Friday, December 30, 2022

JUMAAT TERAKHIR 2022

Hari ini Jumaat terakhir tahun 2022.Cepat masa berlalu sepanjang 2022 berbagai ujian yang telah diharungi. Menangis, ketawa, suka duka, lawak, marah, malu, malas, sombong, serabut, mengusik bersatu dalam 1 ujian,jadikan pengajaran dan pelajaran buat diri.

Dengan hadirnya 2023 moga terwujud semua doa dan harapan yang tertunda.Kami gantungkan pengharapan kami hanya padaMu Ya Allah,perkara yang baik InsyaAllah akan terus dan bertambah baik,perkara yang buruk dapat dihindari dan diatasi agar tidak berulang kembali.

Mohon ditetapkan hati untuk mensyukuri walau dalam musibah jua nikmat.Moga tahun 2023 menjadikan kita manusia lebih baik dari tahun sebelumnya.


Doakan keluarga kecil kami keluarga yang sakinah mawaddah wa rohmah bahagia hingga akhir hayat

HADIAH TOP KOMENTATOR JURNAL SHIKIN RAZALI

 Kali kedua menang Top Komentator.Kali ni menang di Jurnal Shikin Razal





Terima kasih banyak Sis Shikin.
Moga sentiasa dilimpahkan rezeki berkat dunia akhirat
.
Pia dah cop semuanya dia nak.Petang semalam kebetulan parcel sampai dia tak ada kat umah,kalau dia ada semua parcel tak kira atas nama siapa dia dulu yang buka.Dia tanya siapa yang bagi peminat umi ke?Adoii ko ingat mak kau ni artis ada peminat 😎


Thursday, December 29, 2022

MAKAN TEPI PANTAI LAGENDA,PEKAN,PAHANG

 Cerita cuti hari krismas santai-santai dengan adik beradik keluarga mentua.Diaorang pakat ajak main boling dan lepas tu makan-makan santai di Pantai Lagenda Pekan.Perjalanan dari Kuantan ke Pekan ambil masa 15 minit je.




Ambil peluang cuti sekolah dapat berkumpul ramai-ramai ini pun ada lagi 5 keluarga tak dapat balik kalau tak lagi riuh rendah.

Keluarga waled keluarga besar,Waled cerita dulu masa sekolah cikgu tanya adikberadik berapa orang,waled jawab 10 orang.Cikgu terkejut tak percaya.Cikgu tanya berapa orang mak berapa orang ayah waled jawab 1 mak 1 ayah la cikgu 😂
Cucu mak mentua sekarang ada 41 orang cicit ada 6 orang.Kami berdua dah pangkat atok dan nenek.


Acara wajib bila berkumpul makan-makan semestinya.Menu potluck saya bawa nasi lemak kuning sambal ikan tongkol bungkus surat khabar.Gambar makanan saya tak ambil sibuk berebut pinggan.Kalau dekat rumah mak mentua makan pun kena berebut siapa lambat wassalam cari makan sendiri dekat luar,sekali masak untuk tengahari 5 kilo beras malam 5kilo beras lauk xsoh cerita kadang kena catu😅

Sampai je tepi pantai cuaca redup angin kuat,tak ramai orang dan tak sesak.Budak-budak kecil memang tak bagi langsung main air risau ombak tengah kuat.Makan tepi pantai dengan angin pantai tak berhenti mulut menguyah.



Walaupun ringkas tapi seronok tu lain macam.Kadang tu benda yang kita tak rancang la yang akan menjadi dan terjadi.







Wednesday, December 28, 2022

WORDLESS WEDNESDAY~BOWLING


 Penutup 2022 sebahagian dari family adikberadik Waled last minit plan main bowling hujung minggu cuti bersambung krismas.Main suka-suka je menang kalah belakang kira.Saya bukan pandai main hentam golek je ada masa strike ada masa ke longkang juga
.
.
.
walaupun hayunan bola saya tak dapat strike tapi yang penting hati saya sentiasa strike menuju ke blog awak✌

Tuesday, December 27, 2022

FUN X WORLD SUMMIT USJ MALL

Pergi KL balik hari.Hari Rabu lepas lagi waled ada cakap nak bawa Pia sekali ke Mindef hantar laporan bulanan,Khamis pagi lepas solat subuh saya tergerak hati nak ikut diaorang.Fikir-fikir macam tak ada apa urgent dekat office,mesej boss tanya kot ada apa2 hari ni saya nak ambil cuti 1 hari,bila boss reply tak ada apa pergi la..eh dia tau ke saya nak pergi mana ni😂

Pukul 8 gerak santai-santai,cuaca cantik alhamdulillah tak hujan.10.30 dah sampai Mindef sementara waled selesai urusan kerja saya bawa Pia masuk perpustakaan KEMENTAH.Lepas lunch baru gerak ke Subang Jaya.

