Pukul 7 petang kelmarin sampai rumah setelah 3 hari bermusafir atas urusan kerja.Bila badan penat mula la datang macam-macam rasa,badan rasa seram sejuk macam nak demam tapi suhu ok.
Bila bercakap bab penat orang perempuan ni banyak pengaruh mental dan emosi mula la cepat marah suara pun meninggi dengan anak cepat sangat hilang sabar.Itu saya la orang lain penat biasa je padahal semua orang penat.
Ceritanya seminggu sebelum ni pun dah penat mengemas rumah,beli barang untuk buat open house.Dari awal ingatkan tahun ni tak nak buat open house,tapi bila dah ramai yang tanya bila nak buat ulang-ulang kali kita pun decided untuk jemput datang hari Ahad.
Sabtu malam dah start kupas bawang,sambil duk congak berapa orang yang nak datang.Kira-kira eh ramai juga ni dalam 70 orang.Bagitahu orang tu, teringatkan orang ni,nanti dia tahu kita buat makan tak ajak kecil hati pula kan..dah jadi ramai.
Berdua je dengan Daisy,waled ada jemputan open house di pejabat dia tanya nak ikut tak kalau saya ikut pukul berapa nak siap kerja dapur ni.Semuanya nak masak sendiri ni dalam hati risau juga bila buat makan-makan kalau makanan tak cukup,kalau terlebih banyak risau membazir pula.Overthinking tu selalu ada.
Lepas subuh cepat-cepat masuk dapur bancuh adunan roti jala 1kilo,sambil menjala sambil buat kuzi ayam ada juga kuah manis serawa durian buat lawan dengan roti jala.Ada je masalah kalau nak cepat ni kuali yang biasa guna buat lempeng,buat roti jala melekat pula,tukar kuali lain pun sama juga.Saya duduk bertenang kejap guna semula kuali yang pertama tadi eh molek elok pula dia.Semua makanan siap hidang pukul 11pagi..jemputan nak datang pukul 12 sempat la tuan rumah wangi-wangi dulu.
So hari tu saya masak nasi khomok 5kilo beras basmathi,ayam berempah 7 ekor.Ayam beli pagi hari Sabtu balik rumah terus basuh perap awal-awal.Masa pergi pasar beli ayam pun ada kejadian yang buat rasa hati ni penat.Ada seorang pekerja pasar tengah angkat kanopi terlanggar saya dan besi kanopi dia terjatuh atas kaki saya,satu perkataan maaf pun tak keluar dari mulut dia.Saya ni rasa dah nak keluar air mata menahan sakit biru juga la kaki.Dia boleh pula buat tak ada apa-apa padahal dia dengar saya menjerit terkejut besi terjatuh atas kaki saya.Pia pula yang menangis dekat pasar tu sebab orang tu tak minta maaf pada saya.Ramai la mata yang memandang,kami cepat-cepat masuk kereta.
Ramai lagi tetamu yang saya tak sempat nak ambil gambar.Masa tu tengah bersilat dekat dapur goreng ayam tak pun tinggal masuk solat jap.Alhamdulillah makanan semuanya cukup,ada lebih sikit cukup untuk tuan rumah makan malam.Tetamu last pukul 7,lepas maghrib waled dah siap-siap kemas beg nak ke KL.Tinggal la saya sekali lagi sorang-sorang di dapur.
Penat uiiii mengemas,masak,mengemas lagi. Tunggu Pia kahwin nanti la lagi 15tahun baru kita buat kenduri lagi.Memang all out open house tahun ni,saya belum pernah buat kenduri jemputan ramai kalau setakat tetamu datang 1-2 keluarga tu biasa.Ini pertama kali saya masak sorang-sorang untuk ramai tetamu.
Seronok memang seronok dapat jamu tetamu dengan air tangan kita,bila tetamu cakap sedap ermm kembang montot titew tapi tu la busy jadi orang dapur sorang-sorang.
Hari Isnin saya ambil cuti alhamdulillah dah kemas rumah.Setel semua.Penat dia jangan cakap la sebelum tidur menangis dulu rasa badan burn out padahal sedih laki out station,laki balik saya pula keluar out station,nak kena tinggal anak walaupun anak lagi suka uminya kerja jauh.
Hari Selasa Pia mesej bagitau dia ada jamuan hari raya di sekolah,dia tanya saya nak bawa apa untuk potluck kelas dia.Saya minta dia bagitau waled beli je apa-apa dekat bakery tak pun bawa je kuih raya yang mana ada.Sekali dia hantar gambar waled tengah buat kek coklat guna drill,spindle tukar guna garfu..katanya tak jumpa mana saya letak mixer,tengok tu habis semua keluar periuk,dapur confirm bersepah semula dengan tepung dan serbuk coklat.
Hari ni nak bermalasan je,esok ada lagi 1 jemputan open house bila nak habis raya eh rasa macam lama pula raya tahun ni😂
Ahad kena bermusafir lagi😔