Tuesday, January 31, 2023

COWAY SANITIZE RUMAH

 Ahad lepas minta staff Coway datang rumah untuk buat servis sanitize rumah.Memandangkan semua tak sihat termasuklah ayah saya yang berjangkit dengan kami bertiga.

Servis ni percuma je tak kira kita pengguna Coway atau bukan.Risau dengan keadaan ayah saya yang antibody memang dah tak kuat,tambah pula dengan virus yang tak nampak nak tengok ni duk berlegar-legar keliling kita.Kejap-kejap berjangkit sesama sendiri silih berganti.Jadi kita ambil ikhtiar dan pencegahan dengan sanitize rumah untuk matikan segala maknenek kuman,bakteria,virus yang ntah datang dari mana ni.

Coway guna kaedah dengan sembur asap tapi asap ni tak ada bau dan tak ada kesan melekit minyak.Tak perlu nak cuci pinggan mangkuk atau mop lantai.Staff Coway pun ada bagitau asap ni tak ada masalah pada orang dan selamat untuk persekitaran.
✅Mampu membunuh 99.99% bakteria dan kuman
✅Tiada alkohol
✅Tidak mudah terbakar
✅Selamat untuk semua peringkat umur

Tengok mak saya tu kemain lagi relax duduk dalam asap berkepul-kepul😂tu(serabut pula penyidai baju depan mata)

Kalau ada sesiapa yang teringin nak buat sanitize rumah dengan Coway boleh la contact agen yang terdekat rasanya semua negeri ada servis ni tapi tak pasti la nanti cuba la check sendiri ye.... 










Monday, January 30, 2023

Giveaway 23 Anniversary Ciknur and Husband

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Yang Ke-23 untuk sahabatku CikNur&Suami.
Semoga Allah sentiasa memberkati rumahtangga kalian berdua dan bahagia di bawah lindungan rahmat Allah.
Moga setiap ujian yang dilalui akan menguatkan lagi rasa kasih,cinta&sayang diantara kalian berdua.
💘
Pasangan bahagia idaman semua
Hidup aman damai seisi keluarga
Susah dan senang hidup bersama
Semoga kekal hingga ke syurga.





ANAK TEKAK TERINGIN PENGAT

 Baik dari demam selera memuncak asik fikir makan je.Teringin nak makan pengat duk terbayang pengat lemak berkrim dan manis alangkah nyamannya tekak,teringin yang manis-manis sebab tekak masih lagi rasa payau.

Bahan nak buat pengat dah ada tapi badan tak larat nak bangun.2,3 hari ni makan pun beli bungkus je.Kesian dekat waled dan Pia,Jumaat lepas Waled tolong masak dia masak tomyam tapi Waled cakap ni orang tak demam pun boleh demam makan tomyam waled😂dah disuruhnya kita pula bangun modifie tomyam dia.

Baru semalam badan rasa ringan sikit masuk dapur nak masak lunch sesambil tu buat la pengat keledek campur keladi dan pisang tambah sagu biji boleh buat minum petang.

Dekat Kuantan ni hujan tak berhenti cuaca sejuk,pantang ada yang terpetik suiz kipas nanti kena jerit sejukkkkk.Mata rasa nak tidur saja.Bangun tidur lepas zohor dah boleh makan pengat panas-panas.

Tukang masak amatur santan bertukar warna purple.Air rebus keledek tu saya dah buang,arrghh biar je lah janji lepas kempunan anak tekak.Lepas la makan semangkuk sorang.Lagipun Waled bukan suka sangat makan pengat Pia lagi la tak nak sentuh langsung.
Dapat pisang masam-masam tu sedapnya lahaiii...Rasa manis-manis keledek,kenyal-kenyal keladi dengan kuah yang lemak berkrim manis tu memang serasi bersama sungguh...








Friday, January 27, 2023

DEMAM SEMASA BERCUTI

 

Bila cuti lama blog pun turut menyepi.Apa khabar semua?Cukup seminggu tak buka blog banyak ketinggalan dah ni.Actually baru je sampai rumah semalam.Bercuti-cuti lah katakan....

Tapi demam sepanjang bercuti ni yang buat tak best.Rasa tak fun langsung percutian ni.Nak jadi cerita Jumaat lepas Waled dah demam,maybe sebab berjangkit dengan Pia.Suruh waled tidur cukup-cukup dan makan panadol nak bagi elok cepat.Mestilah nak bagi elok kan, nak pergi jalan-jalan.

Tapi saya pula tiba-tiba rasa macam sakit kepala.Badan pun dah rasa macam dedar-dedar. Arghhh, tak best la macam ni kan. Sampai-sampai je tempat kediaman dah rasa macam tak larat sungguh. Malam tu pula dah tak boleh nak tidur. Badan panas but at the same time rasa sejuk sangat.