Bayar sekali sahaja mainlah sampai lebam.Kami masuk pukul 2-5 petang duduk dalam ni je sebab tak boleh keluar,kalau dah keluar tak boleh masuk dah kecuali beli tiket lain.Untuk tiket harga kanak-kanak RM50(weekday),untuk parents saya ambil guardian RM30/pax bezanya tak boleh main arcades games,tak apa kita Tap&Play yang anak punya😁.

Tempat luas dan cantik ala-ala fairy tale kingdom sesuai untuk instagrammer.Dekat dalam ada cafe,surau,toilet,locker.Sebelum masuk makan kenyang-kenyang sebab cafe cuma ada makanan ringan.
Ada 2 level atas bahagian indoor playground.Playground untuk anak umur 5tahun ke bawah sesuai la macam Pia dah tak sesuai dia asyik duk ajak main arcade games.

Dalam indoor park ni ada juga Fairyland Bumper car,Castle adventure skate boleh main roller blade,scooter pusing-pusing.Tempat bersih yang penting ada aircond idokler peluh tiak😜 Musim hujan ni tak tahu nak ke mana kena la cari indoor kan paling sesuai.Anak boleh main semua mainan berkali-kali tak ada limit masa.










Memang betul fun bukan anak je enjoy.Mak pak pun tumpang seronok.Dah keluar nak balik baru terasa penat. 


Budak sekarang asal cuti sekolah je ajak berjalan ke anak saya je yg macam tu agaknya sebab tak ada kawan di rumah.

Rindunya zaman saya kecik hari-hari tau nak main je bila cuti sekolah bulan 12.Tak kira musim hujan ke banjir berlari keluar rumah bila ada kawan datang panggil.Menjerit-jerit la mak larang jangan keluar rumah.Balik rumah dah nak maghrib kena nasib tak baik getah paip berbirat dekat punggung kalau mood mak ok dengar dia membebel je.


Wednesday, December 21, 2022

WORDLESS WEDNESDAY~PISANG LEMAK MANIS PAHANG

 


Pisang lemak manis Pahang kecil molek je pisangnya.Berbeza dengan pisang lemak manis di negeri-negeri lain.Pisang lemak manis Kelantan agak panjang sedikit,pisang lemak manis Kedah sedikit besar saiznya
(betulkan saya mama cella kalau salah;) ) 
Ditempat lain saya tak berapa pasti dipanggil pisang apa.
Kalau nak buat puding raja original inilah pisangnya.Pilih pisang yang masak kekuningan sikit jangan terlalu masak bila digoreng akan meresap minyak.Pisang digoreng tanpa tepung untuk base puding raja.
.
Tau tak beza pisang dengan awak?
.
.
Makan pisang lekat di tekak
.
.
Kalau awak sentiasa lekat dihati saya
😘

Tuesday, December 20, 2022

KISAH SEORANG PAKCIK

Kisah ni saya copy&paste dari Facebook.Tak sedar menitis air mata.

Kiriman dari seorang sahabat saya yang baru balik dari menunaikan umrah.

Assalam, sebagai salah sorang agent sy tdk terlepas drp crita2 menarik harmain antaranya ialah satu crita serba ringkasnya berkenaan pengalaman menyatuni jemaah2. Suatu hri sy di datangi oleh seorang tua yg ingin menunaikan ibadat umrah. Katanya dia ada sedikit wang pemberian zakat drp hamba Allah dan duit ini dia nk g buat ibadat umrah. Bila di kira wang nya hnya ckup tmbang pnerbangan shj ,utk mkn,penginpan dan lain2 belum mencukupi, jadi sy bg tahu apa yg sy tahu berkenaan perkara itu, malah pakcik tu dgn tenang rileks berkata ," tak apa..adik beli tambang shj, smpai sana tahu la pakcik sbb pakcik org kg jadi pakcik tak tahu cara nk beli tiket. Pasal duit belanja , pakcik boleh kerja lagi, cari duit utk kesana'", - kalau di perhatikan cara berpakaian ,selipar yg di pakai,wajahnya..mmg dia seorang yg berkerja kg. Jadi sy tanya dia, berapa usia pakcik? " 94tahun nak". Apa perkerjaan pakcik? " Buat kerja upah angkat tong ikan di jeti nelayan, upah angkat guni padi di kilang padi kalau dtg musim, perbaik rumah rumah org kg jika dipangil utk di baiki.". Sy terkedu..melihat tubuhnya yg kecil..hitam legam org nya..sedikit bongkok...usia yg sebegitu..... Allahuakbar. Sy terus berkata, mcm ni pakcik sy belikan tiket dan pakcik ikut kawan sy utk umrah DIY shj,kalau melalui TA mmg x boleh nilai begini utk pakcik sampai ke baitullah. 


