Friday, April 19, 2024

NASI DAUN PISANG

Hari Isnin hari kedua last puasa bila adik-adik semua ada di rumah mak,rasa rajin la sikit nak masak.Tahun ni giliran adik-adik beraya rumah mak mertua masing-masing.Sementara semua ada ni untuk buka puasa saya masak nasi daun pisang ala-ala BananaBistro. 

Lepas zohor terus masuk dapur.Saya masak kari ikan merah,sambal udang,sotong celup tepung,ayam masala,terung&peria tempura,kuah dhal,kubis goreng mamak style,raita timun.Daun pisang ambil belakang rumah mak.

Nak suasana kampung makan bersila punya pasal terpaksa ajak semua orang makan bersila dekat dapur bawah.Nasib baik Ayah nak ikut,ayah sejak sakit dia dah tak nak turun dapur bawah,time makan semua kena makan di meja makan dapur atas.Kalau ada yang tak ikut cakap ayah nanti dia merajuk tak nak makan😓

Banyak jenis lauk tapi saya memang sengaja masak dalam kuantiti cukup-cukup je tak nak ada leftover.Kejam punya kakak😎

Bukan apa kalau tak habis nanti duk ulang keluar masuk peti ais tambah pula dah nak raya time tu memang tak pandang dah lauk bulan puasa.

Susah nak menidakkan kesedapan nasi beralaskan daun pisang ni,aroma kari bergabung dengan daun pisang tu buat selera makan sampai teringat-ingat.

Lagi seronok bila tengok mak ayah adik-adik makan penuh selera.Nak tambah tak boleh sebab dah masak cukup-cukup je,biar diaorang terbayang-bayang kesedapan nasi daun pisang lalu dekat tekak hahaha



25 comments:

  1. Rajinnya masak macam-macam lauk.
    Itulah jenuh simpan semula dalam peti sejuk tidak habis-habis.

    ReplyDelete
  2. Sonok makan nasi alas daun pisang , makan pulak ramai2 tambah meriah. kalau dapat daun pisang free, berbaloi. Kalau nk kena beli, terasa jugak duit keluar. Kena pulak kalau daun jenis xelok, koyak

    ReplyDelete
  3. Lauk sedap, makan beramai2 pulak tu. Mesti teringat2 adik2 Afzan dgn nasi daun pisang nanti hehe

    ReplyDelete
  4. sedapnya..tambah sedap makan ramai2 mcm ni kan...alhamdulillah

    ReplyDelete
  5. Rajin, Afzan. Banyak lauk tu, Afzan masak. Sedapnya!

    ReplyDelete
  6. Bagus tu... masak cukup-cukup saja, tak membazir. Yang penting sedap sampai teringat-ingat!

    ReplyDelete
  7. Masak cukup-cukup tu yang best. Tak membazir pun ia. Lama tak makan beralaskan daun pisang. Nak2 kalau semua family members Ada... Memang seronok sangat. Kan?

    Selamat hari raya MAAF Zahir dan batin untuk Afzan sekeluarga.

    ReplyDelete
  8. Hahahahahah tak bisa Tambo yaaa 🤣. Tp bagus macam nih, secukupnya. Tak mubazir, tak payah panaskan ulang yg mana sbnarnya itu tak bagus. Beberapa makanan sebaiknya tak dipanaskan ulang. Saya pun LBH memilih begini. Sekali makan habis. 😄

    ReplyDelete
  9. Rajinnya. Bagus. Tak payah cuci pinggan dah.

    ReplyDelete
  10. jenuh nak cari di mana daun pisang tu kalau nk buat di sini... hihihi.. seronoknye kan mkn dgn daun pisang, bersila ramai2.. :D

    ReplyDelete
  11. Amboi, sekali dia flex skill memasak, terus boleh lawan Bananabro ye 😁
    Kat sini daun pisang pun takde stok, puas juga mencari smlm utk buat lapik nasi impit & rendang...

    ReplyDelete
  12. Hahahah.. sabar ajelah, dahlah masak sedap, tapi dia bagi ngam² macam makan kat kedai.. hahahha. Tapi, terror nya Afzan masak semua tu!

    ReplyDelete
  13. bestnya kak tapi kejam kakaknya la masak sikit sgt heheheh

    ReplyDelete
  14. perhhhhhh! bukan besher-besher ni nasi daun pisang terus! sama lah mcm Abah Ana pun taknak mkn duduk bawah dah sbb susah Abah Athma (ssh nak tunduk-tunduk) hehehe

    ReplyDelete
  15. meriah makan nasi alas daun pisang tu..dpt plak mkn ramai2

    ReplyDelete
  16. Wangi makan tu aroma dari daun pisang.

    ReplyDelete
  17. Wah bestnya . Makan ramai-ramai macam ni . Makan sambil bersila , makan berpinggankan daun pisang terus teringat kampung .

    ReplyDelete
  18. Ini sgt best!
    mkn bertambah2 pun tak sedar
    hahaha

    ReplyDelete
  19. raya haji nanti kompem repeat lagi ni ;-)

    ReplyDelete
  20. Best jugak konsep BananaBistro di rumah. Biasa orang buat shellout kan. Eloklah tu masak cukup cukup dari membazir kan. Nanti mesti ada orang request lagi sebab sedap. Bila dah berkumpul ramai ramai ni memang akan masak yang special sikit.

    ReplyDelete
  21. Kene buat jugaklah menu nasi daun pisang ni. Seronok jugak kalau makan beramai2

    ReplyDelete
  22. Aaaaa...sedapnya. nak jugak plisss.
    P/s: baru berkesempatan nak berkunjung ke sini 🤭

    ReplyDelete

Terima kasih singgah komen..