02.05.1960 Barakallahu fi umrik Mak!
Semoga Allah kurniakan keberkatan di usia mak.Moga sentiasa sihat,bahagia,semoga Allah panjangkan umur dan kesihatan mak.
Tidak mungkin saya dapat membalas segala kebaikan mak.Hanya doa yang akan sentiasa mengiringi.
Kebetulan masih lagi dalam mood raya,kami buat jamuan ringkas untuk family dan jiran-jiran.Adik bongsu masak nasi tomato ayam merah acar jelantah dan sambal,saya buatkan laksa penang atas permintaan si hantu laksa DakPia.Pencuci mulut cuma buah tembikai,harga tembikai dah turun RM2.00 sekilo ok la sikit berbanding bulan puasa hari tu.Cukup sekadar ala kadar.Walaupun tak dirancang akhirnya terjadi juga majlis kecil-kecil.Kebetulan ada yang datang beraya dapat la makan-makan.
Selesai sedikit jamuan kenduri kesyukuran sempena hari lahir mak tersayang Tengku Rahimah.Moga Allah menerima segala doa anak2 menantu cucu mak dan ayah.
Banyak jasa yang masih belum kami balas.InsyaAllah saya cuba berikan lebih baik untuk mak ayah.Moga kami juga dapat berkhidmat dan diberi masa untuk bersama mak ayah sampai ke hujung hayat hendaknya
Tersenyum gembira Emak, anak-anak, menantu-menantu, cucu-cucu, suami, kenalan dan jiran-jiran raikan hari bahagia. Kenangan indah.
ReplyDeleteSelamat hari lahir buat emak Afzan. Rupanya, wajah Afzan yang cantik rupawan turun dari emak. Semoga emak bahagia dan sejahtera selalu, insyaAllah, Amiiinnn YRA.
ReplyDeleteSemoga panjang umur dah sihat sokmo, emak Afzan. Terpancar gembira di wajah mak. :)
ReplyDeleteselamat hari jadi makcik. moga dipanjangkan usia, diberi kesihatan yg baik dan bahagia selalu
ReplyDeleteAaamiiinnn Ya Mujib. Selamat ulang tahun kelahiran buat bonda Afzan didoakan sihat-sihat selalu.
ReplyDeleteslmt hari lahir utk mak Afzan
ReplyDeletealhamdulillah
semoga terus sehat hendaknya
Semoga beliau terus dirahmati....
ReplyDeleteSelamat ulangtahun kelahiran yang ke- 63 untuk Mak Engku..
ReplyDeleteBerdarah raja rupanya adinda Afzan ni..
Semoga Allah melimpahkan rezeki,rahmat dan berkat
Selamat ulangtahun ke-63 buat emak sis 💕
ReplyDeleteBelum terlambay rasanya untuk mengucapkan selamat hari raya dan selamat ulang tahun buat bonda Afzan Sidi
ReplyDeleteHappy belated birthday Mak Engku.
ReplyDeleteMoga sentiasa sihat, dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.
happy belated birthday utk mak engku... seronoknyaaa dalam sambut birthday dalam bln raya
ReplyDelete