Friday, May 26, 2023

BELI JIWA ANAK

 Seminggu tenggelam nasib baik timbul lagi.Minggu ni rasa sekejap je ni dah hari Jumaat.Sempat curi masa jengah blog kawan-kawan melalui phone tapi rasa macam tak puas nak kena mengadap PC juga.Hari ni saya dah boleh start singgah blog kakak,adik,abang semua.

Kesian DakPia asyik kena tinggal je kan so semalam tanya dia nak makan apa,nak Nippon Sushi katanya.Nasib baik tak mahal nak beli jiwa modalnya cuma sushi.

Curi-curi ambil gambar 3,4hari tak jumpa tiba-tiba rasa malu pula nak bertentang mata😚

Menu Nippon Sushi ni banyak ye ada sushi,shashimi,udon,teppanyaki,donburi eh banyak lagi la rasanya lebih 200 menu kot.Ambil masa juga nak pesan menu apa.Kami pula keluar dah lambat dalam pukul 3petang masing-masing perut dah kosong,Pia kalau boleh semuanya dia nak.

Rasa macam lambat nak tunggu sushi yang order ambil sushi dari belt dulu,kemaruk sushi sungguh.Makanan waled sampai awal dia order nasi goreng salmon,saya try juga semulut dua tak boleh makan banyak rasa muak.

Temaki Soft Shell Crab time gigit sampai tertutup mata terlebih sedap sebab lapar rasanya ni



1 set ni ada 3 ketul daging balut isi cendawan,cuma hati-hati dengan cendawan tu liat boleh tercekik melekat pula celah-celah gigi.


Eh dia pandang kita pula dah baru nak curi gambar makan terus rasa blushing😆

Sejak ada Nippon Sushi ni rasanya support sini je dah,murah dari sushi king,sushi pun besar-besar puas hati sungguh.Lagipun ni milik bumiputera jadi kita sokong la kan...

 

 





Friday, May 19, 2023

Topik PENAT minggu ni...

Pukul 7 petang kelmarin sampai rumah setelah 3 hari bermusafir atas urusan kerja.Bila badan penat mula la datang macam-macam rasa,badan rasa seram sejuk macam nak demam tapi suhu ok.

Bila bercakap bab penat orang perempuan ni banyak pengaruh mental dan emosi mula la cepat marah suara pun meninggi dengan anak cepat sangat hilang sabar.Itu saya la orang lain penat biasa je padahal semua orang penat.

Ceritanya seminggu sebelum ni pun dah penat mengemas rumah,beli barang untuk buat open house.Dari awal ingatkan tahun ni tak nak buat open house,tapi bila dah ramai yang tanya bila nak buat ulang-ulang kali kita pun decided untuk jemput datang hari Ahad.

Sabtu malam dah start kupas bawang,sambil duk congak berapa orang yang nak datang.Kira-kira eh ramai juga ni dalam 70 orang.Bagitahu orang tu, teringatkan orang ni,nanti dia tahu kita buat makan tak ajak kecil hati pula kan..dah jadi ramai.


Berdua je dengan Daisy,waled ada jemputan open house di pejabat dia tanya nak ikut tak kalau saya ikut pukul berapa nak siap kerja dapur ni.Semuanya nak masak sendiri ni dalam hati risau juga bila buat makan-makan kalau makanan tak cukup,kalau terlebih banyak risau membazir pula.Overthinking tu selalu ada.

Lepas subuh cepat-cepat masuk dapur bancuh adunan roti jala 1kilo,sambil menjala sambil buat kuzi ayam ada juga kuah manis serawa durian buat lawan dengan roti jala.Ada je masalah kalau nak cepat ni kuali yang biasa guna buat lempeng,buat roti jala melekat pula,tukar kuali lain pun sama juga.Saya duduk bertenang kejap guna semula kuali yang pertama tadi eh molek elok pula dia.Semua makanan siap hidang pukul 11pagi..jemputan nak datang pukul 12 sempat la tuan rumah wangi-wangi dulu.


