Ahad lepas minta staff Coway datang rumah untuk buat servis sanitize rumah.Memandangkan semua tak sihat termasuklah ayah saya yang berjangkit dengan kami bertiga.
Tuesday, January 31, 2023
COWAY SANITIZE RUMAH
Monday, January 30, 2023
Giveaway 23 Anniversary Ciknur and Husband
ANAK TEKAK TERINGIN PENGAT
Baik dari demam selera memuncak asik fikir makan je.Teringin nak makan pengat duk terbayang pengat lemak berkrim dan manis alangkah nyamannya tekak,teringin yang manis-manis sebab tekak masih lagi rasa payau.
Bahan nak buat pengat dah ada tapi badan tak larat nak bangun.2,3 hari ni makan pun beli bungkus je.Kesian dekat waled dan Pia,Jumaat lepas Waled tolong masak dia masak tomyam tapi Waled cakap ni orang tak demam pun boleh demam makan tomyam waled😂dah disuruhnya kita pula bangun modifie tomyam dia.
Baru semalam badan rasa ringan sikit masuk dapur nak masak lunch sesambil tu buat la pengat keledek campur keladi dan pisang tambah sagu biji boleh buat minum petang.
Dekat Kuantan ni hujan tak berhenti cuaca sejuk,pantang ada yang terpetik suiz kipas nanti kena jerit sejukkkkk.Mata rasa nak tidur saja.Bangun tidur lepas zohor dah boleh makan pengat panas-panas.
Friday, January 27, 2023
DEMAM SEMASA BERCUTI
Memang tak best langsung bila sakit-sakit macam ni.Mood nak holiday pun hilang. Rasa kalau boleh nak balik rumah je terus time tu. Demam berjangkit-jangkit,kejap sejuk menggigil,nafas panas,batuk sampai sakit tulang rusuk.
Friday, January 20, 2023
BEKAL PIA MINGGU 3/2023
Bekal Pia sepanjang 4 hari sekolah untuk minggu ni...
Masak simple tak topup stock lauk habiskan yang mana ada je duk ulang menu yang sama ikut selera anak.Selagi berdaya ku turutiiiiiii
Thursday, January 19, 2023
MAKAN-MAKAN DI MOHD CHAN
Wednesday, January 18, 2023
WORDLESS WEDNESDAY~IKAN KERAI
Monday, January 16, 2023
DEMAM VIRAL
Alhamdulillah Pia getting better.So far hari ni badan dah tak panas,cuma batuk masih ada.Nafas alhamdulillah dah okay.Just continue antibiotics.
Terima kasih auntie semua yang mendoakan Pia.Semoga yang mendoakan diberi kesihatan yang baik,rezeki yang melimpah ruah.
Demam kali ni rasanya lagi teruk.Doktor bagitau demam viral virus fever.Bukan donut je yang viral ye..
Apa yang Pia rasa badan dia lemah tak larat.Badan bahang sangat tapi Pia kesejukan sampai menggigil sejuk.Sakit sendi sana sini tambah pula batuk dan selsema.Makan ubat pun temperature tak turun.Kata doktor virus fever ni akan serang dalam masa 5 hari memang kita akan rasa sejuk tapi dalam badan panas dan dihidrasi,air dalam badan kurang bila masuk drip baru lah badan stabil.
Classmate Pia semua simptom yang sama macam kena denggi.Cikgu kelas pun gelabah minta sanitize kelas ingatkan covid atau influenza tapi semuanya negative,ye la anak murid 22 orang yang kena dalam masa serentak.
Semua berjaga-jaga ye jaga kesihatan..demam yang viral kali ni teruk sungguh jangan sampai kena nak pula anak-anak yang kena lagi teruk.
Hari ni Pia dah start ujian akhir tahun.2,3hari ni tak sempat nak buat ulangkaji saat-saat akhir untuk ujian badan tak sihat.Walednya cakap tak apa tak sempat nak study boleh ikut petua yang waled guna zaman sekolah katanya peluk buku time tidur😝
Apa pun yang datang moga Allah terangkan hati anak-anak.Anak-anak kita yang tengah fight.Cakap yang baik sebut yang baik doa yang baik InsyaAllah yang hadir juga baik-baik.
Saturday, January 14, 2023
BEKAL PIA SEPANJANG 2/2023
Bekal untuk Pia sepanjang minggu,4hari je sebab semalam hari Jumaat Pia demam tak pergi sekolah.Bekal simple je untuk mak yang bekerja ni tak ada deco mendeco cantik cute macam orang lain.Sebab nak bekalkan 2 orang 2 tekak 2 selera lain-lain..Kadang pening dengar diaorang gaduh nak menu apa
Thursday, January 12, 2023
PUDING RAJA
Wednesday, January 11, 2023
WORDLESS WEDNESDAY~3 JENIS SELERA
Tuesday, January 10, 2023
MAKAN KENDURI KAHWIN
Monday, January 09, 2023
APAM COKLAT RESEPI MUMMY AYU
Resepi Apam Coklat | ✿ Life Is Beautiful ✿ (mummyayu.blogspot.com)
Kebetulan Pia memang duk ajak buat kek buat kuih nak bawa pergi sekolah makan dengan kawan-kawan kelas.Haritu dia cerita ada kawan dia bawa kek batik tak cukup ada yang berebut sampai tarik-tarik tudung.Ada kawan sorang lagi tu bagitau la Pia sebab dia pengawas ada orang bergaduh dalam toilet.Pia cakap dia tak tau nak buat apa terkejut tengok kawan-kawan dia bergaduh.Dia pergi bagitau cikgu disiplin,dah jadi panjang pula cerita 2 orang kawan tu.Dia balik cerita dekat saya dengan waled,meleleh juga air mata kami ketawa😂
So hari Sabtu tu tertunai la hajat Pia nak buat kuih untuk kawan-kawan.TQ Mummy Ayu resepinya mohon halalkan ye..Hasil air tangan anakdara,resepi mudah,cepat yang pastinya sedap.
Saturday, January 07, 2023
BEKAL PIA SEPANJANG MINGGU 1/2023
Bekal untuk Pia sepanjang minggu ni sekolah pagi dan petang.Dah 6 tahun dapat sediakan bekal untuk Pia,kadang ada juga terbabas dah tak ada idea sangat beli nasi bungkus makcik jual tepi jalan.Panjang umur ada masa 1 tahun lagi sebelum Pia masuk sekolah menengah.Walednya target nak hantar Pia sekolah berasrama.Tapi hati umi belum bersedia😭
Sebagai kenangan untuk suatu hari nanti saya simpan disini dulu.Semoga terus istiqomah hendaknya...
Friday, January 06, 2023
NASI BERIANI MAKEY PALACE KUANTAN
Sambung lagi cerita makan.Kali ni anak tak nak ikut sebab MakPak teringin nak makan nasi kenduri bukan taste dia.
Rodong kabo siap makan confirm nyandor,eh betul la tengok Waled menyandor.Saya makan sikit je cuit-cuit tak sempat nak menyandor😂