Wednesday, June 28, 2023

WORDLESS WEDNESDAY~DAH SAMPAI KAMPUNG KE TU?


Hari ni ramai yang balik kampung kan..Hati-hati ye di jalan raya.Moga selamat sampai dan selamat pulang nanti.

Salam Aidiladha buat semua.Maaf zahir dan batin dari saya sekeluarga.

Amber tu konon jauh sangat nak balik raya,kampung kita dekat je lah tak sempat nak lelap mata dah sampai.


Thursday, June 15, 2023

CARI ETOK DI SG.PAHANG

 Cerita throwback masa cuti sekolah awal bulan haritu.Ramai yang balik berkumpul dekat rumah Tok Chini,time ramai-ramai ni Maklang bagi idea ajak budak-budak ni cari etok.Suka la anak-anak boleh main air.Pengalaman baru untuk Pia dan juga saya first time ni,waled cakap dia orang kampung dah biasa 'berkubang' cari etok dari kecil lagi.

Subuh sapi'e saya dah siap masak nasi putih dengan ayam masak kicap nak bawa bekal nasi bungkus,Risau anak lapar tengah-tengah cari etok nanti mana nak cekau nasi bukannya ada kedai dekat situ.Saya bersiap je seadanya bekal ala-ala nak pergi berkelah kononya.

Maklang pesan kena bangun awal,lepas subuh dah nak bertolak kalau lambat-lambat nanti cuaca panas.Pukul 7pagi masing-masing dah terpacak tepi sungai tunggu giliran nak naik sampan seberang sungai.


Sungai Pahang ni kalau air surut,paras air paras buku lali je,boleh seberang sungai jalan kaki tapi tempat yang kami nak tuju ni ada laluan yang airnya dalam kena juga naik sampan.Naik sampan tak sampai seminit pun dah sampai tengah sungai.

Budak-budak ni sampai je terus masuk dalam sungai teruja betul dapat mandi sungai sambil-sambil cari etok.Maklang cakap musim panas ni air sungai surut dah macam pesta orang cari etok,biasa waktu petang memang ramai orang datang.


Tapi saya tak turun dalam sungai cuma duduk tepi-tepi ambil gambar diaorang.Saya macam ada satu perasaan fobia air.Duk terfikir benda yang menakutkan.Pia duk panggil-panggil saya join dia,tapi saya tak bagitau la diaorang apa yang saya rasa ni.Nauzubillah....

Tengok diaorang semua seronok,peluang dan pengalaman yang tak semua orang boleh rasa.Walaupun air tak dalam tapi hati saya sentiasa dupdap-dupdap😁

Tak sampai 10minit masing-masing dah mengadu lapar,sarap nasi bungkus umi dulu nanti sambung lagi cari etok.Geng-geng laki kemain bersila makan nasi dalam air,nak ambil suasana katanya.Kawasan berpasir ni betul-betul di tengah-tengah Sungai Pahang ye,mana la mak kau tak overthinking nak...





Separuh hari berjemur panas hasilnya 

Orang kampung waled panggil Kijing,saya pun tak tau nama sebenarnya apa.Pertama kali juga saya tengok kijing

Habis la korang balik kena marah dengan ibu masing-masing,jenuh nak basuh baju berlumpur berpasir semua ni

Etok pun banyak dapat,yang ni biasa tengok.Balik tu saya rendam dengan air garam setengah hari.Petangnya masak goreng berlado letak serai banyak-banyak.Sedap meratah isi besar-besar juga

Kijing ni Tok Chini ajar kena rebus buang air,buang lumpur dalam isi perut dia,jenuh basuh satu-satu.lepas tu hiris halus-halus masak rendang atau masak sambal tumis.Isi kijing liat sebab tu kena hiris halus.Kalau salah masak mau kena cirit birit ni.Tapi kami haritu alhamdulillah semuanya elok perut,sebelum masak banyak kali juga basuh.

Orang yang paling happy tentu la dia kalah anaknya.Baju tu tak ada nak basuh-basuh dah terus buang tak rajin la menyentalnya dah la pakai baju putih kononya tak nak serap haba panas.





Wednesday, June 07, 2023

Happy Anniversary Untuk Kami

 Tak ada apa yang fancy pun anniversary tahun ni hanya keluar makan-makan berdua.Saja je la buat kenang-kenangan.

Mohon Allah panjangkan jodoh kami sampai syurga dan pelihara keluarga kecil kami&dan dijauhkan dari segala yang buruk-buruk.

Tarikh akad nikahnya 0506 dan 0606 majlis bertandang.Tapi kami keluar makan hari Jumaat lepas tak ada kena mengena dengan tarikh anniversary pun,balik dari kerja terus singgah makan.Tak sambut anniversary pun kena singgah makan juga kan.Dah tinggal berdua memang malas nak masak.Pia cuti sekolah suka duduk rumah Tok Chini ada ramai kawan.

