Saturday, April 27, 2024

INSOFF JAP

Bulan puasa sebulan haritu berat badan saya tak turun langsung,duk statik 54.9,berangan bila puasa boleh turun 2-3kg tambah pula makan tak selera anak tak ada depan mata😆

Ramadhan hari tu saya kerap sangat sakit kepala,duk ingat sebab cuaca panas.Tapi keluar pagi tak kena matahari lagi,balik petang pun dah redup.Bila waled bagitau panasnya tengahari saya jawab tak panas pun,iye lah orang tu naik motor gi kerja asal tengahari lari balik rumah tidur.Saya pula seharian bawah aircond mana nak rasa bahang tengahari.

Bila dah kerap sangat sakit kepala hati jadi risau la kan,kalau dulu tiap kali ABC je sakit kepala,kali ni boleh kata setiap hari.Nak tak nak pergi juga check

Bila dah tau result jadi susah hati la plk.Kolestrol tinggi dan gula pun tinggi sikit.Padahal saya memang dah lama tak minum air manis tapi mungkin sebab ambil nasi berkanji terlebih.Kerja pula jenis duduk mengadap komputer tak keluar peluh langsung.Kena la kurangkan portion nasi dan buah manis.

Jadi datangla insaf sekejap tak tau la sampai bila ni boleh istiqomah.

Umur dah tengah 40an ni penyakit dah mula nak datang.
Sekarang ni lebih kepada nak jaga kesihatan,bukan nak kurus sebab nak cantik.Janji sihat&bertenaga.


Monday, April 22, 2024

RUTIN BARU SABTU&AHAD

Pengalaman pertama untuk umiwaled berpisah dengan anak tunggal.Nasib baik juga la dapat yang dekat.Pantang hari Sabtu&Ahad umiwaled mesti visit Pia.Sejak daftar belum pernah gagal lagi datang melawat.Sekarang ni masa umiwaled Sabtu&Ahad untuk dia je lah.Bila jumpa bukan sejam dua tapi berjam-jam duduk situ.Bulan puasa hari tu sampai kering tekak.Bila bagitau dah nak balik dia dah meleleh air mata asyik cakap 5 minit lagi.Adui la anak.

Masak bekal semuanya yang Pia teringin nak makan.

Pia masih belum ok,emosi masih belum stabil.Kejap ok kejap tak ok.Masih belajar terima suasana baru.Masih belum jumpa kawan yang betul-betul serasi,tambah stress dengan roommate dia katanya suka bercakap kuat.Padahal dekat rumah suara umi dia pun kalah petir,tak ada pula nak stress,boleh pula buat-buat tak dengar.

Tak pe lah Nak..belajar terima yang semuanya masih baru.That's why wajib untuk umiwaled datang setiap sabtu ahad.Selagi ada masa&keupayaan umiwaled akan sentiasa melawat untuk recharge mood&energy Pia.

Bulan Syawal tahun ni rasanya kami tak sempat nak buka pintu rumah untuk tetamu raya.Yang mana jemput ke open house siang hari pun kami tak sempat nak pergi,Sabtu lepas dapat hadir jemputan untuk waktu malam je.

Pia nak makan kambing goreng,gulai ayam,jagung rebus,jagung susu.

Setiap kali visit masih tak boleh nak jumpa&berkenalan dengan kawan-kawan Pia sebab sesi curhat masih lagi belum habis.Bila bagitau ajak roommate turun atau ajak kawan homeroom sekali umi nak kenal,Pia tak setuju.Dah sebulan lebih duduk asrama masih belum boleh outing,insyaAllah minggu depan umiwaled cuba minta nak berkenalan dengan kawan-kawan Pia.

Moga Pia tetap bersemangat.Semoga mereka semua pejuang survival sampai tamat pengajian.





Friday, April 19, 2024

NASI DAUN PISANG

Hari Isnin hari kedua last puasa bila adik-adik semua ada di rumah mak,rasa rajin la sikit nak masak.Tahun ni giliran adik-adik beraya rumah mak mertua masing-masing.Sementara semua ada ni untuk buka puasa saya masak nasi daun pisang ala-ala BananaBistro. 

Lepas zohor terus masuk dapur.Saya masak kari ikan merah,sambal udang,sotong celup tepung,ayam masala,terung&peria tempura,kuah dhal,kubis goreng mamak style,raita timun.Daun pisang ambil belakang rumah mak.

Nak suasana kampung makan bersila punya pasal terpaksa ajak semua orang makan bersila dekat dapur bawah.Nasib baik Ayah nak ikut,ayah sejak sakit dia dah tak nak turun dapur bawah,time makan semua kena makan di meja makan dapur atas.Kalau ada yang tak ikut cakap ayah nanti dia merajuk tak nak makan😓

Banyak jenis lauk tapi saya memang sengaja masak dalam kuantiti cukup-cukup je tak nak ada leftover.Kejam punya kakak😎

Bukan apa kalau tak habis nanti duk ulang keluar masuk peti ais tambah pula dah nak raya time tu memang tak pandang dah lauk bulan puasa.

Susah nak menidakkan kesedapan nasi beralaskan daun pisang ni,aroma kari bergabung dengan daun pisang tu buat selera makan sampai teringat-ingat.

Lagi seronok bila tengok mak ayah adik-adik makan penuh selera.Nak tambah tak boleh sebab dah masak cukup-cukup je,biar diaorang terbayang-bayang kesedapan nasi daun pisang lalu dekat tekak hahaha



Wednesday, April 17, 2024

WORDLESS WEDNESDAY~BEKAL UNTUK TETAMU

 

Cucur bilis & spaghetti aglio olio.
Boleh la singgah mana-mana R&R untuk makan bekal.

Untuk tetamu yang tak sempat nak sarapan di rumah kami terpaksa bertolak awal pagi untuk pelbagai urusan & nak elak kesesakan jalan raya.



Monday, April 15, 2024

SALAM AIDILFIRTI

Selamat Hari Raya buat semua...

Maaf Zahir&Batin dari keluarga kecil kami.

Andai kata ada tersalah menaip komen di blog,andai kata ada tersalah bicara,terkasar bahasa.Saya mohon ampunkan salah silap saya&keluarga.


Tunggu ye nanti saya datang beraya rumah kawan-kawan blogger.
Akhir ramadhan haritu saya karam tenggelam tak sign in blog,nasib baik boleh timbul balik ni...😁