Monday, March 06, 2023

TEKO 3D ART STUDIO CAFE KUANTAN

 Sambutan harijadi saya tahun ni waled belanja makan di Teko 3D Art Studio Cafe.Ingatkan usia dah senja ni tak ada lagi celebration rupanya ada juga dah rasa macam kanak-kanak riang pula.

Kalau ada yang sampai Kuantan wajib singgah sini ye memang saya highly recommend,khas untuk food lovers yang suka OOTD sambil makan dengan setiap lukisan 3D yang cantik di dinding cafe.



Jauh perjalanannya kena naik flight,menyeberang sungai dan lalu titi kecil untuk sampai๐Ÿ˜Ž


Berdua saja..anak waled dah hantar balik kampung rumah Tok..kesian DakPia.
tu yang rasa macam remaja siap dengan balloon bagai aishhh la waled ni...

Makanan dia semua sedap la and portion dia besar.Main course waled order grilled chicken chop,sedap wehh!!ayam lembut juicy rasa perapan rempah,salad fresh rangup,yang paling sedap mashed potato bukan yang instant kacau lembik tu yang ni rasa lemak dan dapat rasa potato berketui2,sos blackpaper pun creamy sedap melekat rasa blackpaper di bibir.

Katanya the "best selling" homemade creamy shiitake mushroom soup served with a slice of garlic bread.
homemade crispy pizza sumpah sedap dapat makan panas-panas baru keluar dari oven kan..tapi sebab dah kenyang dapat makan 1slices sorang je yang lebih kita bungkus buat sarapan esoknya.
Saya bukannya penggemar kek tapi katanya "alaaa buat syarat je birthday kan.."
sebenarnya tak ada kek pun saya tak kisah,tak mampu dah nak makan minta bungkus juga bawa balik untuk Pia.
Overall cafe ni semua best servis terbaik makanan semuanya sedap.

Terima kasih pada waled dan Pia yang menyerikan dan membuatkan hari-hari umi ceria dengan penuh kegembiraan dengan telatah masing-masing. 
Terima kasih atas ucapan dan doa sahabat-sahabat blogger sempena hari lahir saya yang umur semakin bersinar 'keemasan' ni.Moga semuanya sentiasa sihat dan ukhwah antara kita yang terjalin ni akan terus berpanjangan.Sayang sampai hujung nyawa insyaAllah ke Jannah kita bersama๐Ÿ’“๐Ÿ’“๐Ÿ’“


























37 comments:

  1. gmbr kedua terakhir tu kan mcm baru lps nikah smlm ๐Ÿ˜

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlpn hari2 pandang,tapi bila kena bertentang mata mcm tu tiba2 rasa malu hahaha

      Delete
    2. kompem blushing teroks ni... aiyokkkk x tauuuu๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

      Delete
  2. Wow…patutlah kekal umur 18. Sambut birthday ada belon2 ๐Ÿฅฐ

    Menarik konsep kafe. Nak jugak mencuba kalau ada ke Kuantan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah pasal dah rasa macam sama umur dgn Pia...jemput datang Kuantan kak Ujie....

      Delete
  3. Comel je, cafe dia. Sesekali dating berdua, sambut harijadi, apa salahnya. :D

    ReplyDelete
  4. Romantik jugak ya, waled ni. Jarang jumpa restoran yg mengetengahkan idea mcm ni. Gayat pulak kita tengok Afzan kat lubang tu, hahaha.

    ReplyDelete
  5. romantik berdua
    cantik Afzan berbaju kurung songket
    happy belated besdayyy

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru balik kerja ciknur...tak sempat2 nak balik rumah dulu di bawanya saya ke sini

      Delete
  6. Hehe berdua sahaja. Cantik deko lukisan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah NA tiba rasa macam remaja..patut la dia beria sgt nak hantar anak kt kampung rupanya dah ada rancangan...

      Delete
  7. Sesekali waled pia bawak sis keluar sambut birthday berdua. Mesti rasa macam dating sebelum ada pia kan hihhi...

    Tgk gambar pun dah terbayang sedap dan juicy blackpepper chicken chop tu.

    ReplyDelete
  8. Happy belated birthday Afzan.
    Masyaallah sweetnya berbaju kurung songket sempena meraikan hari bahagia. Ni kira 'date' lah eh. Sesekali berdua nak romantica de amor ๐Ÿฅฐ

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru balik kerja kak tu yg berbaju kurung tak sempat2 nak rumah dulu

      Delete
  9. Alhamdulillah.. Diraikan yang tersayang memang berbunga bunga hatikan sis..
    Happy belated birthday.. ๐ŸŒน๐ŸŽ‚

    ReplyDelete
  10. hepi belated besday tu cik afzan yg muder jeliter ., hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ wak...amboiii muda jeliter ye pdhal dah senja wak oiii

      Delete
  11. Replies
    1. ye wak orang2 seni tau la..kita yg tak berseni ni sekadar memandang je

      Delete
  12. Wah menarik la cafe dia..klu ada rezeki dtg kuantan lagi..insyallah bole jejak cafe ni... cafe ni katvarea perumahan ke town?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aik jd anon plak huhu...

      -anakomak-

      Delete
    2. saya reply komen yg atas2 tu pun jd anon jgk haaa entah la knp...cafe ni betul2 tengah town kak,jemput kak datang Kuantan

      Delete
  13. Nice cafe ni. Ada rezeki singgah kuantan boleh makan kat cafe sini. By tge way happy belated birthday

    ReplyDelete
  14. So sweet, siap ada belon lag...
    Pizza tu PH pun terlioq, nampak sedap sangat...
    Anyway, happy birthday sis Afzan, semoga sentiasa dalam rahmat-Nya ๐Ÿคฒ

    ReplyDelete
  15. Happy birthday puan tanah.
    Syoknya celebrate birthday berdua.

    ReplyDelete
  16. Happy Birthday Sis Afzan semoga sihat, dan dipermudahkan semua urusan.

    ReplyDelete
  17. Selamat Pengantin Baru๐Ÿ˜๐Ÿคญ...hihihi
    Wah merpati dua sejoli kat Kuantan lagi
    ber๐Ÿœ๐Ÿœ๐Ÿœ๐Ÿœ
    Semoga Allah kurniakan SAMAWA hingga ke Jannah๐Ÿคฒ

    ReplyDelete
  18. cantik betul wall muralnya.. mmg betul. boleh buat ootd.

    ReplyDelete
  19. Bahagianya!
    Happy belated birthday Afzan. Moga sentiasa sihat, dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.
    Saya pun suka makan pizza panas-panas, lagilah yang crispy!

    ReplyDelete
  20. selamat hari lahir. semoga dilindungi Allah selalu. Aamiin....

    ReplyDelete
  21. Salam Afzan...
    Just nak bagitau...bingkisan untuk Cella selamat sampai..Cella dh email

    ReplyDelete
  22. seronok dpt celebrate berdua tu...mmg rare cafe ni sbb ada 3D art

    ReplyDelete
  23. Happy belated birthday mama pia!! romantik jugak waled ye... best apa me time berdua

    ReplyDelete

Terima kasih singgah komen..