So hari tu saya masak nasi khomok 5kilo beras basmathi,ayam berempah 7 ekor.Ayam beli pagi hari Sabtu balik rumah terus basuh perap awal-awal.Masa pergi pasar beli ayam pun ada kejadian yang buat rasa hati ni penat.Ada seorang pekerja pasar tengah angkat kanopi terlanggar saya dan besi kanopi dia terjatuh atas kaki saya,satu perkataan maaf pun tak keluar dari mulut dia.Saya ni rasa dah nak keluar air mata menahan sakit biru juga la kaki.Dia boleh pula buat tak ada apa-apa padahal dia dengar saya menjerit terkejut besi terjatuh atas kaki saya.Pia pula yang menangis dekat pasar tu sebab orang tu tak minta maaf pada saya.Ramai la mata yang memandang,kami cepat-cepat masuk kereta.

Ramai lagi tetamu yang saya tak sempat nak ambil gambar.Masa tu tengah bersilat dekat dapur goreng ayam tak pun tinggal masuk solat jap.Alhamdulillah makanan semuanya cukup,ada lebih sikit cukup untuk tuan rumah makan malam.Tetamu last pukul 7,lepas maghrib waled dah siap-siap kemas beg nak ke KL.Tinggal la saya sekali lagi sorang-sorang di dapur.

Penat uiiii mengemas,masak,mengemas lagi.
Tunggu Pia kahwin nanti la lagi 15tahun baru kita buat kenduri lagi.Memang all out open house tahun ni,saya belum pernah buat kenduri jemputan ramai kalau setakat tetamu datang 1-2 keluarga tu biasa.Ini pertama kali saya masak sorang-sorang untuk ramai tetamu.
Seronok memang seronok dapat jamu tetamu dengan air tangan kita,bila tetamu cakap sedap ermm kembang montot titew tapi tu la busy jadi orang dapur sorang-sorang.

Hari Isnin saya ambil cuti alhamdulillah dah kemas rumah.Setel semua.Penat dia jangan cakap la sebelum tidur menangis dulu rasa badan burn out padahal sedih laki out station,laki balik saya pula keluar out station,nak kena tinggal anak walaupun anak lagi suka uminya kerja jauh.

Hari Selasa Pia mesej bagitau dia ada jamuan hari raya di sekolah,dia tanya saya nak bawa apa untuk potluck kelas dia.Saya minta dia bagitau waled beli je apa-apa dekat bakery tak pun bawa je kuih raya yang mana ada.Sekali dia hantar gambar waled tengah buat kek coklat guna drill,spindle tukar guna garfu..katanya tak jumpa mana saya letak mixer,tengok tu habis semua keluar periuk,dapur confirm bersepah semula dengan tepung dan serbuk coklat.

Hari ni nak bermalasan je,esok ada lagi 1 jemputan open house bila nak habis raya eh rasa macam lama pula raya tahun ni😂

Ahad kena bermusafir lagi😔








Thursday, May 11, 2023

HADIAH DARI BLOGGER MUMMY AYU

 Pemenang "Life is Beautiful Giveaway"

Yeaay ada hadiah lagi kata Pia...Tengahari semalam dia balik sekolah tengok ada parcel.Paginya mummy ayu mesej bagitau hadiah dah pos hari Selasa,tup tup tengahari Rabu dah sampai.Laju...

Tak sempat salin baju sekolah Pia terus minta izin nak buka parcel.Excited sungguh Pia sebenarnya maknya pun lagi excited😁


Sekali buka Ya Allah comelnya tiffin ni.Terima kasih mummy ayu.Sentiasa ada 'sesuatu' yang menggembirakan hati orang-orang disekelilingnya.Tak pernah lokek memberi dan berkongsi rezeki.


Alhamdulillah untuk hadiah yang comel ni,boleh buat hati kami berdua rasa gembira.Pia paling happy nak bawa bekal guna bekas baru.Terselit juga duit raya untuk Pia.Terima kasih sekali lagi Mummy Ayu moga sentiasa murah rezeki.

So pagi tadi Pia dah rasmi bawa bekal pergi sekolah.Pagi ni dia request nak nasi goreng kicap dengan ayam goreng,nak bawa kudapan almond cluster makan dengan kawan-kawan katanya.


Buat semua sahabat blogger yang sentiasa berkongsi rezeki moga rezeki kalian melimpah ruah,moga ukhwah kita sentiasa dalam rahmat Allah setiap masa.
Aaamiin..




