada energy nak barcakap dah ni katanya...umiwaled angkut periuk terus masuk kereta.

Selagi ada kudrat dan rezeki InsyaAllah kita sambung untuk 4 tahun lagi berkelah dalam maktab.Pengsan.Nasib baik 20km je.