Hari ni ramai yang balik kampung kan..Hati-hati ye di jalan raya.Moga selamat sampai dan selamat pulang nanti.
Salam Aidiladha buat semua.Maaf zahir dan batin dari saya sekeluarga.
Hari ni ramai yang balik kampung kan..Hati-hati ye di jalan raya.Moga selamat sampai dan selamat pulang nanti.
Salam Aidiladha buat semua.Maaf zahir dan batin dari saya sekeluarga.
Cerita throwback masa cuti sekolah awal bulan haritu.Ramai yang balik berkumpul dekat rumah Tok Chini,time ramai-ramai ni Maklang bagi idea ajak budak-budak ni cari etok.Suka la anak-anak boleh main air.Pengalaman baru untuk Pia dan juga saya first time ni,waled cakap dia orang kampung dah biasa 'berkubang' cari etok dari kecil lagi.
Subuh sapi'e saya dah siap masak nasi putih dengan ayam masak kicap nak bawa bekal nasi bungkus,Risau anak lapar tengah-tengah cari etok nanti mana nak cekau nasi bukannya ada kedai dekat situ.Saya bersiap je seadanya bekal ala-ala nak pergi berkelah kononya.
Tengok diaorang semua seronok,peluang dan pengalaman yang tak semua orang boleh rasa.Walaupun air tak dalam tapi hati saya sentiasa dupdap-dupdap😁
Tak sampai 10minit masing-masing dah mengadu lapar,sarap nasi bungkus umi dulu nanti sambung lagi cari etok.Geng-geng laki kemain bersila makan nasi dalam air,nak ambil suasana katanya.Kawasan berpasir ni betul-betul di tengah-tengah Sungai Pahang ye,mana la mak kau tak overthinking nak...
Tak ada apa yang fancy pun anniversary tahun ni hanya keluar makan-makan berdua.Saja je la buat kenang-kenangan.
Mohon Allah panjangkan jodoh kami sampai syurga dan pelihara keluarga kecil kami&dan dijauhkan dari segala yang buruk-buruk.
Aduhai makin menjadi-jadi ni timbul hari jumaat je,hari lain tenggelam nasib tak lemas.Nak cerita ad-hoc activity not planned minggu lepas.
Pantang cuti sekolah nak berjalan aje la anakdara sorang tu.Pagi Sabtu lepas waled cakap siap-siap jom kita pergi makan dekat Tanah Aina Cafe di Bentong.
Kalau ada yang dari KL menuju ke Pantai Timur wajib singgah sini.Lokasi cafe betul-betul tepi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.Sebelum hentian sebelah Lentang,tak perlu exit highway.
Mula sampai saya dah terpegun dikelilingi kehijauan dan bunyi deru air sungai.Segar mata.Siapa sangka tepi lebuhraya LPT1 sebenarnya ada sebuah cafe yang sangat-sangat cantik.Suasana yang nyaman sangat tenang..walaupun terletak tepi lebuhraya tapi tak dengar langsung bunyi bising kereta.
Ada laluan rahsia bridge under the bridge,laluan bridge yang sangat mendamaikan dengan aliran anak sungai sejuk mata memandang.Saya memang teruja sungguh la.