 

Wednesday, May 10, 2023

WORDLESS WEDNESDAY~PUDING BLUE OCEAN

 
Buah tangan nak bawa ke jemputan open house minggu lepas.Tiap kali dijemput ke rumah orang atau sendiri yang nak pergi ziarah mesti nak kena ada buah tangan.Rasa segan nak pergi tangan kosong,rasa macam penyakit plk😆.


Tuesday, May 09, 2023

AMBER&DAISY BERAYA

Idea dakPia ni nak ambil gambar keluarga,kesian Amber dengan Daisy kena tinggal time raya hari tu katanya.Umi waled balik kerja cepat-cepat dia cakap jangan tukar baju dulu nak ambil gambar.Gambar pun kelabu asap je guna phone Pia.Layankan aje....


Rupanya balik sekolah tengahari dia dah siapkan songkok Amber dan tudung untuk Daisy.Tengok Amber tu dia duk tengok je Daisy agaknya kenapa la plk budak ni lain bebenor rupa dia😂

Awal puasa haritu Pia ada minta nak beli baju raya untuk 2 ekor ni tapi saya buat tak dengar,bukannya nak 2 ekor tu pakai baju tak pernah-pernah pakai baju nanti ada yang huru-hara.


Penat melayan kakak Pia photoshoot kononnya.Masuk dapur nampak Amber dah pengsan😆





 


Monday, May 08, 2023

Happy Birthday Waled Pia!

 Hari ni 08 Mei birthday waled Pia yang ke 4+?Dah tua da...Happy birthday waled!Semoga panjang umur,murah rezeki,sihat selalu,dirahmati Allah dunia akhirat.Dia kata taknak apa-apa untuk birthday dia tahun ni,dia dah pesan tak nak hadiah tak nak surprise semua.Tapi bila tanya nak makan apa laju je jawab nak makan steak.

Memang tak ada hadiah ke apa sebabnya cuaca Ramadhan&Syawal tahun ni panas terik lain macam panasnya belum jemur baju,poket dah kering dulu.

So petang semalam saya ajak dinner dekat luar,nak makan steak boleh tapi jangan membuang sampai esok biar lama sikit dalam perut😝

Sebelum steak sampai dapat roti&garlic sos

Pergi makan dekat La Casa Kuantan.
Yang ni saya pilih German Style Steak.

Pia la ni pilih squid in pasta...Aduii kita tengok pun kurang selera hitam macam ni tapi boleh tahan sedap juga

Waled punya tenderloin steak pun sedap.

Pia punya juga Striploin steak.
Nampak gaya macam birthday dia pula ni order lebih.

Kek tak ada ambil dessert creme brulee share 3 orang.Sedap!

Pengsan nak bayar patut la waled taknak hadiah.Dia dah rancang awal saya je yg lalai.Harap malam tadi waled tidur dalam senyuman la.








TETAMU RAYA

 9 Syawal ada yang call lagi setengah jam aku sampai rumah kau.Alamak kami baru sampai rumah balik dari bercuti,tengah duk baring betulkan pinggang penat jadi co-pilot terus melompat bangun masuk dapur.Tungtang2 masak laki bini.Masak stok apa yang ada je tak sempat nak ke pasar ingatkan belum ada tetamu.Nasib ada sardin penyelamat tuan rumah.Tak kan nak hidang teh kosong je kan,itulah adab Melayu kita mesti nak hidang makanan.

Sardin,sup sayur campur,ikan pekasam,ayam goreng,sambal.

2hari berturut-turut meraikan tetamu berkunjung ke pondok kecil kami.Esoknya awal pagi dah keluar pergi pasar simpan stok lauk.Seram weh bila ada tetamu mengejut ni.Harapnya tuan rumah paling sempat pun boleh hidang mee goreng 'b*d*'.

10Syawal ada tetamu nak balik ke JB singgah beraya rumah kitaorang sekejap.Kebetulan saya baru siap masak soto untuk lunch boleh la sama-sama merasa.

Soto nasi impit sup tulang

Petang dan malam giliran kami pula keluar beraya.Begitu la istimewanya Raya di Malaysia,jika tak keluar beraya sedia terima tetamu beraya ke rumah kita.Anak dara pakai baju saya masa umur saya 27 tahun,dia umur 12tahun dah muat.Aisssh cepatnya dah besar..ni nak keluar beraya bawa bekal keropok dan goreng pisang,walaupun nak pergi beraya perut kena isi dulu.

