Wednesday, January 24, 2024

WORDLESS WEDNESDAY~BERWAJAH BARU

 

Rasanya ni rabun sebab kerap sangat scroll Tiktok dari study ni

Friday, January 19, 2024

KEPUTUSAN MRSM PIA

Hari Rabu haritu duk tunggu pukul 8 malam nak tengok Buletin Utama Tuanku Agong dan Permaisuri baca berita.

Pukul 8 malam tadi duk tunggu MARA buka sistem semakan tawaran MRSM tingkatan 1&4,jantung saya rasa macam nak tercabut keluar dari badan punya la aktif macam baru lepas balik joging 30km,Pia pula dah menggigil badan punya la takut..cuma waled yang masih boleh bertenang sambil nyanyi lagu tenang ribut jiwa.Lepas beberapa kali tekan button refresh baru la dapat tembusi link semakan.

Dengan lafaz bismillah dan la haula wala quwwata illa billahil aliyil adzim akhirnya 

Alhamdulillah syukur...maka berjujuran la airmata kami 3 beranak,waled yang acah-acah tenang tadi dia pula yang paling kuat menangis........

Pia dapat MRSM Kuantan dalam permohonan pilihan pertama.Tak jauh dari rumah kami cuma 30 minit dah sampai.Saya rasa waled paling kuat menangis sebab terlalu happy anak tak jauh dengan dia masih dalam Kuantan.

2hari sebelum ni Pia balik sekolah menangis teruk sampai sakit kepala sebab keputusan UASA akhir tahun dia cuma dapat 8A 1B Math,kecewa sangat dia killer subject dapat B.Puas la nak tenangkan dia mungkin Allah nak bagi rezeki yang lagi baik.Alhamdulillah semalam Pia dah tersenyum lebar dengan keputusan ni.

Terima kasih pada Ibu Wafi Kak Faiz kerana bersusah payah contact saya untuk kenalkan dengan group Tuan Hashim.Terima kasih uncle aunty yang sentiasa doakan untuk Pia.Allah dah makbulkan doa-doa kita semua.

Moga Pia semakin cemerlang di MRSM nanti.



Saturday, January 13, 2024

ROTI NAN CHEESE KASSIM BABA

 Alhamdulillah semalam Pia dah selesai UASA.Hampir 1tahun bertungkus lumus dengan pelbagai peperiksaan yang bersambung-sambung,maka semalam berakhirlah pengajian untuk sekolah rendah.Walaupun anak yang ambil ujian tapi makpak yang terlebih nervous.

Moga Pia dapat bawa sijil uasa yang cemerlang ke sekolah menengah nanti.Sebenarnya debaran belum berakhir,hari Khamis nanti 18hb Januari akan diumumkan keputusan permohonan MRSM.Sekali lagi makpak dia tak senang duduk.Mulut dan hati ni sentiasa berdoa agar Pia berjaya mendapat tempat di MRSM dalam pengambilan pertama.

Peminat roti nan cheese,memang dia akan minta datang Restoran Kassim Baba je tiap kali teringin.Budak-budak dengan cheese memang tak dapat dipisahkan,kalau boleh semua makanan nak letak cheese.Kita makpak ni dah kurang minat,setakat makan roti nan biasa tu boleh.

Dia punya siap boleh tarik ye..Cicah dengan kari kambing dan ayam tandori.

Selain roti nan ada juga menu lain,tapi kami belum pernah cuba.Datang sini je Pia memang akan order all time favourite dish roti nan+kari kambing.Roti nan dia memang sedap,service cepat walaupun dalam kedai penuh dengan customer.


Friday, January 12, 2024

BER STEAMBOAT & BER GRILL DI RUMAH

Last weekend Pia tak nak keluar makan malam.Dia nak study,hari Isnin dia dah start exam uasa.Tapi katanya dia teringin nak makan steamboat.Maka gigih la umi selongkar stor cari electric hotpot.Dah lama sangat tak guna,nasib baik juga Pia teringin steamboat boleh la guna periuk tu,umi pun risau kena hisab beli barang tapi simpan๐Ÿ˜…

Dah siap cuci terus got ready prepared segala bahan.Hari Sabtu peti ais masih kosong,so tak ada la lauk pauk.Kita ber steamboat dengan apa yang ada je lah

Ada daging slice untuk sandwich,beberapa ketul ayam pandan,fishball dan kawan-kawannya.Sayur cuma ada sawi dan cendawan.
Elok juga makan di rumah tak perlu nak bersiap untuk keluar.Boleh berkain pelikat dan berkain batik je.Boleh makan santai-santai tak perlu kejar masa.
Tolak meja makan ke tepi,jom kita makan bersila di lantai.

Alhamdulillah kenyang juga macam makan buffet plk.


Giveaway Sampul Raya Rare 2024

Dapat jemputan dari Permaisuri Cuya Kerajaan Kelapa ๐Ÿ˜‚
Maka sebagai rakyat jelata yang setia patik menurut perintah Tuanku Permaisuri.Hahaha

Jom join klik banner ni....


Bukan calang-calang jemputan ni,jom la kita sama-sama memeriahkan suasana Kerajaan Kelapa!

Mana tau dapat hadiah sampul duit raya boleh la kita selitkan sikit duit raya untuk DakCuya si Permaisuri tu๐Ÿ˜…





 

Wednesday, January 10, 2024

WORDLESS WEDNESDAY~MIANGKAM

 Ada yang pernah makan miangkam?Ada yang suka?Ni fav saya hehe

Ada yang tak kenal miangkam?Miangkam ni makanan berasal dari Thailand.Bahan-bahan yang ada dalam miangkam bahan utama daun kadok,bawang merah,cili api,ikan bilis goreng,udang geragau,kelapa bakar,kacang tanah,limau purut&halia.

