Showing posts with label Cuti-cuti. Show all posts
Showing posts with label Cuti-cuti. Show all posts

Wednesday, July 15, 2026

THROWBACK FAMILY DAY HOUSEBOAT TASIK KENYIR

Dah hampir setahun berlalu.Nak cerita pun dah banyak yang lupa.Tengok gambar je lah eh😅 Gambar pun terlalu banyak,yang terpilih je dapat masuk blog.

Family day kali ni lain sikit.Bukan di hotel atau resort,tapi kami pilih berkumpul di atas houseboat.Trip santai ke Air Terjun Lasir dan Taman Herba Tasik Kenyir.Dari awal masing-masing dah tak sabar.Anak-anak pun seronok pertama kali nak naik houseboat.

Sedikit info houseboat yang kami ambil ni memang selesa untuk rombongan ahli keluarga yang ramai.Harga sewa 2h1m RM2,800.Houseboat 2 tingkat ada 6 bilik tidur biasa dan 2 bilik tidur VIP,1 toilet di tingkat bawah dan 2 toilet di tingkat atas,jadi tak berebut sangat nak berehat dan nak mandi.Bilik sederhana tapi selesa untuk bermalam.Ada juga bilik karaoke yang luas,lengkap dengan perabot dan aircond.

Di tingkat bawah juga ada dapur yang lengkap dengan peralatan untuk memasak.Di atas houseboat ni hampir semua barang asas yang ada dirumah,ada dalam houseboat ni.Bahan mentah seperti beras, gula dan sebagainya tidak disediakan kena bawa sendiri.

Keluarga waled,10 orang adik-beradik,40 orang anak saudara,6 orang cucu saudara


Tapi cuma 6 keluarga saja yang dapat join family day kali ni.

Waled bersama bondanya

Santai petang di Air Terjun Lasir.Kira-kira 2jam perjalanan dari Jeti Lawit,Kenyir.
Houseboat akan bermalam di sini.

Nak pergi mandi air terjun kena jungle tracking yang jaraknya lebih kurang 70meter dari tempat parking houseboat,tapi cukup memenatkan sebab kena panjat tangga batu&kayu yang tinggi&curam





Malam BBQ bertemakan orang kampung,baju Opah dan kain batik.

Pia dan sepupu sebaya

 malam BBQ


Aktiviti yang dibuat sampai ada yang tak tidur malam adalah memancing.


Geng ayah-ayah yang teruja menjala ikan waktu subuh

                                                                           

Yang belum ada pengalaman naik houseboat boleh la cuba walau sekali seumur hidup.
Sumpah best gilaaa😂























Thursday, May 14, 2026

DANGAU,LANGKAWI

 Akhirnya sampai juga di Dangau Langkawi.Memang cantik suasana dekat sini,tenang dengan angin kampung yang bertiup perlahan.

Yang paling memukau mata suasana sawah padi di sekeliling Dangau.Hijau terbentang luas,ditambah pula dengan angin yang nyaman,memang rasa damai sangat.Bila angin bertiup perlahan,pokok-pokok padi bergerak beralun cantik macam ombak hijau.Pemandangan yang paling mahal nilainya.

Dapat duduk makan sambil tengok sawah padi,hirup angin kampung.Momen macam ni lah yang buat hati rindu nak kesana lagi.
Hati ni dah mula rindu Langkawi pula.Rindu suasana pulau.Tapi nak jejak lagi entah bila la...Dengan jadual Pia yang makin pack sekarang.Tahun depan dia dah nak exam IGCSE,tapi sekarang dah mula penuh jadual dengan kelas,assignment dan aktiviti maktab.
Bila anak makin besar,jadual keluarga pun perlahan-lahan berubah.Dulu boleh plan trip hari bekerja,sekarang hari cuti pun kena tengok kalendar maktab dulu.

Friday, January 23, 2026

DATARAN LANG DAN MAKAM MAHSURI

Kami tiba di Lapangan Terbang Langkawi sekitar 10.30 pagi.Cuaca elok panas lit-lit tapi berangin.Urusan seterusnya ambil kereta sewa yang memang dah siap book awal-awal.Minta kereta Axia tapi dapat Bezza.

Proses ambil kereta pun cepat tak banyak kerenah.Selesai urusan terus boleh jalan.

Destinasi pertama kami di Langkawi sudah tentulah Dataran Lang.Tak sah rasanya datang ke Langkawi kalau tak singgah sini.

Gaya abah-abah kita zaman muda dulu😂

Ambil gambar dengan raja segala helang sebagai tanda hadir di Langkawi.Wajib ya,walaupun gambar hampir sama setiap kali datang,tetap juga nak ambil. 