 Dari petang sambung ke malam.Murah rezeki tuan rumah raya ni.Masing-masing berebut-rebut buka pintu rumah panggil tetamu datang makan.Sehari sampai 3,4 jemputan.Kesian perut diisi terlalu banyak makanan😝

Pesan awal-awal dekat Pia makan sekadar menjamah jangan sampai tuan rumah kata tak sudi.Yang banyaknya kita borak-borak je lah time macam ni lah nak berkumpul ramai-ramai kan,hari biasa masing-masing sibuk balik kerja dah penat duk berkurung dalam rumah je.
Ramai yang tanya giliran rumah kami bila pula.InsyaAllah ada rezeki jemputlah ke rumah bila-bila masa.Kalau maklum awal dapat la masak makanan berat kalau dah depan pintu baru nak bagi salam jawabnya air sirap biskut kering aje lah.
Banyak lagi jemputan minggu ni dan minggu depan maka kami satu family sangat-sangat membesar bulan raya ni.





Friday, May 05, 2023

SEBELUM RAYA

Baru hari ni nak mencoret sepatah dua kata kisah di hari raya.Sudah masuk hari ke-14 kita menyambut Hari Raya Aidilfitri.Tak ada apa sibuk pun cuma sibuk makan je...

Raya kali ni nampak lebih meriah ramai yang ambil cuti awal.Saya mulanya cadang nak balik kampung hari Jumaat petang tapi dah PMX bagi cuti so kami pun santai-santai balik kampung petang Khamis. 

Saat orang lain semua berdebar-debar tunggu pengumuman raya budak ni tak kisah pun bila-bila raya,dari awal puasa minta nak beli bunga api.Main la awak 2 orang kakak sepupu semua dah remaja diaorang dah tak minat nak main bunga api.


Bila Jumaat tak jadi raya adik ipar cakap dia teringin nak makan sup tulang boleh la buat untuk buka puasa hari akhir.Tahun ni tak ramai giliran raya rumah makmertua saya cuma ada keluarga PakTeh 7beranak,keluarga ayahchik 6beranak,keluarga PakLang 4beranak dengan keluarga saya 3beranak.Makanya cukup-cukup la bilik rumah mak tak ada yang bergelimpangan di ruang tamu.

Pagi-pagi lagi PakLang dah keluar cari daging&tulang lembu.Pakcik jual daging tu bagi free kaki lembu katanya.Alamak kaki lembu antara bahagian yang paling payah nak dikesahkan,cerewet nak masak.Banyak step nak kena selesaikan bakar,kikis,potong,rebus.Makan sekejap je licin.

Sebab PakLang nak makan buatkan la juga.Jangan geli tau ni makanan exotic kami orang Pantai Timur,sup kaki lembu memang tak dapat dipisahkan yang biasa makan akan tau nikmatnya dapat pula tang urat keting syahdu padu😁

Hari last puasa kami dari 4 keluarga buat tahlil untuk semua keluarga terdekat yang telah pergi meninggalkan kita.Saya juga tak lepas dari berpesan pada Pia masukkan lah nama-nama ini dalam setiap Yassin dan doa bila ada masa membacanya.Arwah abah Waled meninggal kemalangan hari ke-22 Ramadhan petang semasa dalam perjalanan ke masjid.Walaupun dah lebih 15tahun arwah abah meninggal,mak tetap bergenang airmata tiap kali tiba Ramadhan.

Tengah tunggu ahli jemaah lelaki ntah mana-mana hilang

Tahun ni orang Pantai Timur teringin nak makan menu raya orang Johor.Saya pun gigih bangun pagi buta nak masak sayur lodeh.Padahal dah biasa bangun pagi-pagi masak bekal Pia,cuma hari last puasa tu saya kena migraine rasa macam nak terkeluar biji mata.Tidur malam dalam kesakitan ingatkan bagun pagi dah hilang rupanya masih berdenyut-denyut.

Kirim dengan waled beli tauhu tapi dibelinya tauhu pok.Settled masak kuah lodeh maka lengkaplah juadah ala-ala orang Johor di hari raya.

Kakak ipar masak nasi minyak atas permintaan suami dia orang Terengganu.Katanya nasi minyak antara menu utama raya di sana.Nasi minyak gulai ayam acar timun dan sambal belacan.Ntah siapa yang bawa balik kek sarawak tu dapat la merasa sikit sorang.

