Friday, February 24, 2023

ME TIME

 


Sepagi dengan mak ayah.Alhamdulillah Pakcik Sidi nampak makin sihat,makan dah ada selera berjalan pun dah laju.Moga sentiasa sihat tenang-tenang.Sekali sekala keluar me time dengan mak ayah ni rasa best sangat.Inilah memori yang akan dikenang nanti.

Sembang-sembang santai tak ada yang berat.Yang membebankan tu tolak ke ketepi mak ayah tak perlu nak fikir pasal anak,tak perlu nak fikir pasal pasangan anak,pasal tekanan kerja dia,pasal masalah rumah tangga dia.Tapi mak ayah ni selalu saja ada cara untuk buat anak dia bahagia.Macam-macam alasan untuk korbankan diri demi anaknya.Bagi apa saja dalam hidupnya untuk lihat kebahagian anak.

Tapi anaknya masih tega menyakiti,hargailah setiap saat yang ada dengan mereka.Bila dah tak ada nanti jangan menyesal sebab fitrah manusia yang ada depan mata buat tak kisah,bila dah tak ada baru nak menyesal.Peluang untuk berjumpa dengan mak ayah tidak kekal lama suatu hari peluang itu akan terhenti yang ada hanya flashback.

*****eh sorryyyyy saya tak marah awak saya marah dia😎

10 comments:

  1. betul tu, selagi ada peluang ni memang kena always be there, bahagiakan mereka...

    ReplyDelete
  2. Betul hargai detik-detik bersama. Sayapun akan kenang walaupun duduk satu rumah dengan ibubapa.

    ReplyDelete
  3. Cuya pon tengah enjoy diri selalu dibebel ibu...nnti Cuya tak merasa lagi, rindu lak kan

    ReplyDelete
  4. Wah,bagusnya Afzan...
    Hihihi...baru nak merajuk kena marah...nasib baik dah cakap marah dia...hihihi
    Kadang saya juga menjadi "awak",kadang jadi "dia"..kadang saya jadi ibu..hihihi

    ReplyDelete
  5. Semoga mak ayah Afzan sihat2 selalu.
    Priceless moment me time dengan mak ayah 🥰

    ReplyDelete
  6. Itu yang akak buat sekarnag...sentiasa dengan diorang dan rakam banyak- banyak moment untuk kenangan...

    ReplyDelete
  7. best kan kalau kluar macam ni, terasa masa zaman kecik-kecik dulu keluar makan dengan mak ayah

    ReplyDelete
  8. Entahlah.. Ramai yang tak nak menghargai mak ayah semasa mereka ada.. Bila dah tak ada, tak guna menyesal..

    ReplyDelete
  9. Moment yang berharga, dapat habiskan masa dengan kedua orang tua. :)

    ReplyDelete

Terima kasih singgah komen..