Di pendekkan cerita kawan sy menyatuni pakcik ni dgn umrah DIY utk dia smpai. Di airport pakcik tu hnya bawa sebuah beg gals yg lusuh ,umpama beg sekolah dulu2 yg kain berwarna hijau.tnggannya berbalut dan ada sedikt kesan darah pada kain balutan tersebut. Kawbn sy bertanya kenapa dgn tanggannya , dia senyum katanya kapak yg dia mengambil upah mengupas kelapa tempoh hari terkena 4 jari tanggannya bila mana ada penduduk yg menerima panggilan drp sy menyatakan tiket dia ke arab saudi menunaikan umrah sudah di beli. Jadi teruja dan tidak sengaja kena tanggannya." X pa, ini antara dosa Allah nk tolak sblum smpai ke mekah",maka kapak tu tidak sengaja kena 4 jarinya, tp dia x rasa sakit padahal hmpir putus jarinya. Allahuakbar

Setibanya di mekah,dgr saja kapal mendarat , dia mengankat doa dan bersujud syukur. Dia menadah doa utk Allah pilihnya utk menjadikan umrahnya mabrur. Itu shj doanya. 
Bila di tanya berapa duit belanja rm 300 shj di bawanya. Belum di tukar ke riyal. Dia beritahu tidak perlu meletakkannya di hotel2, berada di tanah haram ini adalah sesuatu yg sngat mewah dan berharga, kawan sy letakkan di sebuah asrama yg agak jauh drp Masjidil haram, perlu naik bus utk ke masjid. Tp apa yg ajaib pakcik ni dia memilih utk berjalan kaki shj,katanya ini tanah haram ,setiap debu,setiap pergerakkan, setiap langkah,setiap nafas adalah al shifa smuanya adalah pahala. Jadi dia perlu guna kesempatan dan peluang yg Allah bg ini utk menghargai tubuh badan mental,rohani dan jasmani nya. Terkedu kawan sy dgn semangat pakcik ni,mmg luar biasa pada usia 94 tahun bertubuh kecil dan bongkok..berjalan je masjid smbil tangannya laju menyeluk poket sndiri dan bersedakah sepanjang jalan dan pada yg sama pakcik ini juga menerima sedekah makann drp org ramai sepanjang berada di tanah haram.
Apa yg di maklumkan oleh kawan saya, sepanjang berada di sana, pkcik ni jarang berada di bilik asrama mgkin nk menapak jauh dia byk beriktikaf di masjid sehingga habis waktu,hari2 dia akan mengerjakan ibadat umrah. Boleh di katakan setiap hari sepanjang berada di mekaah selama 6mlm. Sehari sehingga 2x dia akan buat umrah. 

Tiba di Madinah al mukaromah, pakcik ni sentiasa berada di raudah. Spnjng berada di sana, ia byk berpuasa, qado solat, solat sunat,mengaji sehingga selesai.