Memang tak best langsung bila sakit-sakit macam ni.Mood nak holiday pun hilang. Rasa kalau boleh nak balik rumah je terus time tu. Demam berjangkit-jangkit,kejap sejuk menggigil,nafas panas,batuk sampai sakit tulang rusuk.


Friday, January 20, 2023

BEKAL PIA MINGGU 3/2023

 Bekal Pia sepanjang 4 hari sekolah untuk minggu ni...

Masak simple tak topup stock lauk habiskan yang mana ada je duk ulang menu yang sama ikut selera anak.Selagi berdaya ku turutiiiiiii

Hari Isnin 16/1/2023 : 
Sarapan nasi goreng cina+roti coklat,tengahari ayam masak merah nasi putih

Hari Selasa 17/1/2023 : 
Sarapan kuetiau tomyam,tengahari ayam berlado nasi putih

Hari Rabu 18/1/2023 : 
Sarapan roti sarang burung+pau daging,tengahari ayam kurma

Hari Khamis 19/1/2023 : 
Sarapan bubur nasi berlauk+roti,tengahari beli nasi bungkus😝 
Lauk dah habis peti pun dah kosong.

Hari ni kami dah cuti nak kemas dapur nak kemas rumah nak basuh toilet nak kemas beg.Jalan jam tak jam redah je lah dah lama tak jalan jauh.Selamat bercuti semua..moga selamat sampai ke destinasi selamat balik,dipermudahkan segala urusan,jaga diri jaga kesihatan.😘









Thursday, January 19, 2023

MAKAN-MAKAN DI MOHD CHAN

 

Dalam pada tak sihat Pia nak makan tomyam Mohd Chan.Demam pun selera tinggi ye...Teringin nak makan Chinese food la katanya...Kita follow je la tekak orang demam.

Macam biasa nak tengok menu kena scan QRCode.Rambang mata taktau nak order apa.Dimsum wajib order walau sikit.Taktau dimsum apa ni main belasah je makan.Nak order pau emas tapi dah habis tak ada Ong😂

Sementara tu makan cheecheongfun penuhi keinginan anak tekak sendiri.

Tomyam seafood Pia makan dengan nasi putih.Kuah tomyam ni tak pedas langsung so sesuai la dengan Pia yang tak tahan pedas tu.

Wantan mee kicap.Ada 2 jenis untuk mee kicap ni 1 mee kicap+BBQ Chicken untuk waled 1 lagi tu untuk saya ,wantan dia penuh isi.Mee kicap tu kena makan dengan cili potong baru ngam.Untuk orang yang kononnya tak nak makan nasi risau gemuk padahal sama je makan mee pun gemuk jugekk la😎

Cuti 4 hari ni JJCM ke mana?









Wednesday, January 18, 2023

WORDLESS WEDNESDAY~IKAN KERAI

 

Ikan kerai kategori ikan bangsawan a.k.a kayangan.
Mewah dan eklusif dari Sungai Pahang.
Tak perlu masak asam tempoyak hanya goreng saja.
Tapi hati-hati dengan tulang Y dia.

Semahal-mahal ikan pasti ada tulangnya.Semurah-murah ikan pasti ada isinya.
Sebaik-baik orang pasti ada kekuranganya.Selemah-lemah orang pasti ada baiknya.Carilah baik dalam kekurangan orang itulah akhlak,carilah buruk dalam kebaikan diri sendiri itulah ikhlas.

Monday, January 16, 2023

DEMAM VIRAL

Alhamdulillah Pia getting better.So far hari ni badan dah tak panas,cuma batuk masih ada.Nafas alhamdulillah dah okay.Just continue antibiotics.

Terima kasih auntie semua yang mendoakan Pia.Semoga yang mendoakan diberi kesihatan yang baik,rezeki yang melimpah ruah.

Demam kali ni rasanya lagi teruk.Doktor bagitau demam viral virus fever.Bukan donut je yang viral ye..

Apa yang Pia rasa badan dia lemah tak larat.Badan bahang sangat tapi Pia kesejukan sampai menggigil sejuk.Sakit sendi sana sini tambah pula batuk dan selsema.Makan ubat pun temperature tak turun.Kata doktor virus fever ni akan serang dalam masa 5 hari memang kita akan rasa sejuk tapi dalam badan panas dan dihidrasi,air dalam badan kurang bila masuk drip baru lah badan stabil.

Classmate Pia semua simptom yang sama macam kena denggi.Cikgu kelas pun gelabah minta sanitize kelas ingatkan covid atau influenza tapi semuanya negative,ye la anak murid 22 orang yang kena dalam masa serentak.

