Wednesday, August 28, 2024

WORDLESS WEDNESDAY~DAISY

Manja ummi..
Dengan waled dia takut-takut.
Dengar je suara waled terus menyorok.


 

Thursday, August 22, 2024

NASI DAGANG ATAS TOL

Cerita dah basi ni.Pertama kali saya sampai di sini NDAT.Ingatkan kedai area Tol rupanya nama kampung Atas Tol.Ini datang kebetulan ada jemputan kenduri kahwin kawan.




Orang kata NDAT ni kalau siapa datang lambat balik awal,jadi kita tak nak kecewa beratur panjang ataupun makanan habis,lepas Subuh terus pergi.Tengok jalan sunyi sepi lagi,jemaah subuh di masjid pun belum balik lagi.

Ingatkan kami paling awal,rupanya dah ada yang tengah beratur.Kena order&bayar dulu di kaunter,makanan kena ambil sendiri.





Waled pilih nasi dagang ayam goreng,saya ambil nasi dagang ikan.Tengok ikan macam eh sikitnya dia letak,tapi bila dah makan memang cukup malah berlebih plk.

Waled order Tea Peng Ombak Rindu.Dia memang tak berpantang makan,isteri dia je kononnya diet.
Nasi Dagang ni banyak,saya hampir-hampir tak habis,tapi makan juga perlahan-lahan sambil tengok keletah orang.Siap makan pukul 8 lebih punya la lama makan😅

Sebelum ni dengar orang cerita je NDAT sedap,sekarang dapat juga merasa.Ada keropok lekor juga tapi dah tak boleh nak makan terlampau kenyang,bungkus bawa balik hotel.


Tanda hadir ✌

Tuesday, August 20, 2024

HANTU DURIAN

Dah nak hampir penghujung musim agaknya kan dah nak masuk September ni.Kalau dah hantu durian ni memang setiap minggu dia ajak teman cari durian.Saya tak berani nak makan sebab tengah makan ubat lagi,tapi ada juga cuit-cuit buat hilang kempunan.


Orang kata petua nak pilih blackthorn pilih yang tangkai masih baru&hijau,kalau tak jahanam duit.Blackthorn ni kalau dah terlebih masak&lembik hilang lemak manis berkrim dia.



Alhamdulillah tahun ni puas waled makan durian sebab anak dia tak ada dekat rumah.Kalau ada DakPia tak boleh nak makan durian,nanti dia tak bagi kita bercakap busuk bau durian.

Sekarang ni balik dari kerja ajak teman makan durian,baru balik dari outstation sampai je rumah terus ajak keluar cari durian.Hantu durian je faham,penat ke sibuk ke dia akan cari juga durian sampai dapat.

Haritu maktab pia ada buat pesta buah,saya dah risau kot dia pening dan muntah bau durian,sekali tengok cikgu homeroom hantar gambar elok duduk semeja dengan durian.Kalau dekat rumah tu bau durian jiran pun dia dah menangis macam nak pengsan.Cikgu homeroom bagitau Pia sorang je yang tak makan,"Iye cikgu anak saya memang paling aneh dia tak makan semua jenis buah dari baby"



Wednesday, August 14, 2024

WORDLESS WEDNESDAY~SOFT COOKIES BARNHOUZ

La ni fenomena makanan viral kan...Kebetulan depan maktab Pia ni ada cafe coffee&soft cookies.Kadang tu time visit Pia terbau-bau wangi soft cookies tengah bakar.Panas bontot la DakPia tiap minggu minta nak soft cookies.Kalau boleh keluar sendiri tiap-tiap hari agaknya dia pergi.Sekali beli bukan 1,tapi 3-4 keping.Pernah dia borong 10 pcs sekaligus nak share dengan kawan katanya.Pejam mata je lah umiwaled asalkan tak meragam minta nak balik rumah.

Tapi memang sedap soft cookies dia,dah banyak tempat juga saya cuba tapi soft cookies Barnhouz paling sedap.Ada macam-macam jenis lebih kurang 18 jenis soft cookies,yang saya paling suka salt caramel,pecan praline,triple choc




Boleh tengok dia punya instagram memang menggoda betul soft cookies   https://www.instagram.com/barnhouz.coffee/

                                         BARNHOUZ Coffee & Cookies
                                    Open 11am - 6pm / Close every Friday
                                TAKE AWAY ONLY

                           A2886, Lorong Tok Sira 24, Kuantan 25050 Pahang

Tumpang celup-celup soft cookies yang anak punya.