Tiba di KLIA, sy juga pergi menyambut pakcik ni kerana saya sudah membeli tiket bas utk nya ke kedah. .
Sy terkejut sebaik tiba , wajah nya dulu hitam legam ,nampak cerah jernih bercahaya. Bibirnya nmpk merah2. Berseri sngat .. Allahuakbar..sy dah nmpk mabrur nya di situ. Lantas sy smbut, sy hairan , hari tu hnya sebuah beg sekolah lusuh yg di bawa ,kali ni pulang 2beg besar jenama DUNLOB di bawa balik, sy tanya beg siapa pakcik bawakan" ini beg pakcik nak, org sedekah di mekah sebijik,di madinah sebijik, barang2 ni dlm bg ni pakcik beli utk hadiahkan sedikit buah tanggan kat org kg,kat adik pun ada ni ,". Dia lantas buka beg dia di situ juga sedangkan sy berulang2berkata x payah susah2 ..dia beri hadiahkan sy sejadah,gelang tangan ,telekung sy tengok beg dia penuh dgn kurma,kekacang .pakaian2. dia beriakn sy hadiah pun 1 beg kecik juga termasuk la air zam2. Katanya kalau nak air zam2 ni ambil la sendiri byk mna nak. Dia bawa balik air zam2 satu botol tu. Sesiapa yg lalu depan kami dia pelawa air zam2 suh ambil minum sebyak mna yg mahu minum. Ada lah 3,4 org yg tidak dikenali org awam yg amik minum.
 Sy ajak pakcik tu duduk satu tmpat dan beritahu yg sy akan bawa pakcik ke sts bus shah alam utk ambil bas ke kedah atau pakcik nk berehat di rumah saya dulu. Dia menolak dgn baik pelawaan sy dan ingin terus pulang ke kedah 
Sy tanya pakcik tu, duit dr mana pakcik beli smua barang2 ni, boleh makan ribu jugak ni pakcik dgn dua beg penuh gini. 
Baru dia sedar dia hnya bawa 300 ringgit malaysia. Duit tersebut dia letak di poket kanan baju nya. Dia sudah terlupa nilai ringgit yg dia bawa. Dia hnaya seluk dan sedekah sepanjang jalan dia berjalan. Dia di poket kanan juga dia membeli belah semasa mahu pulang. Dia byk membeli utk anak2 yatim di kg nya. Sepanjang dia berada di tanah haram dia sudah lupa berapa duit yg dia bawa dan dia shoping tu..jarinya yg hmpir putus smasa nk bertolak tu sudah sembuh spenuhnya tampa ada kesan nmpk spt sediakala sdgkan 11 hari shj beliau di sana. 
Dia mula menangis , sy hairan kenapa pkcik tetiba menangis ..smbil sebak dia menyeluk poket kanannya .. Allahuakbar masih ada 300 ringgit Malaysia spt mna yg bawa hari tu. Meremang bulu tengok sy dgn kisah pakcik ni. Dan paling ajaib sy nk bawa tong air zam2 ke bonet kereta, sy nmpk air tersebut masih penuh seolah2 belum di usik sedangkan dah berapa org yg minum dan tidak kecuali sy juga meletkakan dalam botol sy. 
Inilah pengalalamn saya menyatuni antara ratusan jemaah ini lah pertama nya sy merasa seorang tua yg mendapat umrah yg mabrur. InshaAllah. Dan apa yg saya fahamkan ketika ini pakcik ini juga di santuni dermawan yg tidak dikenali membawanya menunaikan haji. MasyaAllah.
# PEDOMAN DAN PENGAJARAN KEPADA KITA, JGN MEMILIH HOTEL KERANA JARAK, ALLAH SWT AKAN PILIH KITA DI MANA MABRUR YG KITA CARI ,MABRUR JUGA DIA YG IZINKAN.

Monday, December 19, 2022

CERITA HUJUNG MINGGU

Hujung minggu baru ni di Kuantan hujan tak berhenti selebat-lebatnya hujan.Ingat nak memerap je dalam rumah tapi kesian dekat Pia cuti sekolah tak ada ke mana-mana.Mulanya nak check in hotel dekat-dekat dalam Kuantan tapi kalau dah hujan lebat macam mana nak mandi kolam rasa rugi kalau setakat pergi tidur hotel je.

Pagi Sabtu lepas sarapan Waled keluar main badminton berdua dengan Pia sementara tu saya boleh siapkan kerja surirumah.


Tengahari keluar makan dah penat kemas rumah ada alasan malas masak😎




Tekak teringin nak makanan nasi Arab terliur juga nak makan Kunafa.Padahal boleh je kalau masak sendiri nasi arab tapi nak juga merasa yang kedai masak memang dah confirm sedap.Makan di restoran Al-Bayt.Waled minta arabic coffee lepas minum terus pening-pening lalat😇

Aktiviti lepas lunch main bowling.Punya la ramai orang, pergi dua tempat semua lane penuh.Pergi tempat yang ke-3 baru ada kosong tapi boleh main 1 game je.Boleh la janji dapat luang masa bersama selain di meja makan.

Waled buka gelanggang,kemain semangat apak kau ye dah lama tak golek bola agaknya tu,risau tengok kang ada yang gelongsor sekali tuan badan 😂 

Pia terlebih excited asyik ke longkang je.