Acara salam 1 Syawal kebiasaannya skrip yang sama.
Isteri : Abang saya minta maaf salah silap,janji tak buat lagi
Suami: OK (sama jawapan dalam mesej whatsapp😝)

Tak sempat habis 1Syawal janji tak buat lagi dah hilang.....
Hakikat berumah tangga begitu lah.















Thursday, May 04, 2023

Life is Beautiful Giveaway

 

Esok 5.5.23 tarikh tutup giveaway blogger Mummy Ayu.Sebelum terlepas jom ramai-ramai join.Saya berkenan dengan tiffin tu cantiknya buat bekal Pia.

Mummy Ayu ni salah sorang blogger yang sangat rajin menulis dalam 1hari MA boleh up lebih dari 2 entry.Saya pun teringin nak rajin macam MA tapi nak up 1entry pun dah semput.Tolong tiup semangat rajin ke sini sikit MA.

Mummy Ayu juga salah satunya inspirasi buat saya.Sebab saya rasa MA sangat kuat.Ibu tunggal dengan 2 orang anak ni gaiss! Demi anak-anak mummy terus melangkah teguh.Seorang yang cekal&kuat semangat.Sentiasa positif dan optimis.

Ibu tunggal adalah antara insan yang paling kuat dalam dunia,samaada disebabkan berpisah hidup atau perpisahan nyawa dengan yang tersayang.Lalui hari-hari bersama anak seorang diri bukan perkara mudah.Rasa rindu,sunyi&kosong hanya boleh diisi dengan anak-anak.

Moga kalian bertiga Mummy,Ian dan Iris sentiasa berada dalam rahmat dan cintaNya.

Wednesday, May 03, 2023

SELAMAT HARI LAHIR MAK

 02.05.1960 Barakallahu fi umrik Mak!

Semoga Allah kurniakan keberkatan di usia mak.Moga sentiasa sihat,bahagia,semoga Allah panjangkan umur dan kesihatan mak.


Tidak mungkin saya dapat membalas segala kebaikan mak.Hanya doa yang akan sentiasa mengiringi.



Kebetulan masih lagi dalam mood raya,kami buat jamuan ringkas untuk family dan jiran-jiran.Adik bongsu masak nasi tomato ayam merah acar jelantah dan sambal,saya buatkan laksa penang atas permintaan si hantu laksa DakPia.Pencuci mulut cuma buah tembikai,harga tembikai dah turun RM2.00 sekilo ok la sikit berbanding bulan puasa hari tu.Cukup sekadar ala kadar.Walaupun tak dirancang akhirnya terjadi juga majlis kecil-kecil.Kebetulan ada yang datang beraya dapat la makan-makan.


Selesai sedikit jamuan kenduri kesyukuran sempena hari lahir mak tersayang Tengku Rahimah.Moga Allah menerima segala doa anak2 menantu cucu mak dan ayah.
Banyak jasa yang masih belum kami balas.InsyaAllah saya cuba berikan lebih baik untuk mak ayah.Moga kami juga dapat berkhidmat dan diberi masa untuk bersama mak ayah sampai ke hujung hayat hendaknya










Tuesday, May 02, 2023

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR&BATIN

Selamat Hari Raya semua kepada kenalan.Saya lama bercuti raya so blog saya pun turut tutup..yang beroperasi cuma di dapur rumah mak dan dapur rumah mertua.

Dah 11 hari rupanya kita berhari raya,kalini cuti raya saya terlebih lama pula.Dikesempatan ini saya sekeluarga ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua sahabat blogger andai ada salah silap terkasar bahasa sepanjang saya menulis di sini,saya mohon maaf semuanya.

Semoga tiada yang terasa atau berkecil hati dengan tulisan saya yang tidak bermanfaat.

Alhamdulillah tahun ni masih dapat menikmati raya dengan penuh kesederhanaan bersama keluarga.Sehari sebelum raya&hari raya saya sakit kepala mungkin sebab cuaca terlalu panas.Makan panadol pun tak berkesan,sampai 6x mandi sehari.Ikut juga diaorang pergi beraya rumah saudara-mara tapi dalam keadaan menahan sakit.



Keluarga Waled dari 11 orang adikberadik,6 keluarga hari raya pertama beraya di rumah mertua.


Keluarga saya.