Friday, January 25, 2019

QALBU

Assalamualaikum..
Apa khabar?..Sihatkah hati? Sihatkah iman? Sihatkah jasad?
Moga semuanya dalam rahmat dan keampunan Allah.
🌻
Kehidupan terus berjalan pantas seiring berlalunya masa. Hari terus berganti hari. Disebalik hari hari yang dijalani ada pelbagai ujian dugaan duniawi yang Allah selitkan. Ianya datang silih berganti dengan pelbagai rupa dan pelbagai bentuk.
🌼
🌻
Sifat manusia yang seringkali mengeluh meniti di bibir. Sentiasa mempersoal mengapa aku yang sering diuji. Kadang kala terlanjur marah dengan ujian yang diberi.
"Kenapa aku? Kenapa begitu berat ujian yang diberi?Ujian ini sangat berat, aku tak mampu."
🌼
Benar! Ujian itu sangat menyakitkan kadang kala membuatkan kita menangis hiba,kadang kala menyempitkan dada.
🌻
Namun hakikatnya saat kita diuji, Allah ingin kita kembali kepadaNya. Allah ingin kita dekat denganNya, Allah ingin kita mengadu, menangis dan sujud kepadaNya.
🌼
Ujian dugaan masalah ia hadir tanpa dipinta, tanpa dijangka. Kerana ia kembar manusia. Ia hadir untuk menguatkan kita.Bersangka baiklah pada Allah.
🌻
Jika sedih pujuklah hati kepada Allah.Sujud.Hati manusia dia yang pegang.Redha dengan ketentuannya.Sabar menghadapi kesusahan dan kesakitan. Yakin akan janjiNya.


Friday, January 18, 2019

Main Layang-Layang ~ Pantai Batu Hitam

Aktiviti paling seronok untuk Pia dan sepupu2 dia. Pergi main layang layang waktu petang memang angin bagus untuk terbangkan layang-layang tu..Waled layan anak anak, ummi macam biasa lepak lepak santai dengan atok&nenek...Best tau lepak kat pantai ni..

Sebelum pergi semua excited tak sabar2, TQ waled rajin melayan kerenah diaorang


Mulanya waled beli layang-layang kat kedai dua ringgit, hampeh tak boleh nak main asyik nak terjun kebawah je.Agaknya tak sesuai dengan angin pantai. Nasib kat situ ramai yang jual layang2, beli la untuk Pia.Harga RM10 dah takde la yang mula2 nak jimat tu..beli yang murah sebab bukannya selalu main..last2 terpaksa juga beli yang mahal, xpela sekali sekala..

Main la ye anak anak.. ummi dengan nenek nak celup kaki kat air. Waled memang setia melayan, Atok tengah cuba nak naikkan layang layang dua ringgit tu.. sampai kesudah memang dia taknak naik..

hi mak...senyum je nenek dapat keluar petang. Seronok tengok bila mak ayah happy, walaupun ummi bawa bukan tempat mewah cukup utk gembirakan hati mereka yang kita sayang. Ummi tak kaya dari segi harta, tapi ummi janji akan sentiasa buat mak ayah bahagia, semoga ummi sentiasa diberi peluang untuk berbuat kebaikan dan menjaga mak ayah sebaiknya. Hargai mak ayah saat diaorang masih ada, usaha sedaya upaya mungkin untuk tunaikan permintaan mereka.Tiada yang lebih indah melainkan melihat mereka tersenyum. Sebolehnya taknak lansung menyusahkan dan membebankan mereka.









Friday, January 11, 2019

SALAM JUMAAT ~ random photos

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah dah nak masuk minggu ke-3 tahun 2019..InsyaAllah semuanya baik-baik. Tentulah kita semua mengharapkan sesuatu yang lebih baik dan indah pada tahun ini. Mudah mudahan Allah memberi kita peluang untuk jadi hamba yang lebih dekat denganNya, isteri yang solehah kepada suami, anak yang lebih solehah pada mak&ayah,ibubapa yang lebih baik dan kasih pada anak, sahabat yang lebih baik pada teman teman, pekerja yang amanah akan kerjanya dan hamba yang mampu berbudi kepada semua makhluk Allah.
🔻
Mai la tengok random photos apa yang ada sepanjang minggu 

🔻
  • Ajak mak ayah jalan-jalan petang sambil melayan anak-anak main kat taman, tapi sekejap sangat la, anak-anak pun takpuas main, hujan dah nak turun. Sekarang ni Kuantan musim hujan petang pakej sekali dengan angin kuat.

  • Dunia anak-anak main belon sambil berlari macam tak cukup tanah, ummi dengan atok nenek duduk santai-santai je sambil layan angin petang. Seronok tengok orang yang buat bisnes belon ni, laris diaorang berniaga, agak2 nya mau dapat RM50-100 sepetang kot..

  • Anak anak dah tak sabar nak main buai, Waled tukang habiskan belon yang berbaki

  • Nak makan ABC aiskrim order nak satu sorang, last2 ummi dengan nenek yang kena habiskan

  • Tak tau la apa nama burger ni, Waled yang buatkan. Burger telur bungkus agaknya.. Dalam telur ada daging,ada sayur. Sekarang ni balik kerja petang ummi melepak depan TV dulu layan drama Selafaz Cinta baru masuk dapur. Waled dah lapar agaknya tu yang buat sendiri..dah macam mana tadi kata nak jadi isteri solehah, sorry la waled..buat burger je pun bukan susah sangat kan..