Semua berjaga-jaga ye jaga kesihatan..demam yang viral kali ni teruk sungguh jangan sampai kena nak pula anak-anak yang kena lagi teruk.

Hari ni Pia dah start ujian akhir tahun.2,3hari ni tak sempat nak buat ulangkaji saat-saat akhir untuk ujian badan tak sihat.Walednya cakap tak apa tak sempat nak study boleh ikut petua yang waled guna zaman sekolah katanya peluk buku time tidur😝

Apa pun yang datang moga Allah terangkan hati anak-anak.Anak-anak kita yang tengah fight.Cakap yang baik sebut yang baik doa yang baik InsyaAllah yang hadir juga baik-baik.

Saturday, January 14, 2023

BEKAL PIA SEPANJANG 2/2023

 Bekal untuk Pia sepanjang minggu,4hari je sebab semalam hari Jumaat Pia demam tak pergi sekolah.Bekal simple je untuk mak yang bekerja ni tak ada deco mendeco cantik cute macam orang lain.Sebab nak bekalkan 2 orang 2 tekak  2 selera lain-lain..Kadang pening dengar diaorang gaduh nak menu apa

Hari Isnin 9/1/2023 : 
Sarapan sandwich telur,tengahari nasi Kak Afzan bukan nasi KakWook😁

Hari Selasa 10/1/2023 : 
Sarapan baked macaroni cheese untuk Pia,Waled tak makan macaroni buatkan dia mushroom soup dengan garlic bread,tengahari nasi putih ayam sambal
Hari Rabu 11/1/2023 : 
Sarapan mihun goreng,pau daging,Tengahari nasi putih kari ikan

Hari Khamis 12/1/2023 : 
Sarapan lempeng dengan sambal tumis+kari ikan hari rabu,Tengahari nasi putih daging merah

Hari Jumaat 13/1/2023 : 
Saya tak sempat masak sarapan sampai ke malam minta Waled beli bungkus,dengan saya sekali ambil EL.Pia demam panas suhu badan 39.5 denyutan jantung terlalu laju 150.Tak tau apa punca,hari Jumaat tu 22 orang budak kelas Pia demam serentak dengan temperature 39.Pia terpaksa drip dan doktor minta warded tapi saya nak tengok dulu keputusan selepas drip(air).Alhamdulillah lepas pemantauan doktor ketika drip suhu badan Pia dah turun 37.5 dan denyutan jantung 128 walau masih tinggi sikit.

Kita sangat tak tenteram bila anak demam.










Thursday, January 12, 2023

PUDING RAJA

Ada beberapa kali juga kawan-kawan minta buatkan puding raja.Puding raja manisan tradisional orang Pahang.Hidangan puding raja ni suatu ketika dahulu salah satu hidangan pencuci mulut keluarga DiRaja Istana Pahang.Tapi sekarang ni rakyat biasa pun dah boleh merasa dessert ni.
Saya buat jala mas tu 100% dari kuning telur itik.Kebanyakan sekarang orang dah buat guna kuning telur ayam.Nak pula harga telur dah boleh tahan sekarang ni,telur ayam pun dah mahal apatah lagi harga telur itik.Nak senang beli aje jala mas yang dah siap.
Bahan-bahan lain untuk membuat Puding Raja ni saya guna pisang lemak manis Pahang,ceri,gajus,buah prun,susu cair untuk sos kastard.
Resepi sos kastard:
Campurkan kuning telur ayam,susu cair,esen vanilla
Tambah air,gula dan daun pandan
Masak atas api yang sederhana hingga mendidih

Susun pisang lemak manis yang dah digoreng dengan minyak sapi dalam bekas,letak jala mas sehingga menutupi pisang,hias dengan buah prun,gajus dan manisan ceri.Kemudian tuang sos kastard,sangat sedap dimakan sejuk.

Kalau beli tak puas makan(sebab mahal) maka kita buat la sendiri buat 'huduh-huduh' je lepas la anak tekak sendiri dan kawan-kawan makan.


 

Wednesday, January 11, 2023

WORDLESS WEDNESDAY~3 JENIS SELERA

 


Ada masa saya masak ikut selera penghuni dalam rumah ni tapi ada masa kena ikut prinsip 'take it or leave it'
Dalam rumah ni duk bertiga je tapi sorang tak makan itu sorang tak makan ini.Emaknya aje yang tolak kayu dan batu.
Yang ni sarapan hari minggu Pia tak makan pulut,saya pula teringin nak makan pulut pagi kelantan tapi waled pula tak makan pulut manis.

