Semalam hari Ahad macam biasa pagi-pagi akan keluar breakfast dulu sebelum ke pasar basah cari lauk untuk seminggu.Hari Ahad biasanya saya dapat cuti masak kadang-kadang juga dapat gantung kuali dari pagi sampai ke petang.Dah sampai pasar duk mikir nak beli lauk apa,duk ulang-ulang beli lauk yang sama dah naik jemu.Tapi semalam ada nampak orang jual ikan gerong saya tak pernah makan pun kali ni rasa nak cuba saya ambil kepala ikan dan isi 2 keping,agaknya masak kari sedap tak?Ambil juga ayam sekor udang harimau sekilo dengan ikan patin.Ikan patin tu tak boleh tinggal orang Pahang la katakan...😅
Otw balik singgah pasaraya nak top up barang kering,beras pun dah 3hari habis ada la alasan saya tak masak bekal hari Jumaat lepas.Saya duk tengah pilih sayur waled tanya boleh ke buatkan bubur pulut hitam saya pusing sebelah kiri ooo rupanya dia ternampak beras pulut hitam,teringin nak cuba makan katanya.Saya cakap boleh je ambil la tapi jangan banyak 1 scoop cukup la.Saya pun tak pernah masak sendiri biasanya beli je lagipun saya sorang je yang makan waled memang tak suka dulunya,risau saya kenapa dia tiba-tiba teringin nak makan bubur pulut hitam ni😆
Wahhh.. rupa bubur pulut hitam tu, sebiji macam yg sy pernah makan di sebuah hotel di Pulau Belitung, Indonesia. Kalau mak sy, dia akan masak dengan santan dan buat asing santan pekat, tapi yang kat Belitung tu, macam Afzan buat ni la, sedap sangat. Sy nak buat macam tu, sampai dah bertahun balik dari Belitung, pun tak terbuat2, haha.
ReplyDeleteSaya pun selalu buat lebur ja santan semua dalam tu.
DeleteTapi yang hidang asing santan ni teringat buku SRT tingkatan 2...macam ni la cara buat dan cara hidang..cuma ada diselit 2 helai hujung daun pandan sebagai hiasan..terbayang lagi gambar dalam buku teks SRT tu..nostalgia..
cara ibu SK masak tu means 2x santan la ye..waah bubur hitam dari belitung rupanya yg sy buat ni ye haha bangga jap
DeleteWah...Tahniah atas kejayaan memasak bubur pulut hitam..😍
ReplyDeletemalu kak dah tua baru pandai masak..kalau bab masak2 memang rujuk blog akak2 otai
DeleteElok juga dag tua baru pandai masak..Kalau pandai masak dari kanak-kanak...nanti penat kena masak sejak kanak-kanak..🤣🤣🤣
DeleteAlhamdulillah nasib baik menjadi.
ReplyDeleteSuka juga yang asking santan dengan bubur, rasa lemak boleh laras.
itu la NA nasib menjadi kalau tak jadi mau keluar beli beras pulut hitam lagi sekali sblm waled balik hahaha
DeleteBila keluar membeli barang mesti akan gantungg kuali juga. Letih berjalan dan nak mengemas barang basah lagikan lepas tu. Sedap ni bubur pulut hitam. Lama juga tak makan. Alhamdulillah menjadi cubaan buat pulut hitam tu.
ReplyDeleteCantik kejadian bubur pulut hitamnya. Mak mentua saya kalau masak bubur pulut hitam, beginilah rupanya. Sedap!
ReplyDelete