  • Ni la tugas ummi prepare semuanya untuk waled & Pia, pagi2 rasanya lebih seribu langkah kehulu kehilir. Kadang2 orang dah azan pun belum siap lagi kat dapur, kalau siap awal dapat baca quran satu muka surat shari pun jadi la. Tengok beg kemain banyak dah gaya nak balik kampung.Beg bekal saja dah berapa beg, beg sekolah pagi sekolah petang..ada sekali hantar gambar ni kat nenek, dia tanya cuti ke hari ni, nak kemana tu...


  • Valli kawan office datang pagi2 terus letak pisang ni atas meja, dia cakap semalam beli pisang ada kembar, i simpan la untuk u..mana tau nanti u boleh dapat baby kembar..aduhai Valli...doakan la i cepat pregnant & Pia dapat adik..

  • Tengok Amber tu ngade sangat..kalau orang nak solat dia pun sibuk nak duduk atas sejadah, sekali waled bagi 1 sejadah kecil untuk amber..elok duduk sekali, orang dah siap solat dia pun bangun..









Monday, January 07, 2019

SELAMAT HARI LAHIR ADIK BONGSU

Syukur Alhamdulillah 5/1/2019 adalah hari lahir seseorang yang penting dalam hidup kami sekeluarga. Adik bongsu kami nama dia Azian atau lebih dikenali sebagai Azi @ adik dikalangan keluarga.Recognised by "ucu" among niece and nephews.


Umur adik dah 25 tahun..tapi kak as tetap rasa adik macam " adik masa kita kecik-kecil dlu".. Birthday Tahun ni macam tahun2 lepas juga tak ada apa yang istimewa dari k.as sekeluarga untuk adik.Cuma ada sedikit rezeki yang dikongsi bersama, sempat la buat puding ocean blue dan chicken mango. Pia orang yang paling excited bila ada hari lahir sesiapa dalam keluarga, dia akan minta ummi buatkan kek untuk surprise. Tapi kali ni ummi malas nak baking, dah lama sebenarnya tak buat kek. Jadi kita buat yang senang-senang je


Puding Ocean Blue. Ada cerita sedih dengan puding ni.Pia nak potong sebab tak nampak nak tengok ada apa dalam ocean. Jadi ummi terpaksa la buat 1lagi. Tapi malangnya yang satu tu belum sempat keras. Bila telingkup pecah la dia. Huhuhu memang yang ni rezeki ucu. yang pecah tu waled makan sampai tak nak kongsi dengan orang,sebab sedap sangat katanya..
Buatkan chicken mango untuk ucu..sebab ucu suka ayam goreng


Mulanya hajat nak belanja adik,mak, ayah makan-makan kat luar, tapi ucu kerja tak ada peluang nak keluar. Lepas tu fikir just nak beli kek @ Dofi donut pun tak jadi.. Seadanya saje ye dikk...ada rezeki lebih nanti k.as belanja makan...
Kami adik beradik tak ramai,cuma 4orang je..Saya dan adik memang sangat rapat,suka duka susah senang bersama.Adik ni pula jenis yang lemah lembut,baik,suka bantu orang,pemurah paling dia suka belanja orang makan. 

Untuk Adik
.
HAPPY BIRTHDAY...
Semoga selalu sihat, bahagia selalu, dilimpahi kegembiraan, kesejahteraan yang baik.
Ya Allah jadikan kami adik beradik orang yang akan bersama di syurgaMu nanti. Ya Allah limpahkan kami adik beradik dengan rahmatMu. Ampunilah dosa-dosa kami, kalau ada antara kami yang terguris hati,dendam dan amarah, padamkan la semua itu dari hati kami.Ya Allah pelihara hubungan silaturahim antara kami adik beradik, satukan hati-hati kami, eratkan kasih sayang kami antara satu sama lain..
Aamiin.....


Friday, January 04, 2019

PESAN UNTUK DIRI SENDIRI


Bismillahirrahmanirrahim...

Selamat Tahun Baru 2019

Pesan pada hati supaya sentiasa mulakan hari dengan bersyukur.
Syukur akan mengusir gelisah, menghilangkan buruk sangka, meleburkan takbur, meredakan marah dan menjauhkan hasad.

Kadang kala kita mungkin kalah dengan diri sendiri. Diri sendiri yang declare "aku bukan orang berjaya". Dalam fikiran macam-macam yang datang dan mungkin juga hati sedang berbisik.

Mulalah fikiran fikir yang bukan-bukan, hati juga bersangka yang bukan-bukan. Adat sebagai manusia, tapi jangan sampai berlarutan sehingga putusnya harapan.

Allah faham jika sekarang ini kita sedang bersedih. Allah tahu dan Allah perati. Allah bagi kita rasa sakit dengan dunia supaya hati kita lebih cintakan akhirat.

Orang yang berjaya tidak semestinya dia seorang doktor.Seorang pensyarah.Seorang peguam. Mahupun seorang jurutera. Tetapi orang yang berjaya adalah dirinya sentiasa melihat ke hadapan, redha atas takdir, perbaiki kesilapan dan jalani kehidupan mengikut apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang.

Orang yang berjaya adalah orang bersyukur dengan kegembiraan dan bersabar dengan kesedihan. Orang yang berjaya adalah dalam dirinya ada Allah. Tetap berpegang teguh dan tidak mudah jatuh hanya dengan satu sebab yang mungkin kita rasa itu adalah masa depan kita.

Jangan sesekali rasa putus asa kerana setiap dari kita ada susunan ceritanya.

Allah with me & Allah with you.

Wallahu a'lam.