Puas Waled ajar cara aim tapi manjang je aim ke longkang.Biasa ok je dia main tak tau kali ni kenapa tak ada luck.Dah habis 1 game jom la balik melepak tengok TV dekat rumah.


PRAY FOR PANTAI TIMUR.Banjir besar melanda Terengganu dan Kelantan.Ada yang info jalan nak ke Terengganu di tutup.Ada juga yang dah terkorban dalam banjir kali ni.Semoga mangsa banjir tabah dan selamat semuanya.


Friday, December 16, 2022

PEMENANG TEKA TEKI

Dah ada pemenang Teka Teki suka suki.Saja bagi teka teki ringkas.Pemenang yang paling laju teka hampir tepat pula tu



Tahniah DANA ! untuk yang tak menang sori ya..✌😘Next time insyaAllah
Terima kasih semua sudi melayan setiap blog post saya.

Dana emailkan detail ye...afzanjabar746@gmail.com


Thursday, December 15, 2022

BINGSU LAB DESSERT CAFE

Bingsu Lab cafe berkonsepkan dessert dari Korea.Korea belum pernah sampai tapi makanan Korea kerap sangat dah makan.Pia tu la asyik duk tengok youtuber Korea si Tzuyang maka dengan sebab itulah Pia selalu duk ajak makan itu makan ini teringin itu teringin ini.

Sampai cafe tengok tak ramai orang boleh terus ke kaunter order dan bayar.Siap bayar nampak satu keluarga besar masuk.Dalam hati fuhh nasib baik cepat kalau tak mau jenuh nak menunggu order kita sampai.Cashier bagi nombor giliran,kami pilih meja agak tersorok kononnya nak privacy.

30minit duk tunggu tengok nombor tak panggil lagi,nombor naik tapi bukan nombor saya alih-alih tengok keluarga besar yang sampai lepas saya dah siap bayar tu dulu yang dapat.Satu persatu diaorang duk kutip menu dekat pickup area.

Saya bangun pergi semula kat kaunter tanya kenapa nombor saya belum panggil diaorang yang datang lambat dah dapat.Budak casher tu cek dalam sistem rupanya dia tak send order ke dapur.Panas hati rasa macam nak marah tapi sebab dia duk ulang-ulang minta maaf terpaksa la bersabar.

Pia punya Roated milk tea bingsu 

Mengenangkan budak ni la terpaksa tunggu juga kalau saya dengan waled je mau cancel angkat kaki balik.
Saya dengan waled pilih Coconut Bingsu.Dah ke arah orang tua,kuih suka inti kelapa kek cari yang perisa pandan.Orang tua-tua sangat😂

Nasib bingsu sedap hilang sikit panas hati,rasa bingsu tu lemak berkrim dalamnya ada isi cincau,nata de coco,coconut,golden pearl,brown sugar.Ambil juga kudapan ringan sunyi juga menyudu bingsu tak ada kunyah-kunyah.

Kalau makan sorang ntah bila nak habis,kena makan ramai-ramai sambil menyembang tengok-tengok dah habis baru best.

Pengaruh korean siap ajar cara makan bingsu kena gaul dari bawah bawa ke atas,umi waled main makan je dari atas sampai ke bawah.









Wednesday, December 14, 2022

WORDLESS WEDNESDAY~TEKA TEKI

Saja nak ON CONTEST💥Saya belum pernah buat tapi teringin untuk hadiahkan sesuatu kepada rakan-rakan blog.Jom main teka-teki siapa dapat jawab ada hadiah.Nanti saya pilih jawapan yang paling tepat.

Soalan:Berapa jumlah harga(RM) keseluruhan groceries dalam trolley?
Hidden Item: Ada susu pekat manis,sayur,buah,toilet paper,jajan,ovomaltine crunchy cream,tepung

Mak-mak mesti semua expert bab harga barang dapur kan.Tak ada apa syarat pun just teka.Saja-saja kita main teka teki tapi ada hadiahnya.

Tuesday, December 13, 2022

HADIAH TOP KOMENTATOR BLOG SURIA AMANDA

Saya dah lama jadi pembaca blog seingat saya dari tahun 2010 cuma sekadar silent reader.Zaman tu antara blog yang saya selalu singgah blog  Ellywonderland,Filla,Peej,SurayaSulatin,Zaza Abdul Latif,Lieyalatiff dan ramai lagi la. Blog kak Suria Amanda saya mula baca time adik SA Lisa yang ambil alih menulis blog.Sejak dari tu setiap hari saya akan baca blog SA untuk tahu perkembangan kesihatan,hati sentiasa berdebar dan sentiasa mendoakan SA diberi kesihatan yang baik seperti sedia kala.