Cuti kali ni tak kejar masa,tak susun jadual pun,memang niatnya nak ikut rentak sendiri je.

Sampai di Makam Mahsuri cuaca memang panas terik.Niat nak tengok sekeliling dengan tenang pun rasa mencabar.

Entah kenapa,bila masuk tempat pameran tu ada satu sudut tiba-tiba bulu roma saya meremang.Pia dengan waled ok je tak rasa apa-apa.Perasaan tu datang sekejap je,dah masuk sudut lain perasaan tu hilang sendiri.

Tengok rumah-rumah lama yang ada ni terus teringat zaman kecil dulu,terkenang masa balik kampung,saya sempat tinggal dalam rumah atok nenek di kampung macam ni lantai papan,tangga kayu,dapur guna kayu api,dalam ni ada satu bau rumah lama yang cukup nostalgik.Kalau dulu tak faham pun erti kenangan,sekarang baru dapat rasa.

Tengah ajar Pia cara ambil air telaga.Saya juga sempat merasa zaman budak-budak dulu pagi-pagi mandi air telaga di rumah atok nenek.Rindunya suasana tu😭

Pusing-pusing lagi,nampak ada orang jual kuih karas.Di pantai timur memang tak jumpa.Beli sikit bagi Pia rasa kuih tradisional.

Hampir 1 jam lebih juga kami luangkan masa di Makan Mahsuri.Pia nampak betul-betul menghayati,baca papan info,tengok barang peninggalan satu persatu,sesekali ada juga soalan itu ini,dia macam tengah bayangkan kehidupan orang dulu-dulu.

Lepas keluar teruslah cari laksa ikan sekoq.Nak makan nasi tapi masing-masing dah sarapan nasi lemak Pak Nasser's dalam flight.



Tuesday, January 20, 2026

AWAL TAHUN DI LANGKAWI

Awal tahun haritu,kami ke destinasi pilihan anakanda sebagai ganjaran atas keputusan peperiksaan semesternya dengan pointer 3.80.Alhamdulillah masih kekal dengan Anugerah Penghormatan Pengetua.

Pilih penerbangan pukul 9.15 pagi,tapi seawal 5 pagi kami dah keluar dari transit di Kota Warisan.Jalan pun masih lengang,saja keluar awal tak nak kelam kabut,nak santai-santai.

Sampai di LTCP, melilau juga cari tempat semuanya penuh.Lepas dah dapat parking kereta,naik shuttle bus ke T2.Walaupun awal pagi, suasana lapangan terbang sentiasa hidup.Ada yang baru sampai,ada yang macam kami wajah masih mamai tapi hati dah bercuti.Selesai kan solat subuh dulu di surau dan terus pergi print boarding pass dan luggage tag,tak beratur panjang,semua jadi senang bila datang awal.

Syukur betul bila flight tepat pada masa.Cuaca pagi tu pun cantik.Awan putih berlapis-lapis terbentang luas.Cantik yang tak jemu dipandang.












Wednesday, November 19, 2025

NEGERI PALING BAHAGIA

Sekejap je dah nak habis bulan November.Rasa macam baru miggu lepas update blog,rupanya dah nak akhir bulan.Eh cepatnya masa berjalan😅

Pergi Terengganu jalan-jalan kosong saja.Hari Sabtu dan Ahad Maktab masih tak benarkan parent melawat,jadi tak boleh jumpa Pia.Rasa rindu dah 3 minggu tak jumpa,paling lama tak dapat jumpa anakdara tu.tapi nak buat macam mana,peraturan untuk kesihatan anak-anak.

Jadi kami ke Kuala Terengganu sekadar mengisi masa,jalan perlahan-lahan tanpa tujuan sangat,nak hilangkan rasa kosong tak dapat jumpa anak.

Bila sampai Terengganu,hati tu rasa ringan,tak tahu kenapa tapi memang lain auranya.Mungkin sebab angin laut yang lembut,jalan yang tenang,makanan kampung yang sedap&murah,boleh buat jiwa rasa lapang.

Tak pergi mana pun sebenarnya.Cuma singgah Pasar Payang sekejap,itu pun sebab nak tunggu kedai A.M Selera Panggang buka pukul 12.30 tengahari.Memang dari awal dah aim nak makan ikan bakar dia.Sementara tu jalan-jalan pusing dalam pasar,niat nak cuci mata je tapi tangan tetap juga terbeli sikit sana sini.Kalau dah masuk Pasar Payang jarang nak keluar tangan kosong.


