Tuesday, February 14, 2023

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN

 Bila Allah uji diberi bermacam macam nikmat dunia tiba-tiba Allah jentik sedikit dengan ujian kesihatan selama 3 minggu.Alhamdulillah sekarang Allah dah sembuhkan seperti sediakala.Terima kasih untuk sahabat-sahabat yang sentiasa bertanya khabar dan mendoakan.

Hari Sabtu lepas 11/1/2023 dapat menyantuni Pia terima anugerah.Thanks to Allah.Satu momen yang indah pasti akan menjadi kenangan untuk Pia suatu hari nanti.Rezeki Pia,umiwaled tak letak harapan yang tinggi sebab sebelum exam Pia demam teruk,macam tak percaya dapat rezeki yang tak disangka-sangka.Tahniah juga kepada anak-anak sahabat yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang sepanjang tahun 2022.


Masa Pia bawa balik surat jemputan hati dah berbunga-bunga tapi dalam fikiran duk betul ke ni,banyak kali juga tanya Pia betul ke dia dapat no.1 kot dia tertukar dengan keputusan pertengahan tahun hari tu pun dia no.1,maklum la slip keputusan hari Rabu esok baru dapat.
Sementara tunggu anak naik stage ambil anugerah umiwaled selfie muka baru baik demam.Majlis seawal 7.30pagi dan tamat pada pukul 11pagi,nasib baik sekejap je kalau tak mau demam semula nak tunggu habis majlis😁
Syukur terpilih juga Pia terima anugerah untuk tahun 2022.Walau kecil pencapaiannya tapi cukup membanggakan umiwaled.Moga kejayaan ini memberi semangat lagi untuk Pia berusaha mencapai kejayaan dalam hidup.Perjalanan masih jauh teruskan usaha.
Tahniah untuk anak tunggal umiwaled atas pencapaian dia anugerah terbaik akademik untuk kelas dan pencapaian terbaik untuk aliran.Cabaran untuk Pia tahun 6 nanti nak kena kekalkan momentum dalam masa yang sama tak nak Pia rasa stress dan terpaksa.
Saya bagitau Pia 'Ok sekarang Pia boleh minta apa saja yang Pia nak makan,umiwaled belanja makan tengahari' dia jawab 'can i eat maggi mee'
itu je yang dia nak maybe dah lama sangat teringin agaknya😫













22 comments:

  1. tahniah buat cik Pia, moga terus sukses dan cemerlang ya

    ReplyDelete
  2. hehehe.. dapat tak maggi mee tu?

    Tahniah, Pia, Umiwaled sekali, tahniah!

    ReplyDelete
  3. Tahniah Pia.
    Alhamdulillah sudah sembuh semula.

    ReplyDelete
  4. Tahniah Pia.
    Semoga terus cemerlang dunia dan akhirat.
    Alhamdulillah Afzan pun sudah sihat.
    Dalam banyak2 makanan boleh pulak Pia pilih mi Maggi.. untunglah umiwaled😅

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah…Tahniah Pia dan umiwaled 👏
    Bagus Pia tak ambik kesempatan mintak macam-macam, jujur je dia cuma nak makan megi 😄

    ReplyDelete
  6. Tahniah pada Pia, juga umi dan walednya. Alhamdulillah.
    Comei je dia, minta maggi jer. :)

    ReplyDelete
  7. Tahniah Pia, kak ana dah pencen bab sekolah lama dah afzan, dulu tiap tahun hadir untuk raikan anak-anak :)

    ReplyDelete
  8. wah...congrats pia!!! and to umi & waled nya jugak.
    moga terus cemerlang!!!

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah tahniah Pia sayang 💐💐💐
    Moga terus sukses di masa² akan datang 🤲

    ReplyDelete
  10. Tahniah Pia...bagus btul
    Pia ni..minta megi je ye

    ReplyDelete
  11. Wah...
    Tahniah Pia...
    Selamat menempuh alam remaja ke sekolah menengah pula bulan depan..
    Esok lastday jadi kanak-kanak sekolah rendah..Lepas ni dah remaja..Tak sambut Hari Kanak-kanak dah🤭

    ReplyDelete
  12. Wah...
    Tahniah Pia...
    Selamat menempuh alam remaja ke sekolah menengah pula bulan depan..
    Esok lastday jadi kanak-kanak sekolah rendah..Lepas ni dah remaja..Tak sambut Hari Kanak-kanak dah🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ops..sambungan...Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik dan mudahkan urusan Afzan...

      Delete
  13. wah, alhamdulillah! Tahniah Pia, dapat no. 1 & pencapaian akademik terbaik. Afzan kena share camane nak bagi anak rajin belajar. Mencabar betul nak suruh anak2 baca buku skrg ni.

    ReplyDelete
  14. Tahniah buat anakanda Pia dan juga umiwalednya

    ReplyDelete
  15. Tahniah Pia!
    Moga terus cemerlang dalam pelajaran, dan cemerlang dunia akhirat juga.

    ReplyDelete
  16. Tahniah Pia.. Semoga menjadi pelajar yang cemerlang sampai ke Universiti.. make your parents proud..InsyaAllah

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah tahniah Pia. tahniah jg buat umiwaled👍💪👍

    ReplyDelete

Terima kasih singgah komen..