Saturday, April 18, 2026

MIMPI MENANG GIVEAWAY PV BLOGGER SK

Saja suka-suka sambil mencuba nasib.Tapi bila rezeki dah sampai,memang tak ke mana.

Suratan atau sekadar kebetulan.Petang tu saya dah nak balik kerja,tiba-tiba teringat nak buka blog Kak SK, teringat nak tengok pageview.Sekali buka memang tepat angka 36,373,839.Saya macam tak percaya kelip-kelip mata,mulanya fikir nak refresh komputer tapi nanti terus bertukar angka tak jadi lah terus tekan print screen.


Cepat-cepat la whatsapp Kak SK sambil berjalan nak ke parking.
Pagi esoknya ada lagi yang lebih manis,bukan sekadar hadiah extra RM39 tapi ada lagi extra duit raya untuk anakanda.Sejujurnya saya rasa segan sangat nak terima pemberian duit,itu yang bagi no.acc Pia.Sekali ada lagi tambahan lain..MasyaAllah....Ya Allah moga rezeki Bonda Serikandi di Tanah Jauhar berlipatkali ganda,melimpah ruah,dipermudahkan semua urusan,sentiasa sihat sepanjang usia.
Yang menariknya Kak SK siap cakap hadiah 'mimpi' akan menyusul.Saya pun tersenyum sendiri,dalam kepala duk fikir apakah maksud mimpi yang Kak SK nak sampaikan.Hadiah misteri agaknya.Memang pandai buat suspen eh๐Ÿ˜ƒ

Hadiah 'mimpi' pun dah selamat terima semalam.Tengok gambar pada track&trace besar bungkusannya terus rasa tak sabar nak balik rumah.


'Mimpi' dah pun jadi kenyataan.Rupanya hadiah mimpi yang dimaksudkan bantal premium gebu dan lembut.Patutlah Kak SK sebut mimpi berkali-kali,ini boleh buat tiap-tiap malam mimpi sampai ke bulan.
Memang seronok la saya dapat hadiah yang berguna macam ni.Bukan saja cantik tapi boleh guna setiap hari.

Terima kasih banyak saya ucapkan pada Kak SK atas rezeki ini.Bukan saja dapat hadiah,tapi dapat juga kegembiraan macam mimpi jadi nyata.

Hidup ini begitu lah...bila kita tak sangka apa-apa,tiba-tiba Allah hadirkan rezeki terasa seperti 'mimpi'.












Thursday, April 16, 2026

BAGAI MIMPI..REZEKI YANG TAK DISANGKA

Hari Sabtu lepas,ada satu momen yang sangat bermakna buat saya.Terasa macam mimpi.Dah lama saya nak jumpa Kak Faiz. Memang dah lama berhajat nak cari&jumpa kak Faiz.Dalam hati teringin sangat nak ucapkan terima kasih atas segala bantuan dan perkongsian yang Kak Faiz berikan.Waktu tu saya tiada langsung pengetahuan tentang proses kemasukan ke SBP dan MRSM untuk Pia.Melalui perkongsian Kak Faiz, banyak sangat membantu saya sebagai ibu yang baru nak bermula.Akhirnya dapat juga saya ucapkan sendiri rasa terima kasih itu๐Ÿ’–

Sabtu pagi ada masa free sekejap nak tengok update rakan blogger,nampak Kak Faiz post yang dia nak datang ke Kuantan,Wafi ada perlawanan kriket di Semsas.Tanpa fikir panjang,saya terus email.Dalam hati kalau ada rezeki dapatla jumpa walau sekejap.Alhamdulillah kami sempat jumpa dan berborak walau sekejap.

Kebetulan pula hari tu saya memang kelam kabut sikit.Rasa terkilan juga sebab tak sempat nak ajak Kak Faiz minum kopi dulu.

Minta tolong Bami ambilkan gambar,waled nun jauh disana tunggu dalam kereta

Buah tangan dari Kak Faiz,lengkap dengan minyak essential&kekacang sihat.Siap ada duit raya untuk Pia lagi.MasyaAllah terima kasih banyak Kak.Semoga bertambah-tambah rezeki akak sekeluarga,dipermudahkan semua urusan.

Dari sekadar kenal di alam maya,akhirnya dapat juga bersua muka.Pertama kali bersua tapi rasa macam dah lama kenal dengan keramahan Kak Faiz.Senang hati bila berbual.Rasa seronok sangat dapat berjumpa.

Alhamdulillah semoga ukhwah kita semua berkekalan hingga ke syurga.


Thursday, April 02, 2026

SATU KEHILANGAN DI BULAN RAMADAN

Hujung bulan puasa haritu keluarga kami diuji dengan satu berita yang cukup menyedihkan.

Kucing kesayangan kami, Daisy....satu-satunya yang ada di rumah selepas kematian Amber,telah pergi buat selamanya.Daisy mati dilanggar kereta jiran.Yang melanggar satu patah pun tak cakap,tapi ada jiran lain yang nampak dan whatsapp waled gambar semasa kejadian.Dia cuma alih Daisy ke tepi sahaja.Padahal dia tahu Daisy tu kucing kami dan kejadian tu betul-betul depan pagar rumah kami.

Yang buat hati lagi pilu,sepanjang hidup Daisy dia tak pernah keluar rumah,apatah lagi bermain di jalan raya.Sebab dia jenis kucing yang penakut,walau pintu terbuka luas dia tak akan keluar.Tapi petang tu,dia lain macam.Mulutnya bising seolah-olah minta nak keluar.Bila waled buka pintu Daisy terus keluar,kami pula tak jangka dia berlari ke arah jalan.

Kadang terfikir mungkin itu memang "waktu" dia,dalam keadaan kita tak sangka,pergi pun sekelip mata.

Pagi masih ada,sihat,manja.Petang dah sunyi.Kebetulan juga Pia dah ada dirumah 17hb Mac.Pagi tu Pia cakap Daisy melekat je dengan dia,mana Pia duduk Daisy akan ikut.

Memang tak mampu nak tahan air mata,sunyi tiba-tiba jadi kosong.Paling terkesan tentu sekali Pia.Dia meraung,terus terduduk atas jalan raya depan rumah.

Cat parents macam kami kehilangan ni bukan kecil.Orang mungkin nampak "cuma kucing" tapi bagi saya dia teman setia,peneman sunyi,penyeri rumah.Setiap rutin harian ada dia.Setiap sudut rumah ada kenangan dia.

Teringat cara dia manja,cara dia tunggu saya balik kerja depan pintu.Semua tu akan jadi kenangan.

Terima kasih Allah pinjamkan Daisy jadi sebahagian dari hidup kami.