Pengalaman pertama untuk umiwaled berpisah dengan anak tunggal.Nasib baik juga la dapat yang dekat.Pantang hari Sabtu&Ahad umiwaled mesti visit Pia.Sejak daftar belum pernah gagal lagi datang melawat.Sekarang ni masa umiwaled Sabtu&Ahad untuk dia je lah.Bila jumpa bukan sejam dua tapi berjam-jam duduk situ.Bulan puasa hari tu sampai kering tekak.Bila bagitau dah nak balik dia dah meleleh air mata asyik cakap 5 minit lagi.Adui la anak.
Masak bekal semuanya yang Pia teringin nak makan. |
Pia masih belum ok,emosi masih belum stabil.Kejap ok kejap tak ok.Masih belajar terima suasana baru.Masih belum jumpa kawan yang betul-betul serasi,tambah stress dengan roommate dia katanya suka bercakap kuat.Padahal dekat rumah suara umi dia pun kalah petir,tak ada pula nak stress,boleh pula buat-buat tak dengar.
Tak pe lah Nak..belajar terima yang semuanya masih baru.That's why wajib untuk umiwaled datang setiap sabtu ahad.Selagi ada masa&keupayaan umiwaled akan sentiasa melawat untuk recharge mood&energy Pia.
Bulan Syawal tahun ni rasanya kami tak sempat nak buka pintu rumah untuk tetamu raya.Yang mana jemput ke open house siang hari pun kami tak sempat nak pergi,Sabtu lepas dapat hadir jemputan untuk waktu malam je.
Pia nak makan kambing goreng,gulai ayam,jagung rebus,jagung susu. |
Setiap kali visit masih tak boleh nak jumpa&berkenalan dengan kawan-kawan Pia sebab sesi curhat masih lagi belum habis.Bila bagitau ajak roommate turun atau ajak kawan homeroom sekali umi nak kenal,Pia tak setuju.Dah sebulan lebih duduk asrama masih belum boleh outing,insyaAllah minggu depan umiwaled cuba minta nak berkenalan dengan kawan-kawan Pia.
Moga Pia tetap bersemangat.Semoga mereka semua pejuang survival sampai tamat pengajian.
Alahai Pia…kesian dia. Moga Allah beri Pia kekuatan untuk sesuaikan diri dengan suasana baru dan moga cepat dapat kawan baik.
ReplyDeleteKesian juga Pia....moga semuanya dipermudah. Dania pun tak suka orang cakap kuat dan banyak bercakap.
ReplyDeleteSamalah dgn Angah. Dia mengadu hal sama juga 😬
Deletein sya Allah...moga Pia cepat2 ok kat asrama jumpa kawan yg ngam key..aamiin. nasib baik dekat leh la selalu jengah kannn
ReplyDeletealahai kesiannya Pia.. Acik Ana faham apa yg Pia rasa sbb mcm tu lah apa yg Acik Ana rasa masa 1st time berjauhan dgn family masa study dulu (tp itu pun dah besar sbb masuk Uni) tapi tetap lama juga emosi nak stabil sbb zaman sekolah mmg mak ayah tak bagi Acik Ana ni duk asrama sbb Acik Ana sorang je anak pompuan dorang hehehe.. InshaAllah nanti Pia mesti ok cuma ambil masa sikit hehe
ReplyDeleteSama la acik dulu pertama kali duduk asrama masa form 4 dah besar pun homesick. Semoga Pia dapat sesuaikan diri kat asrama dan dapat kawan yang serasi.
ReplyDeleteInsyaAllah Pia akan ok ok sahaja di sana. Awal2 agak susah nk sesuaikan diri dengan environment dan kwn2. Ada la aktiviti mak ayah Pia lepas ni weekend aje gi jenguk anak dara nya..
ReplyDeleteInsyaAllah mudah mudahan pia akan cepat serasi dengan keadaan sekeliling .
ReplyDeleteNasibaik dkt umi waled bole dtg visit tiap2 minggu bg semangat..insya allah smoga dipermudahkn segala urusan pia dgn environment di sekolah asrama
ReplyDeleteinsyaallah lama2 akan ok
ReplyDeletepengalaman ciknur dulu berbln jga nk biasakan di asrama ni sbnya suasana lain
time mkn, bersiap semua ada masa ditetapkan
Alhamdulillah rezeki kita kan anak dapat asrama yg dekat².
ReplyDeleteAngah pun sama, kdg okay kdg tak okay 🤦
Yg PH nampak dia belum jumpa geng, itu sbb dia x seronok tu.
Pening & susah hati juga sebenarnya huhu...
semoga Pia dapat sesuaikan diri nanti.. ameeennnnnn
ReplyDeleteInsyaa Allah tak lama lagi Pia akan lebih ok duduk di asrama.
ReplyDeleteAla siannya Pia. Takpe, lepas 3 bulan Insha Allah serasi la tu. Bagus Afzan & suami rajin datang melawat tiap2 minggu dengar sesi curhat Pia.
ReplyDeleteAlhamdulillah, Afzan dan suami dapat melawat Pia tiap hujung minggu, bawa makanan. Insya-Allah, lama-lama, Pia akan dapat sesuaikan diri kehidupan di asrama.
ReplyDeleteAwal² ni memang kena visit selalu. Kena korbankan masa demi Pia. Mujur dekat. Dengarkan lah luahan hati nya tu.
ReplyDeleteBelum jumpa geng yang serasi lagi. Memang akan ambik masa.
Nanti bolehlah beli jajan sket untuk Pia share dengan kawan² sementara umiwaled belum dapat jumpa mereka.
amboiiii banyak betul makanan untuk pia tu
ReplyDeletememang kenyang laa sepanjang hari yaaa
mana2 pun sama pia
ReplyDeleteada org cpt serasi
ada or mmg akan amik masa
yg penting kita boleh adaptasi dgn keadaan
nak keluar dari confort zone mmg payah
tp bak kata pepatah: "life begins at the end of your comfort zone"
all the best pai! lps ni boleh outing puas2 ;-)
Mesti excited bila siap2 kan rutin baru ni kan?
ReplyDeleteAlaaa...Pia homesick ye...takpe la..sekejap je tu..insyaallah lepas ni okey...
ReplyDeleteLama-lama nanti mesti Pia biasa dah. Awal awal ni masih lagi homesick. Semoga dipermudah urusan Umi, waled dan Pia.
ReplyDeleteSemoga cepatlah Pia sesuaikan diri dengan kawan2.
ReplyDeleteMasa kyra dulu kawan yg panggil dia “mic” sbb suara dia kuat haha
In syaa Allah, lama-kelamaan sampai waktunya Pia boleh sesuaikan diri di tempat baharunya. Banyak juadah yang dibawa ke asrama.
ReplyDeleteNasib baik rumah dekat.
ReplyDeleteHarap Pia dapat sesuaikan diri nanti.
Aaamiiin. Semoga pia semakin lama bisa beradaptasi dengan baik yaaa. Memang tak mudah . Saya pun dulu lamaaa utk bisa adaptasi saat pindah ke Penang. Dengan teman2 antarbangsa. Harus ambil kelas bahasa inggris setahun utk terbiasa berbicara, teman2 pun tak ada yg sangat dekat. Jadi paham yg dirasakan Pia. Saya survive hanya karena nak cepat lulus, dan bisa balik Indonesia lalu kerja. Itu saja yg dalam pikiran 😄.
ReplyDeleteesok g melawat pua ke? nnt kem salam kat pia ek✌️
ReplyDelete