Tuesday, August 13, 2024

DAKPIA MASIH HOMESICK

 Sekarang Pia tengah exam Sem 1, ada lagi 6 subjek nak habis sebelum boleh pulang bermalam pilihan hari Jumaat nanti.Dah nak habis 1 semester tapi tetap lagi homesick.Padahal umiwaled dekat je,time visit hari minggu sentiasa datang,time outing hari Ahad 2 minggu sekali ambil bawa balik rumah.Katanya tak nak keluar jalan-jalan,tak nak pergi makan mana-mana,tak nak beli barang,Pia nak balik rumah!Bermacam-macam alasan dan cerita sedih yang dia luah buat modal nak menangis bila nak hantar balik asrama.


Dia akan call umiwaled 3 kali sehari,pukul 5.30 pagi, 4.30petang, dan 11 malam. Time ni suara dia akan buat suara sedih sayu dengar tak dengar.Macam-macam cerita sakit kaki naik tangga,selsema sebab habuk,kawan tinggi suara,lapar tak sempat makan,mengantuk.Pia jangan risau umiwaled ni kuat semangat,tak kan tersentuh dengan cerita Pia.Biasanya dia banyak mengadu dengan waled.Kalau dengan umi,waktu petang umi akan bagi alasan tengah drive,malam bagi alasan dah mengantuk nak tidur.Tapi kalau dengan waled tengah drive pun sanggup berhenti tepi jalan nak jawab call anak.Bila anak mengadu tak boleh ikut pelajaran yang cikgu ajar cepat sangat dan tak faham,waled luangkan masa ajar semula apa yang Pia tak faham.



Ini baru permulaan masih panjang lagi masa nak habiskan sampai form 5.Saya selalu minta dia sibukkan diri dengan aktiviti maktab,nanti kuranglah homesick Pia.Join la apa saja aktiviti yang boleh buat Pia happy.

Ni Pia bagitau nak join hari usahawan homeroom.Pia nak jual koktail buah, umiwaled sanggup keluarkan modal dan tolong prepared barang asalkan Pia happy.Malam tu umi punya la risau jualan tak habis,risau Pia sedih&menangis lagi tapi Alhamdulillah tak sampai 1jam jualan licin dapat kutipan RM260 masuk tabung homeroom.Dah dengar berita happy,ingatkan dapat tidur lena,pukul 12malam Pia call menangis penat&lapar😅


Setiap minggu waled akan ambil baju kotor,Pia tak perlu susah-susah nak basuh baju katanya.Walaupun ada perkhidmatan dobi setiap hari Isnin dan Rabu,tak perlu hantar kata waled nanti tertukar atau hilang baju.Bayaran dobi dah bayar untuk setahun tu waled buat tutup mata,guna tak guna tetap kena bayar duit dobi.Hari Ahad pulangkan baju bersih siap bergosok,tak sedar dah masuk 5 bulan itu lah rutin kami setiap minggu.Kadang waled membebel juga,Pia patut bersyukur umiwaled datang setiap minggu,baju tak perlu basuh,tugas Pia cuma belajar.Cuba tengok kawan lain mak ayah jauh,sebulan sekali je dapat jumpa,dalam sibuk dengan aktiviti harian nak kena curi masa basuh baju.Tengah-tengal bebel nampak anak dah meleleh air mata pujuk semula 😂


Ini kalau tak ingat juga jasa pengorbanan waled dah besar nanti ni mau umi sesah atas belakang tu

Sebelum hantar balik asrama kena tunaikan dulu apa saja permintaan dia baru muka ada senyum.
Harap umiwaled tak kan putus asa,kuat dan sabar.





Monday, August 12, 2024

Assalamualaikum......

 Dah sebulan lebih saya tak update blog.Alhamdulillah sakit kepala dah beransur kurang.Tapi masih lagi ada rasa sakit cuma dah tak kerap sangat.Kalau dulu sepanjang hari sakit,dalam tidur pun masih berdenyut.Sekarang ni sehari tu ada la 2,3 kali je rasa sakit.

Dah buat full medical check up semuanya ok,tak nampak ada masalah apa-apa. Sebagai alternatif nya saya ada amalkan doa dan zikir,Alhamdulillah nampak ada perubahan.

Terima kasih pada sahabat-sahabat blog yang email bertanya kabar.Rasa malu pula kakak2 blogger hebat sempat luangkan masa bertanya kabar saya.Terima kasih yang sentiasa mendoakan saya.Terima kasih yang bagi macam-macam petua,InsyaAllah sakit ni akan beransur hilang.

Bila dah sakit ni baru rasa nikmatnya tubuh badan yang sihat,minta pada Allah tak nak dah sakit macam ni.Tapi tetap bersyukur Allah bagi ujian sakit sikit sangat nak dibandingkan dengan orang lain yang lagi teruk.Dalam pada menahan sakit saya masih boleh teruskan aktiviti harian macam biasa.