Thursday, June 15, 2023

CARI ETOK DI SG.PAHANG

 Cerita throwback masa cuti sekolah awal bulan haritu.Ramai yang balik berkumpul dekat rumah Tok Chini,time ramai-ramai ni Maklang bagi idea ajak budak-budak ni cari etok.Suka la anak-anak boleh main air.Pengalaman baru untuk Pia dan juga saya first time ni,waled cakap dia orang kampung dah biasa 'berkubang' cari etok dari kecil lagi.

Subuh sapi'e saya dah siap masak nasi putih dengan ayam masak kicap nak bawa bekal nasi bungkus,Risau anak lapar tengah-tengah cari etok nanti mana nak cekau nasi bukannya ada kedai dekat situ.Saya bersiap je seadanya bekal ala-ala nak pergi berkelah kononya.

Maklang pesan kena bangun awal,lepas subuh dah nak bertolak kalau lambat-lambat nanti cuaca panas.Pukul 7pagi masing-masing dah terpacak tepi sungai tunggu giliran nak naik sampan seberang sungai.


Sungai Pahang ni kalau air surut,paras air paras buku lali je,boleh seberang sungai jalan kaki tapi tempat yang kami nak tuju ni ada laluan yang airnya dalam kena juga naik sampan.Naik sampan tak sampai seminit pun dah sampai tengah sungai.

Budak-budak ni sampai je terus masuk dalam sungai teruja betul dapat mandi sungai sambil-sambil cari etok.Maklang cakap musim panas ni air sungai surut dah macam pesta orang cari etok,biasa waktu petang memang ramai orang datang.


Tapi saya tak turun dalam sungai cuma duduk tepi-tepi ambil gambar diaorang.Saya macam ada satu perasaan fobia air.Duk terfikir benda yang menakutkan.Pia duk panggil-panggil saya join dia,tapi saya tak bagitau la diaorang apa yang saya rasa ni.Nauzubillah....

Tengok diaorang semua seronok,peluang dan pengalaman yang tak semua orang boleh rasa.Walaupun air tak dalam tapi hati saya sentiasa dupdap-dupdap😁

Tak sampai 10minit masing-masing dah mengadu lapar,sarap nasi bungkus umi dulu nanti sambung lagi cari etok.Geng-geng laki kemain bersila makan nasi dalam air,nak ambil suasana katanya.Kawasan berpasir ni betul-betul di tengah-tengah Sungai Pahang ye,mana la mak kau tak overthinking nak...





Separuh hari berjemur panas hasilnya 

Orang kampung waled panggil Kijing,saya pun tak tau nama sebenarnya apa.Pertama kali juga saya tengok kijing

Habis la korang balik kena marah dengan ibu masing-masing,jenuh nak basuh baju berlumpur berpasir semua ni

Etok pun banyak dapat,yang ni biasa tengok.Balik tu saya rendam dengan air garam setengah hari.Petangnya masak goreng berlado letak serai banyak-banyak.Sedap meratah isi besar-besar juga

Kijing ni Tok Chini ajar kena rebus buang air,buang lumpur dalam isi perut dia,jenuh basuh satu-satu.lepas tu hiris halus-halus masak rendang atau masak sambal tumis.Isi kijing liat sebab tu kena hiris halus.Kalau salah masak mau kena cirit birit ni.Tapi kami haritu alhamdulillah semuanya elok perut,sebelum masak banyak kali juga basuh.

Orang yang paling happy tentu la dia kalah anaknya.Baju tu tak ada nak basuh-basuh dah terus buang tak rajin la menyentalnya dah la pakai baju putih kononya tak nak serap haba panas.





21 comments:

  1. First time dgr etok..adik badik mcm kerang ye.. wah sg pahang pun bole surut.byk ye airnya..tp klu air pasang mmg seriau kan -kak ret-

    ReplyDelete
  2. Wah…pengalaman menarik ni Afzan 😃
    Memang susahlah nak basuh baju berselut gitu kan.

    Pertama kali tau kijing. Besar ya saiznya. Sekali pandang macam kupang, tapi memang berbeza saiz dan rupa.

    ReplyDelete
  3. Banyak betul dapat kijing dan etok.
    Hehe kalau sayapun tengok sahaja.

    ReplyDelete
  4. Itu bukan penutup kipas tu ke? Guna buat cari etok. 😁 Seronok Afzan, aktiviti macam ni. Lain kali mesti rasa nak pergi cari lagi.

    ReplyDelete
  5. wah seronoknya... MA pun x pernah wat aktiviti mcm ni.. best tu.

    ReplyDelete
  6. wahhh seronoknya main air sambil cari etok, kak ana tak pernah lagi try makan ni tak jumpa lagi kat sini afzan :)

    ReplyDelete
  7. bestnya kak oi... banyak jugak hasilnya tu kak oi, besar-besar jugak etoknya tu, kalau dana pun seronok dpt bt akviti gitu biarla berselut pun janji hati gembira

    ReplyDelete
  8. wahh besar2 nya etok. kijing pon besar2. memang seronok la ni, sambil cari sambil mandi. bestnya. ni kalau kat kg dah cari sekali ni, musim dia la skrg tengah2 musim panas sungai tohor

    ReplyDelete
  9. etok fav..lama tk mkn,,bila blk klate mesti bli..kijing 1st time dgr

    ReplyDelete
  10. Wah mahal pengalaman ni ..
    PH tak reti nak kopek etok, hence tak reti makan huhu...hari tu pergi Bachok ada la singgah beli yg dah siap masak tu. Ingatkan macam kerang, senang dibuka cengkerangnya...ini sampai sudah dok kopek tak berjaya 😆

    ReplyDelete
  11. Bukan semua orang pandai makan etok ni...

    ReplyDelete
  12. Saya pernah sekali je makan etok masa berkunjung ke Kelantan satu masa dulu. Terkial2 nak kopek hehe. Sedap tapi lepas tu taknak dah sebab susah nak kopek.

    ReplyDelete
  13. Uishhh... Sg Pahang tu... besar betul!
    Pertama kali tengok etok, biasa dengar je orang Kelantan makan sebagai snack.
    Akak ada pengalaman kutip kepah masa kecik dulu... sekali je lah bila berkunjung ke rumah bapa saudara.

    ReplyDelete
  14. Belum pernah jumpa atau makan etok.
    Kalu kijing tu waktu kecik-kecik dulu selalu makan.

    ReplyDelete
  15. besar besar saiznya...masa turun cari etok ni di tengah bulan hijrah ya? kalau ya no wonder banyak hasilnya...

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. tengok jeti tu terus buat sy teringat filem mat kilau heheheh betul tak?

    ReplyDelete
  18. sama la. ciknur dah berusia ni fobia lak tgk air sg ke laut mcm2 duk byngkan he hee

    ReplyDelete
  19. Kat sungai tempat wak ni pun banyak etok dan kepah air tawar.
    Tapi orang2 sini tak cari pun sebab tak tahu nak makan.
    Biasanya orang dari kelantan atau kampucia yang cari.

    ReplyDelete
  20. wahhh... lumayan hasilnya ya... masak mcm mana sedap etok tu??

    ReplyDelete
  21. Bestnya cari etok2...x pernah experienced lagi..kijing tu pernah makan...cuma dah lupa rasanya

    ReplyDelete

Terima kasih singgah komen..