Makan-makan sebelum budak-budak masuk sesi persekolah baru minggu lepas.Katanya waled alasan je ni padahal umi yang nak tutup dapur kan...😬
Time ni Pia macam tak boleh terima lagi kenapa saya dan waled selalu dahulukan abang dan adik.Nampak muka dia macam sedikit sedih,air mata sentiasa bergenang,ye la sebelum ni apa-apa dia yang diutamakan anak tunggal la katakan.Lepas waled panggil Pia masuk bilik dan kami terangkan yang mereka berdua ni sebagai tetamu kita yang perlu dirai dan dimuliakan.Memuliakan tetamu dan mengharapkan ganjaran Allah adalah tanda kesempurnaan iman seseorang,tambahan pula mereka berdua dalam keadaan kesulitan.
Crazy Garlic Twist
New York wings
Italian Grilled Chicken Salad.Saya dah ada geng makan sayur kongsi berdua dengan si adik tu.Dia pun penggemar salad.
Muka Pia tak berapa ceria.Tapi sekarang dia dah semakin ok bila bagitau kita sebagai tuan rumah perlu sambut tetamu dengan wajah ceria dan hati terbuka.Melayan dan menyambut tetamu adalah akhlak mulia dan amalan yang dianjurkan oleh Islam.Antaranya kita perlu menghidang makanan dan minuman untuk tetamu, hidangan hendaklah yang terbaik yang ada di rumah, dan bercakap lemah lembut dengan tetamu.
Nampak macam banyak tapi percaya la memang tak ada pembaziran.Semuanya licin okay! Bagus budak-budak ni jenis yang suka makan.
Bagi saya US Pizza ni lagi sedap dari PizzaHuT & Domino's.So next time nak makan pizza memang ke sini lah kami..
Pia anak yang bijak, insyaAllah lepas diterangkan dia mudah terima walaupun mungkin ambik masa sikit untuk sesuaikan diri.
ReplyDeleteAkak pun sependapat dengan Afzan, US Pizza lebih sedap!
Alhamdulillah pia boleh terima... kalau sy pun mcm tu jg. susah nk terima tp kalau dah faham insya allah kita boleh terima dgn hati terbuka.
ReplyDeletesy pun suka us pizza ni. rs lbh tebal dan byk topping. harga pun ok
Saya belum pernah cuba US pizza..dah ada buka kat tempat saya tahun lepas tapi belum cuba.
ReplyDeleteAnak perempuan memang cepat tersinggung dan terasa hati.Sedangkan dua beradik kandung pun lagikan ada rasa cemburu,inikan pula Pia yang dah hampir 12 tahun menjadi anak tunggal.
In shaa Allah ianya menjadi hikmah untuk Pia merasa nikmat menjadi "kakak" dan selepas 2 " adik-adik" tu kembali kepada ibu mereka nanti,pasti Pia akan merindu moment2 ini.
Pia anak yang baik hasil didikan ibu bapa yang hebat..
Semoga Afzan & Jabar dilimpahi rahmat Allah
Biasa Pia didahulukan dan diberi perhatian 100%.
ReplyDeleteHehe budak-budak membesar, banyak makan.
Belum cuba lagi US Pizza.
Wahhh..nak kene cuba ni US Pizza. Selalu nampak tapi tak pernah singgah. Ahnaff suka pizza. Alhamdulillah, seronok kalau tengok anak² makan berselera kan kak.
ReplyDeleteSementara nak biasakan diri tu mgkn Pia ambil masa 🙂
ReplyDeleteSy belum pernah makan US Pizza ni... Rasa mcm ada juga di SG ni...
Belum pernah try, nanti nak try...sabar ye Pia, belajar menerima ya...Jgn risau, tetap menjadi kesayangan! Hehee..
ReplyDeleteada baca juga kata US Pizza lg sedap..tk pernh try lg..pia terkejut sbb tiba2 ada org lain dlm family kan...
ReplyDeletebesarnya pizza dia
ReplyDeleteseronok.mkn ramai2 buka puasa
Garlic twist? Ingat kaki ayam tadi... hahaha
ReplyDeleteWah, ye ke lebih sedap? Nak cubalah nanti, US Pizza. :)
ReplyDeletex pernah try lagi us pizza... ala sian pia, ye la sebelum ni dia dah biasa sorang dia je.. in sya Allah..lama2 nanti mesti seronok sbb ada kawan
ReplyDeleteUS Pizza dah lama buka di Puncak Alam tapi tak pernah nak cuba.. Bila tgk blog Afzan nampak menarik lak tengok..
ReplyDeleteSian Pia.. InsyaAllah she'll be fine..Once kite explain pada anak dia akan faham.. Rasa cemburu tu pasti ada..
Mesti happy budak2 dapat makan sedap2 kat sini. Kesian Pia, takpe bagi sikit waktu utk dia adjust Insha Allah ok la tu. Yg penting sis dan suami dah tunjukkan contoh yg baik kat Pia sbb berbuat ihsan dengan org yg memerlukan.
ReplyDeleteMenariknya US Pizza. Nanti kalau balik KL, bolehlah cari di sana.
ReplyDeleteAlolo sayang Pia... macam Firdaus juga ni. Bagusnya Pia dapat terima penjelasan tentang adab merai tetamu.
banyak yg ammi tertinggal...siapa 2 beradik lagi tu? nanti ammi cari lanjut diblog awak ye
ReplyDelete