Tuesday, November 15, 2022

SARAPAN TEPI PANTAI

Cerita dah basi dah lupa minggu bila yang pasti sebelum masuk musim hujan.Waled cadang bawa Pia sarapan pagi tepi pantai.Katanya kita keluar awal pagi siap makan kita balik lah tak perlu lama-lama.

Saya yang menurut perintah terpaksa bangun awal di hari minggu siapkan bekal sebelum subuh.Bersilat lah saya sorang-sorang di dapur,bukan masak apa sangat pun goreng mihun 12 sudu gula yang pernah viral suatu ketika dulu tu😂lawankan dengan kepak ayam bakar airfryer je,sebab tak boleh letak sebarang jenis sayur dalam mihun nanti anak merajuk tak nak makan saya buatkan mix salad untuk kami berdua.


Awal pagi memang tak ada orang pilih je mana-mana tempat bentang tikar duduk la kita berkelah anak-beranak.

Anak bulus dia tak boleh tinggal yang sekor lagi dalam kereta tak nak turun duk intai kut tingkap je
Ini budak banyak pantang larang itu tak boleh ini tak boleh geram je puk kang..kalau ikutkan dia,kita nak masak letak bawang pun dia marah terpaksa la saya blend halus bawang tak boleh hiris cincang nanti dia nampak ada bawang mula la diam-diam meleleh air mata.

Pukul 9.00 kami pun kemas barang balik.Tak buat apa aktiviti pun just datang makan borak je..Dari rumah kami tak jauh pun dalam 20 minit je.Jom akak-akak,adik-adik blogger datang Kuantan kita picnic tepi Pantai Sepat,Kempadang hehe..





16 comments:

  1. Syoknya sarapan pagi tepi pantai. Kalaulah rumah dekat, tiap tiap minggu kalau boleh nak bersarapan tepi pantai. Betul betul tak suka sayur ye. Memang kena blend halus halus gitu. Sedap bihun viral tu. Lama jugak tak masak bihun macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye fiza semua jenis sayur buah memang Pia tak makan dari kecil..bihun viral zaman PKP kan..

      Delete
  2. Jom jom.. hehehe.. xde acara mandi-manda ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ada kakmim..malas nak bawa baju salin kalau ramai2 syok juga acara mandi manda main pasir

      Delete
  3. Samalah dengan anak-anak saya, tak suka ada bawang dalam masakan.
    Bihun gula dua belas sudu memang sedap. Tak adalah rasa manis macam gula. Saya dah pernah masak waktu viral dulu.

    ReplyDelete
  4. Saya suka kalau nak pi mana-mana...gerak awal...time orang bertimpa datang..kita dah boleh balik..hihihi

    Seronoknya berkelah..
    Dah hampir lupa pasal mihun 12 sudu gula tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kak tak sibuk dengan orang boleh leha-leha
      mihun yang orang duk kata banyaknya letak gula...haha

      Delete
  5. Dulu masa wak keje kat Gebeng selalu lepak kt pantai Balok.. sonok angin laut bertiup sepoi2

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh wak pernah duduk di Kuantan ye..bila nak ke sini lagi wak?

      Delete
  6. ya Allah bestnya kak, hari-hari sarapan tepi pantai pun best gini. Dana memang suka pantai sebab tu kalau balik kerteh memang wajib ke pantai. Baik je kucing tu ikut pi tepi pantai

    ReplyDelete
    Replies
    1. meh Dana rasa angin pantai Kuantan..kucing tu memang suka ikut berjalan kadang kita belum siap dia dah tau tunggu depan pintu

      Delete
  7. Abah Ahnaff pun suka ajak pi berkelah tepi pantai camtu. Pegi pagi², bila orang dah ramai balik la. Buat syarat anak bujang tu main pasir. Aritu pi Kuantan pun sempat la dia main pasir 🤣.

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak2 skrg ckp apa nak kan suasana je hihi
      ahnaff nak datang Kuantan nanti bagitau acik ye...

      Delete
  8. best tu sarapan tepi pantai...sambil mkn sambil hirup udara dan deruan ombak pantai

    ReplyDelete
  9. Syok sarapan ditemani angin sepoi-sepoi dari laut..

    ReplyDelete

Terima kasih singgah komen..