Subhanallah masyallah tabakarallah alhamdulillah
Saya simpan sini buat kenangan.Sejak Pia mula ambil exam dah rasa butterflies in my stomach.Bila makin dekat masa nak keluar keputusan lagi bertambah debor.Ya Allah rasa macam tak tentu arah.
9 Mac 2023 semakan keputusan boleh dibuat bermula jam 4petang.Nak tunggu pukul 4petang tu lama sangat rasa biasa sekejap je.Tepat jam 4 website pula sentiasa error,bila dah dapat masuk taip2 maklumat yang diminta tapi 'Data tidak dijumpai' duk agak ni mesti server Jakim dah hangs.Bila update dalam group kelas Pia semuanya tak dapat nak semak.Rupanya ustazah tersilap type no.angka giliran.
Sampai je rumah masih dalam kereta terus check guna phone,dalam berdebor taip maklumat Pia dan tertera result 8A.Saya dah sebak waktu ni tak sedar air mata dah bertakung cepat-cepat masuk dalam rumah tak boleh nak tahan tumpah juga airmata sujud syukur.Screen shot keputusan hantar pada diaorang.Pia masih di rumah Tok dan waled sambung OT.
Tengah-tengah duk happy dapat info dalam group kelas yang keputusan dalam website tak sama dengan slip,ulang debor sekali lagi.Tenangkan hati takkan result makin kurang pula kan...π
So hari Sabtu saya masak sekilo pulut kuning dengan rendang daging tanda syukur dan meraikan Pia.Bawa balik rumah Tok,belikan juga kek favourite Pia redvelvet.Makan ramai-ramai tapi tak ambil gambar sebab malu anak orang lain dah berjaya masuk U tak kecoh pun kita anak baru UPKK kepoh sekampungπ
Terharu sebak rasanya sebab anak sorang kot..
Apa yang Pia dapat hari ini adalah atas usaha diri sendiri berkat ilmu dari ustaz dan ustazah.Tahniah juga untuk waled dari mula Pia tahun 1 lagi sanggup stand sama-sama ulangkaji dengan Pia hampir setiap hari.Umi hanya menyokong dari belakang cuma mampu ulangkaji sekali sekala saja dengan Pia.Minta Pia bawakan cenderahati yang tak seberapa untuk ustazah tanda terima kasih atas segala jasa dan ilmu.
Terima kasih Pia...terima kasih kerana banggakan umi waled.Umi selalu doakan agar Pia dapat jadi yang terbaik.Moga Allah jadikan Pia anak solehah,berilmu,berakhlak baik,bertanggungjawab pada diri sendiri pada umi waled.Perjalanan Pia masih jauh..Bila Allah kata jadi maka jadilah ia....
tahniah kepada Pia. Semoga menjadi anak yg solehah...Aamiin... anak sy cuma dpt 7A n 1B shj...
ReplyDeleteatas slip 8A rasanya tu abam kie..ada ralat semakan online
Deletecongrats pia..moga terus berjaya...aamiin!!
ReplyDeleteaamiin TQ mummy
DeleteAlhamdulillah... tahniah Pia... sama result dgn kak Iman thn lepas
ReplyDeleteterbaik kak iman (y)
DeleteSemoga pia terus cemerlang.. ejulz follow sini ya.. harap sudi follow blog ejulz jugak :)
ReplyDeletedone follow ejulz..terima kasih sudi singgah di sini
DeleteAlhamdulillah…Tahniah buat Pia, Umi, Waled π
ReplyDeleteTQSM kak Ujie...
DeleteAlhamdulillah syukur.. Tahniah Pia and dapat banggakan Umi & Walid. Semoga Pia menjadi anak yang solehah dan berjaya di masa akan datang..
ReplyDeleteaamiin....TQSM aini
DeleteTahniah Pia. Bagus jangan lupa jasa guru mengajar.
ReplyDeletehadiah tak seberapa nak dibanding dengan jasa,usaha dan ilmu yang dicurahkan guru moga Allah saja yang dpat memberikan kebaikan untuk guru2
DeleteTahniah Pia, ummi dan waled. Alhamdulillah.. berakhir debaran di hati.
ReplyDeleteWalau anak seorang, 2 orang atau berorang-orang π tidak perlu malu untuk meraikan mereka..
Tahun ni anak buah akak 4 orang ambil result UPKK. Hari kedua dapat result meningkat keputusan mereka walau naik 1 gred.
meriah ye kak..Pia tak ada geng UPKK sepupu semua dah besar2
Deletesy pulak yg sebak kat sini
ReplyDeleteTAHNIAH Piaπͺππ«° usaha membuahkan hasil kini. TAHNIAH jg buat umi dan waled yg menjd tulang blkg kejayaan Pia
mudah2an kejayaan akan mengiringi Pia di masa akan datang
all the best!!!✌️
aamiin insyaAllah TQSM anies...
DeleteAlhamdulillah, tahniah Pia. Umiwaled memang patut bangga kerana ini adalah permulaan utk kejayaan Pia yg akan datang, insyaAllah.
ReplyDeleteInsyaAllah Pia nak follow kakak Iman...
DeleteAlhamdulillah, tahniah kepada Pia, umi dan waled. Cemerlang! :)
ReplyDeletealhamdulillah TQSM kak...
DeleteTahniah Piaaa.. nanti mami Ahnaffia pos kan kek ye. Nak takkkk π€
ReplyDeleteTQSM mami...nakkkkk tapi malu hahaha
DeleteTahniah buat anakanda Umiwaled semoga Pia terus maju jaya di dalam semua bidang yang diceburi
ReplyDeleteTQSM mrs.A..insyaAllah
DeleteTahniah Pia... Anak hebat lahir dari didikan ibu bapa yang hebat
ReplyDeleteTahniah juga Afzan & Jabar...
Maaflah makngah selalu ingat Pia dah masuk sekolah menengah...π
tahniah pia. semoga terus maju jaya
ReplyDeleteAlhadmulillah..Tahniah Pia...semoga terus cemerlang
ReplyDeleteAlhamdulillah...tahniah Pia. Kejayaan tak datang bergolek...mmg kita yang kena bergolek lebih sikit untuk berjaya. Golek laju lagi tau lepas ni Pia... semoga dapat masuk sekolah yang best2 masa F1 nanti
ReplyDelete