Friday, May 26, 2023

BELI JIWA ANAK

 Seminggu tenggelam nasib baik timbul lagi.Minggu ni rasa sekejap je ni dah hari Jumaat.Sempat curi masa jengah blog kawan-kawan melalui phone tapi rasa macam tak puas nak kena mengadap PC juga.Hari ni saya dah boleh start singgah blog kakak,adik,abang semua.

Kesian DakPia asyik kena tinggal je kan so semalam tanya dia nak makan apa,nak Nippon Sushi katanya.Nasib baik tak mahal nak beli jiwa modalnya cuma sushi.

Curi-curi ambil gambar 3,4hari tak jumpa tiba-tiba rasa malu pula nak bertentang mata😚

Menu Nippon Sushi ni banyak ye ada sushi,shashimi,udon,teppanyaki,donburi eh banyak lagi la rasanya lebih 200 menu kot.Ambil masa juga nak pesan menu apa.Kami pula keluar dah lambat dalam pukul 3petang masing-masing perut dah kosong,Pia kalau boleh semuanya dia nak.

Rasa macam lambat nak tunggu sushi yang order ambil sushi dari belt dulu,kemaruk sushi sungguh.Makanan waled sampai awal dia order nasi goreng salmon,saya try juga semulut dua tak boleh makan banyak rasa muak.

Temaki Soft Shell Crab time gigit sampai tertutup mata terlebih sedap sebab lapar rasanya ni



1 set ni ada 3 ketul daging balut isi cendawan,cuma hati-hati dengan cendawan tu liat boleh tercekik melekat pula celah-celah gigi.


Eh dia pandang kita pula dah baru nak curi gambar makan terus rasa blushing😆

Sejak ada Nippon Sushi ni rasanya support sini je dah,murah dari sushi king,sushi pun besar-besar puas hati sungguh.Lagipun ni milik bumiputera jadi kita sokong la kan...

 

 





24 comments:

  1. Amboi banyak pesan itu. Balas dendam makan ke itu? Rasa ada Nippon Sushi di Melaka tapi belum singgah lagi.

    ReplyDelete
  2. Adoiiii..kemain malu² ummi kamu ni Piaa oiii.. hahahaa. Gelihati kite tau.
    Kak, cendawan enoki tu memang liat kan. Kalau masuk dalam sup pun hadoii, boleh terselit² kat gigi. Hahaha. Goreng salut tepung je sedapnya.

    ReplyDelete
  3. Kena outstation selalu ni, baru rasa macam pengantin baru. Hehe... Alaaa.. kat sini takde Nippon sushi. Nippon paint ada.

    ReplyDelete
  4. oh Org. kita harus tu support
    anak no 1 dan 2 mkn sushi tp cilnur x mkn he hee

    ReplyDelete
  5. sedapnya sushi. lama tak makan lepas pregnant hari tu tak makan2 lagi sushi. nanti nak ajar afeeya makan sushi jugak la, tunggu besar sikit boleh mkn mcm2

    ReplyDelete
  6. Mama sibuk, sian Pia :D
    Rasa mcm ada juga NS dekat² sini ..nanti boleh try sbb kitorg x pernah masuk kedai sushi 🤭

    ReplyDelete
  7. Cendawan enoki tu kan? Akak pun pernah nak tercekik makan enoki. Tu yang jadi tak berani nak makan lagi dah. Masak tomyam ke apa ganti cendawan lain.

    ReplyDelete
  8. Romantiknya.... Malu-malu ye!
    Moga kasih sayang sentiasa mekar di taman hati.

    ReplyDelete
  9. seronoknya dapat makan makanan Jepun....ini pertama kali saya dengan Nippon Sushi

    ReplyDelete
  10. Ala..cian Pia asyik kena tinggal.Nasib baik ada sushi Nippon ..hihihi

    Sweeet la umi ngan waled..sentiasa dilamun cinta❤️...🐜🐜🐜🐜🐜
    Semoga Allah kurniakan SAMAWA hingga ke Jannah🤲

    ReplyDelete
  11. Baru tau Nippon sushi ni restoran bumiputera. Sedap2 menu, saya paling suka temaki soft shell crab tu.

    ReplyDelete
  12. pernh skali mkn nippon sushi..byk pilihan smp xtau nk order apa...

    ReplyDelete
  13. eh mcm baru bercintan cintun ek kak... mentang2 lama tak jumpa terus malu2 kucing ek heheheh. Sedap-sedap nengok menu semua tu cumanya memang idokla nak ajak Edy makan semua ni mau dia sanggup lagi makan kt mamak dr makan gini

    ReplyDelete
  14. sedap2 juga nippon sushi ni kan. patut la ramai yg makan kat sini

    ReplyDelete
  15. Br dgr nippom sushi.. milik org kita rupanya.. menarik tu siap ada nasi goreng pulak tu

    ReplyDelete
  16. ammi pun sejak tau wujud nippon sushi ni mmg dah tak jejak dah raja sushi tu. ammi kalau gi nippon suka betul meratah jeruk halia dia tu

    ReplyDelete
  17. so sweet.... malu2 gitu, aww...
    sedapnya sushi..lama giler kot x layan sushi..emm..mcm nak kena cari jugaks ni

    ReplyDelete
  18. Halahhalah ummipia ni... sweet sangat sampai blusihing gitu.
    Hati2.. nanti pia tak jadi bongsu 😂😂

    ReplyDelete
  19. Saya pun baru ada kelapangan blogwalking setelah lama menyepi. huhu...pasang surut seorang blogger begitulah. Ada masa masa dia.

    So far belum pernah lagi makan di Nippon Sushi. Seronok Pia dapat makan macam-macam.

    ReplyDelete
  20. Seronok la Pia dapat makan sushi kan...

    ReplyDelete
  21. Makan kat sini tanpa was was kan sebab owner dia muslim. Ex MRSM Kuantan.

    ReplyDelete

Terima kasih singgah komen..