Wednesday, January 24, 2024
Friday, January 19, 2024
KEPUTUSAN MRSM PIA
Hari Rabu haritu duk tunggu pukul 8 malam nak tengok Buletin Utama Tuanku Agong dan Permaisuri baca berita.
Pukul 8 malam tadi duk tunggu MARA buka sistem semakan tawaran MRSM tingkatan 1&4,jantung saya rasa macam nak tercabut keluar dari badan punya la aktif macam baru lepas balik joging 30km,Pia pula dah menggigil badan punya la takut..cuma waled yang masih boleh bertenang sambil nyanyi lagu tenang ribut jiwa.Lepas beberapa kali tekan button refresh baru la dapat tembusi link semakan.
Dengan lafaz bismillah dan la haula wala quwwata illa billahil aliyil adzim akhirnya
Saturday, January 13, 2024
ROTI NAN CHEESE KASSIM BABA
Alhamdulillah semalam Pia dah selesai UASA.Hampir 1tahun bertungkus lumus dengan pelbagai peperiksaan yang bersambung-sambung,maka semalam berakhirlah pengajian untuk sekolah rendah.Walaupun anak yang ambil ujian tapi makpak yang terlebih nervous.
Moga Pia dapat bawa sijil uasa yang cemerlang ke sekolah menengah nanti.Sebenarnya debaran belum berakhir,hari Khamis nanti 18hb Januari akan diumumkan keputusan permohonan MRSM.Sekali lagi makpak dia tak senang duduk.Mulut dan hati ni sentiasa berdoa agar Pia berjaya mendapat tempat di MRSM dalam pengambilan pertama.
Friday, January 12, 2024
BER STEAMBOAT & BER GRILL DI RUMAH
Last weekend Pia tak nak keluar makan malam.Dia nak study,hari Isnin dia dah start exam uasa.Tapi katanya dia teringin nak makan steamboat.Maka gigih la umi selongkar stor cari electric hotpot.Dah lama sangat tak guna,nasib baik juga Pia teringin steamboat boleh la guna periuk tu,umi pun risau kena hisab beli barang tapi simpan๐
Dah siap cuci terus got ready prepared segala bahan.Hari Sabtu peti ais masih kosong,so tak ada la lauk pauk.Kita ber steamboat dengan apa yang ada je lah
Alhamdulillah kenyang juga macam makan buffet plk.
Giveaway Sampul Raya Rare 2024
Wednesday, January 10, 2024
WORDLESS WEDNESDAY~MIANGKAM
Ada yang pernah makan miangkam?Ada yang suka?Ni fav saya hehe
Ada yang tak kenal miangkam?Miangkam ni makanan berasal dari Thailand.Bahan-bahan yang ada dalam miangkam bahan utama daun kadok,bawang merah,cili api,ikan bilis goreng,udang geragau,kelapa bakar,kacang tanah,limau purut&halia.
Rasa dia sedap gilooo tau.Seriously!Yang buat sedap sos dia tu.Saya tak pernah buat sendiri pun,cuma pernah tanya penjual ni dia bagitau ada gula melaka,kelapa bakar,kacang tanah,udang kering.
Bila kita kunyah kan ada gabungan rasa lemak,masam,manis,pedas.Makannya ala-ala makan sireh.Memang sedap.Sedak dooh!
Friday, January 05, 2024
MAKAN DI RESTORAN TERAPUNG SEAFOOD BUJANG FIREFLY
Restoran Terapung Seafood Bujang Firefly ni di Bandar Penawar.Lepas dah solat jamak&rehat di hotel balik dari waterpark tu masing-masing terbungkang tidur.Sedar-sedar dah pukul 6 petang,waled cakap nak keluar dinner lepas maghrib,tapi saya cakap kalau keluar malam tak dapat la nak tengok pemandangan hutan paya bakau sebab restoran yang saya pilih ni tempat dia cantik.Pukul 6.30 gerak dari hotel,hari pun dah nak gelap.Lebih kurang 3km dari jalan besar nak sampai ke restoran ni.Sekali lagi kami gelabah,maps bawa masuk jalan gelap&dikelilingi dengan ladang kelapa sawit.
Thursday, January 04, 2024
ADVENTURE WATERPARK DESARU COAST
Perjalanan dari JB ke Desaru ambil masa 1 jam lebih.Sepanjang perjalanan cuaca sangat terang,saya dah berapa hari duk risau kalau hujan lebat.Sampai Desaru dalam pukul 9.45 pagi tapi duk pusing-pusing cari jalan masuk,maps hantar ntah mana-mana tersesat masuk jalan belakang waterpark dalam ladang kelapa sawit.
Sampai je terus pergi beratur nak claim ticket.Tiket saya dah siap-siap beli online.Tapi ambil masa juga beratur,terlalu ramai orang.Dah dapat ticket masuk duk pusing-pusing pula cari locker nak sewa untuk letak barang.Habis masa macam tu je,muncung la DakPia lambat dapat main air.
sumber Google |