Nak mengimbau kenangan lama,kami sebenarnya satu Uni.Waled ni senior saya.Kawan sebilik waled dulu kawan sekelas saya.Kawan dia la yang selalu jadi posmen sampaikan salam pada saya.Tapi saya jual mahal kononnya tak layan langsung,tak ada la nak kirim salam balik😎

Sampai la dah habis belajar kami tak pernah jumpa pun.Masing-masing bawa haluan sendiri dan saya hampir terlupa pasal dia.Tapi waled kata dia tetap ingat saya.Entah ye ntah tidak la tu.

Direzekikan masing-masing dapat kerja awal lepas grad,Waled lapor diri di Putrajaya dan saya di Kuantan.Nak dijadikan jodoh agaknya kebetulan waled datang audit di tempat kerja saya.Dari situ la bertentang mata 'eh macam kenal'.

Bermula lepas audit tu cuma berkawan biasa,2 tahun selepas tu dia lamar saya untuk jadi isteri dia pun saya masih ragu-ragu.Saya banyak mengelak dari jumpa dia.Bukan apa,saya tak yakin untuk jadi seorang isteri,rasa diri belum cukup sempurna.Tapi kalau dah jodoh semuanya dipermudahkan,sampaikan saya rasa tak ada persediaan apa pun untuk majlis kahwin tup-tup semuanya dah selesai akad nikah.
Di awal perkahwinan kami masih berjauhan dia di Putrajaya dan saya masih di Kuantan.2 tahun pertama memang mencabar asal weekend jer duk ulang alik Putrajaya-Kuantan.Tak pun saya yg akan ke sana naik bas.
2011 barulah kami dapat tinggal bersama&dikurniakan Puteri tunggal penyejuk mata penawar hati.

Throwback gambar zaman awal perkahwinan sikit😁
Semoga hubungan ini sebagai suami isteri kekal hingga ke Jannah.







Friday, June 02, 2023

Tanah Aina Fareena Cafe

 Aduhai makin menjadi-jadi ni timbul hari jumaat je,hari lain tenggelam nasib tak lemas.Nak cerita ad-hoc activity not planned minggu lepas.

Pantang cuti sekolah nak berjalan aje la anakdara sorang tu.Pagi Sabtu lepas waled cakap siap-siap jom kita pergi makan dekat Tanah Aina Cafe di Bentong.

Siapa pernah pergi sini?Saya belum pernah datang,ini pertama kali jejak kaki.Waled dah pernah sampai dengan geng pejabat.

Kalau ada yang dari KL menuju ke Pantai Timur wajib singgah sini.Lokasi cafe betul-betul tepi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.Sebelum hentian sebelah Lentang,tak perlu exit highway.

Mula sampai saya dah terpegun dikelilingi kehijauan dan bunyi deru air sungai.Segar mata.Siapa sangka tepi lebuhraya LPT1 sebenarnya ada sebuah cafe yang sangat-sangat cantik.Suasana yang nyaman sangat tenang..walaupun terletak tepi lebuhraya tapi tak dengar langsung bunyi bising kereta. 

Ada laluan rahsia bridge under the bridge,laluan bridge yang sangat mendamaikan dengan aliran anak sungai sejuk mata memandang.Saya memang teruja sungguh la.


Subhanallah cantiknya sekeliling kawasan cafe ni dengan landskap yang menarik,hiasan dalaman juga sangat cantik.Siap ada buai cantik dalam air.Bunyi air sungai mengalir di celahan batu dan bunyi cengkerik hutan memeriahkan suasana.

Makan pula dalam suasana rimba.Harga makanan agak pricey tapi berbaloi dengan big portion.Kira berpatutan la bayar sekali dengan suasana dan keselesaan.Sesuai la dengan konsep yang tak di offer di mana-mana under premium category.Layanan pun terbaik.Sesampainya di cafe terus disambut pekerja cafe yang sangat ramah.
Makan-makan sambil layan view.Vibe sungai tu yang best.Sambil makan ditemani bunyi air mengalir yang menjadi halwa telinga.Tenang rasa.
Banyak pilihan makanan dan rasa makanan pun sedap.Kita boleh pilih nak size small,medium atau large.Untuk keluarga kecil macam kami ni pilih small size pun umpama dapat large 
size kalau dikedai lain yang biasa kami makan. 

Tepi cafe ada sungai,belakang cafe ada sungai yang boleh mandi.Air sungai sangat jernih boleh nampak pasir-pasir halus.Tak risau nak lepas anak-anak main air.Ada banyak bilik air untuk salin pakaian.Bilik air pun dah macam hotel.Toilet macam Bali style.Sayangnya saya boleh lupa nak ambil gambar.



Awak yang tengah intai durian tu...ada rezeki kita kita repeat datang sini lagi ye😜

Guys shud try datang sini ok! Tanah Aina Fareena Cafe&Restaurant.
Sebelah kiri highway KL-Temerloh.
Fully recommended.