Jika dulu saya banyak menjadi silent reader baru sekarang rajin tinggal jejak dan  komen.Setiap hari saya akan membaca artikel di blog SA,penulisan artikel dan kupasan yang SA tulis biasanya menarik dan membuatkan SA bagaikan dekat dihati untuk terus follow.

Kak SA ni memang semua rakan pembaca dah tahu yang SA sentiasa ada buat contest tapi waktu tu saya hanya terdetik dalam hati seronoknya dapat sertai dan jadi pemenang.Saya pun belum terfikir nak menulis blog dan rasa cukup hanya sebagai silent reader,tapi sekarang tak sangka pula saya yang sertai dan menang.Memang seronok dari blog SA juga saya dapat kenal dengan ramai blogger yang lain.

Hadiah akak saya dah terima hari Sabtu lepas.Sebuah novel Dia Punching Bagku dan coklat snickers limited edition purple LIFE GOES ON.Terima kasih banyak-banyak kak moga dikurniakan rezeki berlipat kali ganda.


Sekali imbas baca tajuk novel macam seram.Saya rasa SA pernah review novel ni kan?Cerita cinta dalam dendam.Sementara cuti sekolah ni boleh la baca novel.Walaupun saya bukan cikgu tapi cikgi bila cuti sekolah lapang sikit jadual seharian.TQSM SA I love it.

Tak lupa juga saya doakan blog Suria Amanda akan terus maju jaya selalu dan sentiasa menjadi rujukan untuk semua pembaca.









Monday, December 12, 2022

MECHAMATO MOVIE

Done mechamato.Layan Pia tengok movie.Dari bulan 9 lagi duk ulang-ulang cakap nak tengok mechamato.Saya tanya apa benda mechamato?Dia pula tanya kita tak kan umi tak tau?Soong Jong Ki,Hyun Bin umi tau la.Rupanya ayah Boboiboy😅

Sebelum tengok wayang isi perut dulu teringin nak makan prosperity burger tak tahan nampak iklan duk lalu lalang tapi kan McD ni kedekut betul blackpepper sauce.Kalau dulu makan prosperity burger meleleh-leleh sosnya sekarang sekadar salut je tak puas rasa masa makan tu.


Kami tengok di GSC Kuantan City Mall ambil tiket 8.50p.m 3 tiket book online sekali popcorn,air,jajan total RM98.50.Sabtu malam tu hujan selebat-lebatnya di Kuantan nak cari parking punya la susah.Ramainya yang keluar hari minggu agaknya semua nak tengok mechamato ke apa tambah pula dah start cuti sekolah.



Saya turun kereta dulu dengan Pia,waled berpusing-pusing cari parking.Parking berbumbung full mungkin sebab hujan lebat semua nak parking dalam mall.Lagi 5minit nak masuk hall waled sampai nasib baik cepat kalau tak merajuk anakdara dia bukan nak masuk berdua je dengan saya tinggal walednya.Kalau dia dengan waled tinggal saya tak apa pula.Haissshh mana nak cari anak laki sorang eh buat teman umi.
Biasanya saya kalau tengok wayang yang tak minat ni saya beli tiket untuk masuk tidur dalam hall.Kali ni Pia cakap eh umi tak tidur la😂

Best ceritanya seriously best bagi saya yang tak tau hujung pangkal dan tak layan pun movie Boboiboy sebelum ni,dia memang cerita dari awal.Ada part kelakarnya ada sedihnya ada happy semua cukup rasa.Yang paling rasa bagusnya movie ni ada diterapkan nilai Islam,Melayu dan berlatar belakang budaya Negeri Melaka.Ada keunikan budaya peranakan,silat,makanan tempatan dan diselang seli dengan elemen robot dan kapal angkasa.Paling menarik bagi saya ditampilkan bangunan berbentuk tengkolok,berkisar tentang budaya Melayu,congkak dan wau bulan.

Cuma nama Amato tu saya terfikir ada ke orang Melayu nama macam orang Jepun atau Amato nama jawa?Dah habis cerita Pia cakap umi waled kena tunggu sekejap nanti ada scene tambahan.Rupanya dia dah baca review dulu gaiiss sebelum tengok movie.

"Wira lahir bukan dari kuasa,wira lahir dari keberanian dan tanggungjawab"-Tok Sah@Guru Silat.