Rasa dia sedap gilooo tau.Seriously!Yang buat sedap sos dia tu.Saya tak pernah buat sendiri pun,cuma pernah tanya penjual ni dia bagitau ada gula melaka,kelapa bakar,kacang tanah,udang kering.

Bila kita kunyah kan ada gabungan rasa lemak,masam,manis,pedas.Makannya ala-ala makan sireh.Memang sedap.Sedak dooh!

Makan berdua je dengan mak.Orang lain tak minat&taknak cuba.


Friday, January 05, 2024

MAKAN DI RESTORAN TERAPUNG SEAFOOD BUJANG FIREFLY

 Restoran Terapung Seafood Bujang Firefly ni di Bandar Penawar.Lepas dah solat jamak&rehat di hotel balik dari waterpark tu masing-masing terbungkang tidur.Sedar-sedar dah pukul 6 petang,waled cakap nak keluar dinner lepas maghrib,tapi saya cakap kalau keluar malam tak dapat la nak tengok pemandangan hutan paya bakau sebab restoran yang saya pilih ni tempat dia cantik.Pukul 6.30 gerak dari hotel,hari pun dah nak gelap.Lebih kurang 3km dari jalan besar nak sampai ke restoran ni.Sekali lagi kami gelabah,maps bawa masuk jalan gelap&dikelilingi dengan ladang kelapa sawit.





Suka la tempat ni,suasana dia tu lain.Pemandangan hutan paya bakau yang tersusun cantik.

Kami sampai tu orang belum ramai tapi tetap kena beratur,dekat tengah laluan jambatan ke titi tu ada pekerja yang ambil order.Lepas siap order kena tunggu pekerja bahagian dalam pula panggil samaada dah boleh masuk atau belum&dia akan tunjuk meja.Kami dapat meja atas bot,tapi dah taknampak pemandangan sekeliling hari dah gelap.

Ada macam-macam jenis seafood yang kita boleh pilih.Ada belangkas,ada lobster juga.Saya order siput gonggong,ni pertama kali saya makan,Pia dengan waled tak nak cuba dapat la saya makan semuanya siput tu.Order nasi putih tomyam thai seafood,sotong goreng tepung,lokan bakar,telur bungkus,teh o ais 3.Total harga makanan RM120.




Restoran ni ada juga perkhidmatan naik bot besar untuk yang nak tengok firefly.


Kalau la dekat saya confirm repeat datang sini.Berbaloi dinner di sini sebab seafood fresh dengan harga murah.Makanan sedap dan suasana cantik.Complete.
Cuma jalan masuk agak seram tapi takpe 'jangan pandang belakang' jalan terus akan jumpa hidden gems.

Sebelum balik boleh bagi ikan talapia makan.Makanan ada disediakan,
tapi kena beli.












Thursday, January 04, 2024

ADVENTURE WATERPARK DESARU COAST

 Perjalanan dari JB ke Desaru ambil masa 1 jam lebih.Sepanjang perjalanan cuaca sangat terang,saya dah berapa hari duk risau kalau hujan lebat.Sampai Desaru dalam pukul 9.45 pagi tapi duk pusing-pusing cari jalan masuk,maps hantar ntah mana-mana tersesat masuk jalan belakang waterpark dalam ladang kelapa sawit.

Sampai je terus pergi beratur nak claim ticket.Tiket saya dah siap-siap beli online.Tapi ambil masa juga beratur,terlalu ramai orang.Dah dapat ticket masuk duk pusing-pusing pula cari locker nak sewa untuk letak barang.Habis masa macam tu je,muncung la DakPia lambat dapat main air.


Adventure waterpark ni pun best juga permainan air dia extrem.Tapi sayang tak boleh bawa phone masa nak main tu kena letak tempat khas,dah siap main satu-satu game baru pergi ambil,mulanya risau kot nak tinggal macam tu phone tapi dah tak boleh bawa terpaksa juga la.Tak boleh la nak ambik gambar&video masa main tu,kalau bawa phone agaknya tercampak phone mau lagi kuat menjerit.


sumber Google

Semua permainan kami dapat merasa walau beratur panjang.Cuma saya nak repeat berkali-kali tu tak la.Tak sanggup saya ni dah la penakut campur dengan dah tua rasa macam nak tercabut jantung.

Ni pun kena paksa dengan waled,kalau ikutkan saya nak lepak cafe je.Tapi waled cakap kesian dekat anak tak enjoy tak ada umi.Padahal Pia tu bila dah jumpa air dia dah tak kisah makpak dekat mana.


Ni baru turun dari slide belakang tu menjerit macam nak keluar anak tekak.


Mana-mana tempat waterpark pun memang tak dibenarkan bawa makanan luar kan,ni saje-saje makan berhenti rehat jap nuggets tu sebekas coet tu RM10 ada 5ketul.

Hajat lepas keluar dari waterpark pukul 4 petang nak pergi makan asam pedas Tanjung Belungkor.Tapi tak kesampaian waled dah penat nak cepat-cepat check in hotel.Singgah family mart je lah tapaw makanan.


Gambar pun tak banyak nak simpan buat kenangan..Ini ajelah yang ada pun.
Takpe lah yang penting DakPia betul-betul enjoy siap dah ajak nak pergi Splash Mania pula.
Tunggu la dulu umiwaled balik menoreh dulu ye..