Monday, February 27, 2023

PANIPURI/GOLGAPPA BY MAYAH RUBEL HASAN DARI PERAK

 
Panipuri dia round 1 Malaysia.Semalam Ahad giliran orang Kuantan dapat merasa.Punya la lama nak tunggu dari tahun lepas sanggup tak beli lain padahal panipuri dah ramai yang jual dekat pasar malam pun ada tapi nak juga tunggu panipuri dia datang Kuantan.

So semalam dalam group panipuri Kuantan decide tunggu Mayah di Dataran MBK,diaorang duk tunggu situ dari Mayah bagitau dia dah sampai Temerloh lagi 2jam nak sampai Kuantan.Sanggup semuanya.Saya leha-leha sempat ke mall dulu cari kasut sekolah Pia tapaw sushi untuk diaorang berdua dah boleh agak diaorang bukan nak rasa makanan yang tak pernah makan ni.Saya sampai situ tengok diaorang dah beratur,Mayah pun belum sampai.Masing-masing tak lepas peluang termasuklah saya turut beratur berjemaah😂
1set RM15 ada puri 12biji,inti,air asam dan yogurt.Saya beli 3set je tapi beratur 1 jam.Tengok orang lain borong sampai 20set.Masa buka bungkusan tu ada bau rempah semerbak baunya,saya memang suka sangat dengan bau rempah macam ni.Katanya semuanya dia buat sendiri dari rempah chat masala ada 16 jenis rempah.Puri pun homemade pernah tengok videonya di facebook.
Biasa saya tengok ada yang jual tu ada air pudina tapi yang Mayah punya ni dia tak ada air pudina.Ada juga yang letak maruku tapi yang ini inti dia ada rasa kentang,kacang dhal,rasa ketumbar,cili,bawang ada rasa rempah-rempah sedap.Air asam dia pekat dan banyak bahan dalam tu.Tu yang buat bila makan rasa ketagih.Ada rasa masam,manis,rempah cukup rasa complete.
Ada pula ulam daun pudina add on dalam panipuri sedap giler bergabung dengan air asam,tergigit cili api,rasa daun ketumbar,limau nipis memang mantap la.Sekali makan rasa macam ada dekat India,Industan,Pakistan Delhi biarlah tak pernah sampai sana pun.InsyaAllah yang ini kebersihan terjaga.Kalau tengok Youtube street food India boleh hilang nafsu😎
Yogurt dia pun homemade ada rasa herb,creamy dan pekat masam.
Kalau ada yang teringin boleh cuba tengok facebook Mayah Rubel Hasan mana tau kena dengan tarikh dia datang tempat sendiri.Kena wajib try harga murah tak padan dengan kesedapan panipuri tu.













21 comments:

  1. Ada rasa mcm nak cuba and yang ni nampak lagi menarik dari Panipuri Aini tengok dia kedai2 lain..

    ReplyDelete
  2. Yang ni nampak berbeza sikit berbanding yang akak pernah makan.
    Rajin dia ya round satu Malaysia buat delivery.

    ReplyDelete
  3. Amboi sanggup tunggu. Pernah juga makan pani puri tapi tiada air asam

    ReplyDelete
  4. Makanan ni LZ kenal sebab viral, sampai skrg tak pernah rasa.. Penangan sedap mungkin sebab itu ramai sanggup beratur panjang..

    ReplyDelete
  5. Baru sekali makan pani puri ni yang cikgu taska buat. Ok sedap. Memang boleh buat ketagih.

    ReplyDelete
  6. Dekat Brickfield ni ada ramai indian yang jual..SA selalu tengok ..selalu beli bila tanya cara dia buat apa segala..tgok dia serve pun bersih siap pakai sarung tangan plastik tu kan..sedap..cuma x rasa lagi yang letak yogurt

    ReplyDelete
  7. panipuri ni tau lepas tgk cerita Laal. tapi smpai skrg tak pernah cuba, sebab tak pernah jumpa orang jual dan tak mencari

    ReplyDelete
  8. Oo..makanan ini yang YouTube tu ye.. ermm.. bolih la kita cuba nanti kalau ketemu..

    ReplyDelete
  9. Belum pernah cuba panipuri ni... Tp dari gambar ni mmg nampak sedap bethol!

    ReplyDelete
  10. Yang tengah tengok ni pun dah terliur hah

    ReplyDelete
  11. tudia beratur dkt 1 jam hehe.. sy blm berkesempatan merasa hehe

    ReplyDelete
  12. Sedapnyaaa...suka..
    suka...sedap kan Afzan

    ReplyDelete
  13. Tak pernah try. Macam paitee kat TCRS tu ke?

    ReplyDelete
  14. mana nak cari kat sini adoiiii laparrr

    ReplyDelete
  15. Sana sini orang jual panipuri ini.. Teringin juga nak cuba tapi tak berapa nak berani lagi.. hehehe..

    ReplyDelete
  16. Eh, kawan akak pun ada cerita pasal panipuri ni. Akak tak pernah cuba. Dari penerangan Afzan, memang jelas nampak kesedapannya! :D

    ReplyDelete

Terima kasih singgah komen..