Wednesday, May 03, 2023

SELAMAT HARI LAHIR MAK

 02.05.1960 Barakallahu fi umrik Mak!

Semoga Allah kurniakan keberkatan di usia mak.Moga sentiasa sihat,bahagia,semoga Allah panjangkan umur dan kesihatan mak.


Tidak mungkin saya dapat membalas segala kebaikan mak.Hanya doa yang akan sentiasa mengiringi.



Kebetulan masih lagi dalam mood raya,kami buat jamuan ringkas untuk family dan jiran-jiran.Adik bongsu masak nasi tomato ayam merah acar jelantah dan sambal,saya buatkan laksa penang atas permintaan si hantu laksa DakPia.Pencuci mulut cuma buah tembikai,harga tembikai dah turun RM2.00 sekilo ok la sikit berbanding bulan puasa hari tu.Cukup sekadar ala kadar.Walaupun tak dirancang akhirnya terjadi juga majlis kecil-kecil.Kebetulan ada yang datang beraya dapat la makan-makan.


Selesai sedikit jamuan kenduri kesyukuran sempena hari lahir mak tersayang Tengku Rahimah.Moga Allah menerima segala doa anak2 menantu cucu mak dan ayah.
Banyak jasa yang masih belum kami balas.InsyaAllah saya cuba berikan lebih baik untuk mak ayah.Moga kami juga dapat berkhidmat dan diberi masa untuk bersama mak ayah sampai ke hujung hayat hendaknya










12 comments:

  1. Tersenyum gembira Emak, anak-anak, menantu-menantu, cucu-cucu, suami, kenalan dan jiran-jiran raikan hari bahagia. Kenangan indah.

    ReplyDelete
  2. Selamat hari lahir buat emak Afzan. Rupanya, wajah Afzan yang cantik rupawan turun dari emak. Semoga emak bahagia dan sejahtera selalu, insyaAllah, Amiiinnn YRA.

    ReplyDelete
  3. Semoga panjang umur dah sihat sokmo, emak Afzan. Terpancar gembira di wajah mak. :)

    ReplyDelete
  4. selamat hari jadi makcik. moga dipanjangkan usia, diberi kesihatan yg baik dan bahagia selalu

    ReplyDelete
  5. Aaamiiinnn Ya Mujib. Selamat ulang tahun kelahiran buat bonda Afzan didoakan sihat-sihat selalu.

    ReplyDelete
  6. slmt hari lahir utk mak Afzan
    alhamdulillah
    semoga terus sehat hendaknya

    ReplyDelete
  7. Selamat ulangtahun kelahiran yang ke- 63 untuk Mak Engku..
    Berdarah raja rupanya adinda Afzan ni..
    Semoga Allah melimpahkan rezeki,rahmat dan berkat

    ReplyDelete
  8. Selamat ulangtahun ke-63 buat emak sis 💕

    ReplyDelete
  9. Belum terlambay rasanya untuk mengucapkan selamat hari raya dan selamat ulang tahun buat bonda Afzan Sidi

    ReplyDelete
  10. Happy belated birthday Mak Engku.
    Moga sentiasa sihat, dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  11. happy belated birthday utk mak engku... seronoknyaaa dalam sambut birthday dalam bln raya

    ReplyDelete

Terima kasih singgah komen..