Tuesday, November 08, 2022

SELAMAT HARI LAHIR AYAH

Hari ini hari lahir ayahnda kami Sidi Ahmad Bin Abdul Latiff.Lahir pada tahun 1954.Beberapa bulan kebelakangan ini ayah semakin uzur,pada bulan Jun2022 ayah disahkan menghidap sakit buah pinggang kronik tahap 5(End stage renal failure).Ini bermakna buah pinggang ayah telah gagal berfungsi sepenuhnya.

Setelah melalui pelbagai rawatan di hospital dan keluar masuk wad akhirnya pada bulan Okt2022 ayah perlu menjalani dialisis peritoneal sepanjang umurnya.Sekarang emosi ayah agak kurang stabil selalu saja mengalirkan air mata,mungkin mengenangkan keadaan diri tidak lagi sihat seperti dulu.Badan semakin lemah,selera makan semakin kurang.Kami tahu betapa berat dan besarnya bebanan ujian yang ayah alami.

Kalau dulu ayah seorang yang kuat dan tegas,ayah seorang yang sangat pendiam,hanya bercakap hal penting saja tambahan pula ayah jarang di rumah kerana kerap keluar bertugas disempadan negara jadi kami lebih rapat dengan mak berbanding ayah.Walaupun ayah agak garang dulunya tapi tidak pernah langsung pukul atau jentik waktu kami kecil tapi kami adik beradik cukup takut dengan ayah,hanya dengan jelingan mata pun kami dah kecut perut.

Sempena hari lahir ayah hari ni saya sempat minta kawan adik yang buat bisnes bouquet hantarkan pada ayah.Tiada niat lain selain untuk gembirakan hati ayah pada hari lahirnya.Semakin dewasa ni saya nekad untuk tengok mak ayah gembira saja waktu usia begini.Mak bagitau ayah terima jambangan ni dengan sebak terharu tak boleh nak bercakap katanya.Kiriman yang tak seberapa pun dari saya nak dibandingkan dengan pengorbanan ayah yang tak akan terbalas.

Semoga Allah angkat segala ujian,kesakitan,kesukaran,kepayahan ini menjadi ladang pahala buat ayah.Doakan ayah saya sentiasa kuat dan tabah mohon doakan juga semoga ayahnda saya terus sihat sejahtera dan dipanjangkan umur.

Semoga Allah terus berikan kita semua kesihatan yang baik,kelapangan dan peluang untuk terus berbakti kepada mak dan ayah selagi ada hayatnya.






12 comments:

  1. Selamat hari lahir buat Ayah Afzan...semoga allah permudahkan segala urusan dialysis ayah..biasa la pesakit kidney pasti akan down...sama macam mak pah...

    ReplyDelete
  2. Selamat hari lahir buat ayanhda Afzan. Semoga diringankan kesakitan dan ujiannya. Ya Allah, tak tahu kenapa sebaknya tengok post ni.

    ReplyDelete
  3. Selamat harijadi untuk Encik Sidi Ahmad Bin Abdul Latiff.
    Semoga Allah kurnia rahmat dan kemudahan menghadapi ujian mendatang. Amin.

    ReplyDelete
  4. selamat ulangtahun kelahiran utk ayah afzan...smoga dipermudahkan segala urusan dialisis dan cpt baik

    ReplyDelete
  5. Sanah Helwah buat ayahanda...moga dipermudahkan segala urusan perubatannya 🤲
    Sama pulak dgn bday anak PH, si Abang tu :)

    ReplyDelete
  6. Selamat hari lahir buat ayahnya, Sidi Ahmad Bin Abdul Latiff. Semoga sentiasa ceria dan kuat semangat. Semoga Allah permudah segala urusan dan segera sihat. Aamiin...

    ReplyDelete
  7. Segak orangnya diwaktu muda. Semoga diberkati selalu...!

    ReplyDelete
  8. Selamat panjang umur untuk Sarjan(B) Sidi Ahmad bin Abdul Latif...
    Semoga Allah berkati hidup di dunia dan akhirat

    ReplyDelete
  9. selamat ulangtahun kelahiran utk ayah.. moga dipermudahkan segala urusan kesihatan ayahnya aminnnn :)

    ayah sy lahir 06 november hehe

    ReplyDelete
  10. Selamat Ulang Tahun Pakcik! Semoga dipermudahkan segala urusan kesihatan pakcik dan kembali sihat.

    ReplyDelete
  11. Selamat hari lahir pakcik, moga pakcik diberikan kekuatan, diberikan kesihatan yang baik, di panjangkan umur dan bahagia selalu. Dana paham kak sebab dana pun ada masalah buah pinggang, masa awal tahu tu memang emosi terganggu, fikir dah lama lagi akan mati. Memang ahli keluarga kene bagi sokongan penuh.

    ReplyDelete
  12. Selamat ulang tahun untuk ayah Afzan. Moga sentiasa sihat, dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.

    ReplyDelete

Terima kasih singgah komen..