Hari Isnin hari kedua last puasa bila adik-adik semua ada di rumah mak,rasa rajin la sikit nak masak.Tahun ni giliran adik-adik beraya rumah mak mertua masing-masing.Sementara semua ada ni untuk buka puasa saya masak nasi daun pisang ala-ala BananaBistro.
Lepas zohor terus masuk dapur.Saya masak kari ikan merah,sambal udang,sotong celup tepung,ayam masala,terung&peria tempura,kuah dhal,kubis goreng mamak style,raita timun.Daun pisang ambil belakang rumah mak.
Nak suasana kampung makan bersila punya pasal terpaksa ajak semua orang makan bersila dekat dapur bawah.Nasib baik Ayah nak ikut,ayah sejak sakit dia dah tak nak turun dapur bawah,time makan semua kena makan di meja makan dapur atas.Kalau ada yang tak ikut cakap ayah nanti dia merajuk tak nak makan😓
Bukan apa kalau tak habis nanti duk ulang keluar masuk peti ais tambah pula dah nak raya time tu memang tak pandang dah lauk bulan puasa.
Wah menarik!
ReplyDeleteRajinnya masak macam-macam lauk.
ReplyDeleteItulah jenuh simpan semula dalam peti sejuk tidak habis-habis.
Sonok makan nasi alas daun pisang , makan pulak ramai2 tambah meriah. kalau dapat daun pisang free, berbaloi. Kalau nk kena beli, terasa jugak duit keluar. Kena pulak kalau daun jenis xelok, koyak
ReplyDeleteBestnya nasi daun pisang...
ReplyDeleteLauk sedap, makan beramai2 pulak tu. Mesti teringat2 adik2 Afzan dgn nasi daun pisang nanti hehe
ReplyDeletesedapnya..tambah sedap makan ramai2 mcm ni kan...alhamdulillah
ReplyDeleteRajin, Afzan. Banyak lauk tu, Afzan masak. Sedapnya!
ReplyDeleteBagus tu... masak cukup-cukup saja, tak membazir. Yang penting sedap sampai teringat-ingat!
ReplyDeleteOkeh! Papadom ada! Lengkap!
ReplyDeleteMasak cukup-cukup tu yang best. Tak membazir pun ia. Lama tak makan beralaskan daun pisang. Nak2 kalau semua family members Ada... Memang seronok sangat. Kan?
ReplyDeleteSelamat hari raya MAAF Zahir dan batin untuk Afzan sekeluarga.
Hahahahahah tak bisa Tambo yaaa 🤣. Tp bagus macam nih, secukupnya. Tak mubazir, tak payah panaskan ulang yg mana sbnarnya itu tak bagus. Beberapa makanan sebaiknya tak dipanaskan ulang. Saya pun LBH memilih begini. Sekali makan habis. 😄
ReplyDeleteRajinnya. Bagus. Tak payah cuci pinggan dah.
ReplyDeletejenuh nak cari di mana daun pisang tu kalau nk buat di sini... hihihi.. seronoknye kan mkn dgn daun pisang, bersila ramai2.. :D
ReplyDeleteAmboi, sekali dia flex skill memasak, terus boleh lawan Bananabro ye 😁
ReplyDeleteKat sini daun pisang pun takde stok, puas juga mencari smlm utk buat lapik nasi impit & rendang...
Hahahah.. sabar ajelah, dahlah masak sedap, tapi dia bagi ngam² macam makan kat kedai.. hahahha. Tapi, terror nya Afzan masak semua tu!
ReplyDeletebestnya kak tapi kejam kakaknya la masak sikit sgt heheheh
ReplyDeleteperhhhhhh! bukan besher-besher ni nasi daun pisang terus! sama lah mcm Abah Ana pun taknak mkn duduk bawah dah sbb susah Abah Athma (ssh nak tunduk-tunduk) hehehe
ReplyDeletemeriah makan nasi alas daun pisang tu..dpt plak mkn ramai2
ReplyDeleteWangi makan tu aroma dari daun pisang.
ReplyDeleteWah bestnya . Makan ramai-ramai macam ni . Makan sambil bersila , makan berpinggankan daun pisang terus teringat kampung .
ReplyDeleteIni sgt best!
ReplyDeletemkn bertambah2 pun tak sedar
hahaha
raya haji nanti kompem repeat lagi ni ;-)
ReplyDeleteBest jugak konsep BananaBistro di rumah. Biasa orang buat shellout kan. Eloklah tu masak cukup cukup dari membazir kan. Nanti mesti ada orang request lagi sebab sedap. Bila dah berkumpul ramai ramai ni memang akan masak yang special sikit.
ReplyDeleteKene buat jugaklah menu nasi daun pisang ni. Seronok jugak kalau makan beramai2
ReplyDeleteAaaaa...sedapnya. nak jugak plisss.
ReplyDeleteP/s: baru berkesempatan nak berkunjung ke sini 🤭