Friday, March 17, 2023

KEPUTUSAN UPKK PIA

 Subhanallah masyallah tabakarallah alhamdulillah

Saya simpan sini buat kenangan.Sejak Pia mula ambil exam dah rasa butterflies in my stomach.Bila makin dekat masa nak keluar keputusan lagi bertambah debor.Ya Allah rasa macam tak tentu arah.

9 Mac 2023 semakan keputusan boleh dibuat bermula jam 4petang.Nak tunggu pukul 4petang tu lama sangat rasa biasa sekejap je.Tepat jam 4 website pula sentiasa error,bila dah dapat masuk taip2 maklumat yang diminta tapi 'Data tidak dijumpai' duk agak ni mesti server Jakim dah hangs.Bila update dalam group kelas Pia semuanya tak dapat nak semak.Rupanya ustazah tersilap type no.angka giliran.

Sampai je rumah masih dalam kereta terus check guna phone,dalam berdebor taip maklumat Pia dan tertera result 8A.Saya dah sebak waktu ni tak sedar air mata dah bertakung cepat-cepat masuk dalam rumah tak boleh nak tahan tumpah juga airmata sujud syukur.Screen shot keputusan hantar pada diaorang.Pia masih di rumah Tok dan waled sambung OT.

Tengah-tengah duk happy dapat info dalam group kelas yang keputusan dalam website tak sama dengan slip,ulang debor sekali lagi.Tenangkan hati takkan result makin kurang pula kan...πŸ˜…
So hari Sabtu saya masak sekilo pulut kuning dengan rendang daging tanda syukur dan meraikan Pia.Bawa balik rumah Tok,belikan juga kek favourite Pia redvelvet.Makan ramai-ramai tapi tak ambil gambar sebab malu anak orang lain dah berjaya masuk U tak kecoh pun kita anak baru UPKK kepoh sekampungπŸ˜‚
Terharu sebak rasanya  sebab anak sorang kot..
Apa yang Pia dapat hari ini adalah atas usaha diri sendiri berkat ilmu dari ustaz dan ustazah.Tahniah juga untuk waled dari mula Pia tahun 1 lagi sanggup stand sama-sama ulangkaji dengan Pia hampir setiap hari.Umi hanya menyokong dari belakang cuma mampu ulangkaji sekali sekala saja dengan Pia.Minta Pia bawakan cenderahati yang tak seberapa untuk ustazah tanda terima kasih atas segala jasa dan ilmu.
Terima kasih Pia...terima kasih kerana banggakan umi waled.Umi selalu doakan agar Pia dapat jadi yang terbaik.Moga Allah jadikan Pia anak solehah,berilmu,berakhlak baik,bertanggungjawab pada diri sendiri pada umi waled.Perjalanan Pia masih jauh..Bila Allah kata jadi maka jadilah ia....









30 comments:

  1. tahniah kepada Pia. Semoga menjadi anak yg solehah...Aamiin... anak sy cuma dpt 7A n 1B shj...

    ReplyDelete
    Replies
    1. atas slip 8A rasanya tu abam kie..ada ralat semakan online

      Delete
  2. congrats pia..moga terus berjaya...aamiin!!

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah... tahniah Pia... sama result dgn kak Iman thn lepas

    ReplyDelete
  4. Semoga pia terus cemerlang.. ejulz follow sini ya.. harap sudi follow blog ejulz jugak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. done follow ejulz..terima kasih sudi singgah di sini

      Delete
  5. Alhamdulillah…Tahniah buat Pia, Umi, Waled πŸ’

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah syukur.. Tahniah Pia and dapat banggakan Umi & Walid. Semoga Pia menjadi anak yang solehah dan berjaya di masa akan datang..

    ReplyDelete
  7. Tahniah Pia. Bagus jangan lupa jasa guru mengajar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hadiah tak seberapa nak dibanding dengan jasa,usaha dan ilmu yang dicurahkan guru moga Allah saja yang dpat memberikan kebaikan untuk guru2

      Delete
  8. Tahniah Pia, ummi dan waled. Alhamdulillah.. berakhir debaran di hati.
    Walau anak seorang, 2 orang atau berorang-orang 😁 tidak perlu malu untuk meraikan mereka..
    Tahun ni anak buah akak 4 orang ambil result UPKK. Hari kedua dapat result meningkat keputusan mereka walau naik 1 gred.

    ReplyDelete
    Replies
    1. meriah ye kak..Pia tak ada geng UPKK sepupu semua dah besar2

      Delete
  9. sy pulak yg sebak kat sini
    TAHNIAH PiaπŸ’ͺπŸ‘πŸ«° usaha membuahkan hasil kini. TAHNIAH jg buat umi dan waled yg menjd tulang blkg kejayaan Pia

    mudah2an kejayaan akan mengiringi Pia di masa akan datang
    all the best!!!✌️

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah, tahniah Pia. Umiwaled memang patut bangga kerana ini adalah permulaan utk kejayaan Pia yg akan datang, insyaAllah.

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah, tahniah kepada Pia, umi dan waled. Cemerlang! :)

    ReplyDelete
  12. Tahniah Piaaa.. nanti mami Ahnaffia pos kan kek ye. Nak takkkk 🀭

    ReplyDelete
  13. Tahniah buat anakanda Umiwaled semoga Pia terus maju jaya di dalam semua bidang yang diceburi

    ReplyDelete
  14. Tahniah Pia... Anak hebat lahir dari didikan ibu bapa yang hebat
    Tahniah juga Afzan & Jabar...

    Maaflah makngah selalu ingat Pia dah masuk sekolah menengah...πŸ™

    ReplyDelete
  15. Alhadmulillah..Tahniah Pia...semoga terus cemerlang

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah...tahniah Pia. Kejayaan tak datang bergolek...mmg kita yang kena bergolek lebih sikit untuk berjaya. Golek laju lagi tau lepas ni Pia... semoga dapat masuk sekolah yang best2 masa F1 nanti

    ReplyDelete

Terima kasih singgah komen..