Teringin nak makan ikan bakar tawar dapur arang,nak bau asap arang,yang ada vibe suasana kampung.

Pilihan ulam dan budu dia meriah,macam-macam jenis budu.Dah tak tau nak pilih yang mana sedap.

Ikan bakar panas baru angkat dari dapur,singgang telur ikan,ulam,budu.Menu simple je tapi jadi sedap berganda.'sedak dooh'
Padahal dekat rumah sendiri pun boleh je buat,tapi kita nak suasana😂

Sebelum balik singgah sekejap kedai roti legend di Kuala Terengganu.Orang Terengganu tahu la tempat sohor ni.Memang tak sah kalau tak singgah,dapat beli roti panas-panas baru masak buat bekal dalam kereta.
Hujung minggu tanpa Pia,umi waled perlahan-lahan kena belajar menerima kenyataan anak tak boleh sentiasa berada di sisi kita.Memang rindu,rasa kosong tapi inilah proses untuk anak membesar dan kita juga belajar melepaskan sedikit demi sedikit.











Wednesday, April 30, 2025

SKYWORLD THEME PARK GENTING HIGHLAND

Cuti CNY lepas bawa Pia bercuti ke Genting Highland 2D1N

Jom genting jom katanya hadiah untuk Pia sebab berjaya dapat Anugerah Penghormatan Pengetua kali ke-2..disebabkan umiwaled dah lanjut usia kena bawakan Pia kawan,maklum la umiwaled dah tak muda macam dulu,jantung pun dah tak kuat nak layan adventure game

Ajak sepupu Pia pergi,bertolak lepas solat Subuh dari rumah mak tak masuk highway,saja nak lalu jalan kampung.Sampai Temerloh pukul 8 siap sarapan apa semua baru masuk LPT.


Tips nak pergi theme park ni kena beli tiket online sehari awal,then kena sampai awal.Sebabnya kalau tak memang tak sempat nak main banyak permainan..dah guna fast lane pun tetap juga lambat sebab terlalu ramai orang.

Sampai puncak Genting Highland dalam pukul 11,tak perlu beratur panjang terus boleh masuk.Cuaca pula sejuk-sejuk manja saja,langit cerah memancar cahaya matahari tapi tak panas.


Umiwaled boleh la santai-santai berjalan pimpin tangan&makan icecream berkongsi suap (alasan padahal icecream 1bekas kecil tu RM19)😎
Pia dah ada kawan nak teman dia main.


Dah alang-alang Pia dah lama duk sebut nak makan fish&chip kita cuba makan Harry Ramsden yang orang duk sebut famous tu tapi bagi saya biasa je tak sedap pun tak faham kenapa famous.Harga jangan cakap la dekat genting ni mana ada yang murah.

Waled bagitau taknak dah datang Genting,dah banyak kali datang sini dari Pia umur 5 tahun dah jemu katanya..kalau Pia dah besar nanti teringin nak ke Genting lagi datang sendiri,umiwaled dah tua tak boleh nak ke Genting lagi kata waled...😓












Friday, February 07, 2025

PENGALAMAN PERTAMA PIA PARAGLIDING

Simpan kenangan di sini.30 Januari 2025 pengalaman pertama Pia paragliding di Bukit Bubus,Besut,Terengganu

Tak tau la mana dia dapat keberanian ni,suka menguji adrenalin diri.

Jom tengok Pia terbang 


Dah lama Pia asyik sebut-sebut nak cuba paragliding,cuti CNY haritu dia tanya lagi boleh tak nak cuba paragliding,kebetulan pula cuaca minggu tu tak berapa elok dengan angin kuat.Risau juga hati ni tapi tak nak hampakan permintaan Pia saya daftar juga dulu,kalau ada rezeki cuaca cantik boleh fly,kalau cuaca tak elok kita tunda tarikh lain.

Alhamdulillah hari Pia nak terbang 30 Januari tu, cuaca cantik sangat-sangat. Dapat mesej dari Fly Paragliding Team 3A arah tiupan angin pun cun.Saya daftar basic package je dengan harga RM220 untuk 8-10minit.



Masyaallah memang cantik gila view dari atas ni


Umi waled tunggu Pia dekat bawah nampak sayup kecil je 


Lepas take off tu dia dah mula tanya dekat mana lagi tempat lain yang buat paragliding.
Seram sungguh la dakPia ni.

Katanya Pia seronok bila dapat fly,boleh tengok view subhanallah cantik sangat.
Memang boleh nampak Pia happy dalam video tu tersengih je sampai lupa nak tutup mulut.