Baru hari ni nak mencoret sepatah dua kata kisah di hari raya.Sudah masuk hari ke-14 kita menyambut Hari Raya Aidilfitri.Tak ada apa sibuk pun cuma sibuk makan je...
Raya kali ni nampak lebih meriah ramai yang ambil cuti awal.Saya mulanya cadang nak balik kampung hari Jumaat petang tapi dah PMX bagi cuti so kami pun santai-santai balik kampung petang Khamis.
Saat orang lain semua berdebar-debar tunggu pengumuman raya budak ni tak kisah pun bila-bila raya,dari awal puasa minta nak beli bunga api.Main la awak 2 orang kakak sepupu semua dah remaja diaorang dah tak minat nak main bunga api.
Bila Jumaat tak jadi raya adik ipar cakap dia teringin nak makan sup tulang boleh la buat untuk buka puasa hari akhir.Tahun ni tak ramai giliran raya rumah makmertua saya cuma ada keluarga PakTeh 7beranak,keluarga ayahchik 6beranak,keluarga PakLang 4beranak dengan keluarga saya 3beranak.Makanya cukup-cukup la bilik rumah mak tak ada yang bergelimpangan di ruang tamu.
Pagi-pagi lagi PakLang dah keluar cari daging&tulang lembu.Pakcik jual daging tu bagi free kaki lembu katanya.Alamak kaki lembu antara bahagian yang paling payah nak dikesahkan,cerewet nak masak.Banyak step nak kena selesaikan bakar,kikis,potong,rebus.Makan sekejap je licin.
Sebab PakLang nak makan buatkan la juga.Jangan geli tau ni makanan exotic kami orang Pantai Timur,sup kaki lembu memang tak dapat dipisahkan yang biasa makan akan tau nikmatnya dapat pula tang urat keting syahdu padu😁
Hari last puasa kami dari 4 keluarga buat tahlil untuk semua keluarga terdekat yang telah pergi meninggalkan kita.Saya juga tak lepas dari berpesan pada Pia masukkan lah nama-nama ini dalam setiap Yassin dan doa bila ada masa membacanya.Arwah abah Waled meninggal kemalangan hari ke-22 Ramadhan petang semasa dalam perjalanan ke masjid.Walaupun dah lebih 15tahun arwah abah meninggal,mak tetap bergenang airmata tiap kali tiba Ramadhan.
|
Tengah tunggu ahli jemaah lelaki ntah mana-mana hilang
|
Tahun ni orang Pantai Timur teringin nak makan menu raya orang Johor.Saya pun gigih bangun pagi buta nak masak sayur lodeh.Padahal dah biasa bangun pagi-pagi masak bekal Pia,cuma hari last puasa tu saya kena migraine rasa macam nak terkeluar biji mata.Tidur malam dalam kesakitan ingatkan bagun pagi dah hilang rupanya masih berdenyut-denyut.
Kirim dengan waled beli tauhu tapi dibelinya tauhu pok.Settled masak kuah lodeh maka lengkaplah juadah ala-ala orang Johor di hari raya.
Kakak ipar masak nasi minyak atas permintaan suami dia orang Terengganu.Katanya nasi minyak antara menu utama raya di sana.Nasi minyak gulai ayam acar timun dan sambal belacan.Ntah siapa yang bawa balik kek sarawak tu dapat la merasa sikit sorang.
Acara salam 1 Syawal kebiasaannya skrip yang sama.
Isteri : Abang saya minta maaf salah silap,janji tak buat lagi
Suami: OK (sama jawapan dalam mesej whatsapp😝)
Tak sempat habis 1Syawal janji tak buat lagi dah hilang.....
Hakikat berumah tangga begitu lah.
Pernah dengar orang makan kaki lembu. Tapi, ini pertama kali tengok. :)
ReplyDeleteKesian Afzan kena migrain waktu nak raya. Seksa juga, kan.
Lawak dialog suami isteri. :D
ayah sy pun feveret juga mkn kaki lembu! hehe
ReplyDeleteaduhh seksanya kena migrain di pagi raya :(
suami isteri begitulah ye dak kak? hehehe
Kesiannya kena migrain. Sakit kepala yang tiada ubatnya bagi saya.
ReplyDeleteKaki lembu tak pernah masak, tapi ekor lembu biasa masak. Kalau ada rezeki dapat kaki lembu, hendak cuba juga untuk memasaknya.
Sy pun br publish post buat kuah lodeh tapi hari raya ke-5.. hehehe
ReplyDeleteseronoknya berkumpul ramai2 utk iftar. kaki lembu? mmg sy x ambik la semasa pembahagian daging korban tu...
ReplyDeletemeriah-meriah, apa nak geli kak oi. Kalau family dana abah suka masak sup kaki lembu tu aduhai sedapnya, suka kenyal2 kulit lembut tu. urat2 dia tu . Syok ooo heheheh
ReplyDeleteMeriah dalam syahdu raya kali ni tu.
ReplyDeleteHehehe.. kelakar bab mintak maaf tu. Tadi pun nmpk Mim kat Sarawak masak Lontong.
ReplyDeleteHahaha...
ReplyDeleteKalau tak buat lagi macam takda alasan pula nak minta maaf lagi thn depa kan..so,buat lagi..🤣
Macam terhidu bau kaki lembu dibakar...dia punya kulit2 kaki tu sedap bila direbus empuk sampai lekang kukunya🤭
Wah! Baju tema hitam! I like!
ReplyDeleteAlhamdulillah...Raya sakan dan ini merupakan nikmat ada keluarga yang besar
ReplyDeleteTak geli kak ngan kaki lembu tu. Dah biasa tengok atok Ahnaff proses kaki lembu masa dulu². Kaki lembu buat sambal tahun (masak lemak pedas versi jawa) memang sedapppp. Hihihi
ReplyDeleteBetul kan kak. Pagi mintak maaf, tengahari dah gaduh² manja. Hahaha
Masa arwah ayah PH dulu merasa juga makan kaki lembu...tak ingat dah rasanya tp urat keting tu the best part la...
ReplyDeleteSeronok masing² ada skil memasak, menu Selatan pantai Timur semua ada 🤩
kami kat sini pun dah biasa sup kaki lembu cuma.selalunnya buat time raya haji sbb ms tu banyak kaki lembu free😁kdg x minta pun ada org dah bagi
ReplyDeletePandai Afzan kerjakan kaki lembu tu.
ReplyDeleteKat kampung mentua akak, paling rare pernah tengok - sup kepala kambing.
Masak lodeh tu akak memang lebih suka letak tauhu pok. Lebih sedap.
alhamdulillah..tahun ni memang extra meriah sgt raya kan... dpt berkumpul ramai2 semua...best sgt
ReplyDeletesama la ngan MA..bangun pagi2 masak kuah lodeh...
wow..sup kaki lembu....mesti sedap tu, extra sedap makan ramai2...
nanti jengah blog MA yer.... :-)
ReplyDeleteSup kaki lembu feveret kami juga lah ni tapi biasa mak kami yang kerjakan. Tak ada lah geli dah memang gitu cara nak bersihkan sebelum masak.
ReplyDeleteAlolo... malu2 pulak gambar last tu.. comel je 😅