Monday, October 27, 2025

BARU JUMPA LAKSA JOHOR KENA DENGAN TEKAK

Selalu kalau teringin laksa Johor,mesti rasa serba tak kena,ada yang kuahnya cair,ada pula rasa ikan dia tenggelam.Tapi yang ni dah jumpa yang perfect!Kuahnya pekat,cukup rasa ikan,lemak manisnya pun ngam.

Hirisan timun dia salah bukan gaya hirisan macam orang Johor selalu buat tapi boleh pejam mata je kali ni sebab kuah dan sambal belacan dia memang sedap sangat.Bila dah jumpa kuah padu,benda kecil macam tu boleh dimaafkan😂

Sebelum ni pernah banyak kali juga kirim laksa Johor Anora dengan waled bila dia ke Mindef.Kali ni tak payah kirim jauh-jauh dah,lagi dekat lagi senang nak ulang beli bila teringin.Kedai dia biasa je dalam kawasan industri Indera Mahkota 14,tak ada rupa tempat makan yang menarik pun,tempat simple tapi ada isinya yang 'berhantu'.

Nikmat kecil macam ni pun dah cukup buat hati bahagia kan.Tengah teringin laksa Johor,tiba-tiba jumpa yang kena dengan tekak di tempat sendiri pula tu.Nak cuba buat sendiri ntah bila😅



Saturday, October 25, 2025

I'M BACK........

Assalamualaikum semua..

Entri terakhir bulan Julai!Lepas tu, macam-macam hal sampai blog pun terbiar.Tapi hari ni tergerak hati nak menulis,banyak benda nak kongsi sebenarnya.

Bulan Oktober ni penuh dengan rasa yang bercampur,ada risau ada gembira.

Awal bulan hari tu, Pia demam influenza A.Batch Pia yang paling ramai kena.Kami ni risau betul masa tu.Bila pihak maktab umumkan PDPR bermula 6hb baru lah lega sikit hati ni anak ada depan mata,belajar dari rumah dulu sementara keadaan stabil.

Ni dah 20 hari duduk rumah esok 26/10 Pia dah nak balik semula ke maktab.Tapi kali ni rasa lain sikit sebab tiada visit dan outing sampai diberitahu.

Dah biasa setiap hujung minggu mesti nak melawat Pia.Kali ni bila fikir tak boleh jumpa dia Sabtu dan Ahad tu mula rasa sayu.

Awal bulan haritu Allah bagi juga berita gembira,Waled dapat tukar tempat kerja.Syukur sangat,dah lama waled tunggu dan bila akhirnya dapat rasa lega tak terkata.Ummi tumpang gembira tengok waled senyum.Betul la orang kata rezeki datang dalam macam-macam bentuk kadang lewat tapi tetap sampai pada masa yang tepat.

Tapi itulah kehidupan kan,kadang diuji dengan sedikit berat,tapi diganti pula dengan kegembiraan yang menyenangkan.

Saya harap lepas ni saya rajin menulis semula😂Menulis ni bukan sekadar hobi tapi nak simpan kenangan dan rasa.Terima kasih pada yang sudi singgah baca walaupun blog ni lama senyap.

Saat tenang,senyum dan masa bersama yang tak ternilai💕