Baik dari demam selera memuncak asik fikir makan je.Teringin nak makan pengat duk terbayang pengat lemak berkrim dan manis alangkah nyamannya tekak,teringin yang manis-manis sebab tekak masih lagi rasa payau.
Bahan nak buat pengat dah ada tapi badan tak larat nak bangun.2,3 hari ni makan pun beli bungkus je.Kesian dekat waled dan Pia,Jumaat lepas Waled tolong masak dia masak tomyam tapi Waled cakap ni orang tak demam pun boleh demam makan tomyam waled😂dah disuruhnya kita pula bangun modifie tomyam dia.
Baru semalam badan rasa ringan sikit masuk dapur nak masak lunch sesambil tu buat la pengat keledek campur keladi dan pisang tambah sagu biji boleh buat minum petang.
Dekat Kuantan ni hujan tak berhenti cuaca sejuk,pantang ada yang terpetik suiz kipas nanti kena jerit sejukkkkk.Mata rasa nak tidur saja.Bangun tidur lepas zohor dah boleh makan pengat panas-panas.
Feberett akak.ni
ReplyDeletepengat , gabung campur2 yummyy.
semoga pulih spti sediakala.ye.
Haa.. puaslah Afzan dapat makan pengat sebab tak ada yang minat. Eh, teringat, kita pun ada entri pengat belum post.
ReplyDeletewhoa...sedap ni layan pengat pisang + keledek panas2..kena plak kopi o ..dapnye
ReplyDeleteWah, nampak sedapnya pengat afzan buat tu. berwarna-warni :) hari sejuk makan pengat panas2 memang kena.
ReplyDeletesedapnya...saya suka pengat
ReplyDeletelama tk mkn pengat..sedap tu
ReplyDeleteSedapnya makan pengat. ;)
ReplyDeleteKat johor ni pun sama... hujan dan sejuk aje cuaca, perut pula asyik minta diisi
ReplyDeleteNampak sedap tu..nasib akak x makan pengat...ntah kenapa tekak x terima plak
ReplyDeleteadudu sedapnye pengat campur mcm ni
ReplyDeleteAduhhh.. menggoda betullah.. suka ada rasa masam2 manis pisang dan lemak2 keladi bila digabungkan.
ReplyDelete