Tuesday, January 10, 2023

MAKAN KENDURI KAHWIN

 

Di saat dalam suasana tegang dengan isu panas En.Jabar balik kerja hulur kad.Nasib baik En.Jabar yang dijemput bukan En.Jabar yang menjemput😎

First time saya attend majlis perkahwinan beramai-ramai yang diadakan di Timorra Venue Tanjung Lumpur,tak jauh pun dari rumah.Majlis perkahwinan beramai-ramai ni dah jadi macam 'trend' kan..Tujuan utama mesti lah tidak lari untuk membantu pasangan pengantin meringankan beban belanja perkahwinan tetapi masih dapat melalui pengalaman indah.

Kami sampai jam 12pm dah ramai tetamu yang hadir majlis nampak meriah sebab meraikan 10 pasangan pengantin.Singgahsana yang akan duduk oleh raja sehari secara bergilir-gilir.Selepas selesai sesi pelamin pengantin beredar untuk makan beradap.


Ini menunya.Nasi beriyani sedap,daging masak hitam pun sedap dagingnya tak keras dan tak terlalu hancur.Pencuci mulut ada bubur pulut hitam,karipap,kuih bakar,popia sambal,buah oren,nampak ada juga mihun goreng.Kami makan dulu pengantin belum sampai..

Nampak ada kelainan pada majlis ni dan menarik juga.Kami tak tunggu sampai habis majlis,difahamkan ada acara cabutan bertuah,persembahan tarian dan sesi pemotongan kek beramai-ramai oleh 10 pasangan pengantin.


Setiap tetamu yang hadir akan dapat 1 goodie bag dalam tu ada air mineral, cookies ni,bunga telur mentah bukan telur rebus agaknya penganjur tak sempat nak rebus.Saya balik rumah konon malam tu tak nak masak nak buat sandwich telur je,nak kupas sekali telur mentah.Sebiji goreng telur mata 2 biji rebus dulu😂

Apa yang saya nampak penganjur memberikan yang terbaik untuk para pengantin.Dengar-dengar hanya perlu bayar lebih kurang RM3,500.00 tiada apa yang kurang malah nampak lebih sempurna dan mewah.

Doa kami untuk pengantin selamat menjalani kehidupan berumahtangga.








Monday, January 09, 2023

APAM COKLAT RESEPI MUMMY AYU

Resepi Apam Coklat | ✿ Life Is Beautiful ✿ (mummyayu.blogspot.com)

Kebetulan Pia memang duk ajak buat kek buat kuih nak bawa pergi sekolah makan dengan kawan-kawan kelas.Haritu dia cerita ada kawan dia bawa kek batik tak cukup ada yang berebut sampai tarik-tarik tudung.Ada kawan sorang lagi tu bagitau la Pia sebab dia pengawas ada orang bergaduh dalam toilet.Pia cakap dia tak tau nak buat apa terkejut tengok kawan-kawan dia bergaduh.Dia pergi bagitau cikgu disiplin,dah jadi panjang pula cerita 2 orang kawan tu.Dia balik cerita dekat saya dengan waled,meleleh juga air mata kami ketawa😂

So hari Sabtu tu tertunai la hajat Pia nak buat kuih untuk kawan-kawan.TQ Mummy Ayu resepinya mohon halalkan ye..Hasil air tangan anakdara,resepi mudah,cepat yang pastinya sedap.

Comot-comot ada sikit ada banyak isianya.Saya memang jadi pemerhati je tak masuk campur,cuma bab kukus tu je lah saya buat risau juga wap periuk panas.
Banyak pcs juga dapat.Suka sangat la Pia waled duk puji-puji sedap.Saya bagitau ini resepi kawan umi,Pia kena doakan kebaikan untuk kawan umi sebab dah share resepi ni.

Yang ni hantar bagi jiran sebelah sikit berkongsi rasa air tangan Pia.Anak-anak jiran ni dulu kecil-kecil selalu datang rumah main dengan Pia dah besar ni masing-masing malu balik sekolah semua duduk diam dalam rumah.Kalau terserempak depan pagar pun just lambai-lambai je.Minta Pia tolong hantarkan kuih ni pun malu,yang tukang hantarnya waled la.

Sekali dah buat berkali-kali minta nak buat lagi.Ok..ok..no hal boleh bahan-bahannya pun senang nak sedia,kalau minta buat kek macam aunty Jaja mau menangis umi ceruk dapur seram...................umi tak ada seni buat kek.







Saturday, January 07, 2023

BEKAL PIA SEPANJANG MINGGU 1/2023

 Bekal untuk Pia sepanjang minggu ni sekolah pagi dan petang.Dah 6 tahun dapat sediakan bekal untuk Pia,kadang ada juga terbabas dah tak ada idea sangat beli nasi bungkus makcik jual tepi jalan.Panjang umur ada masa 1 tahun lagi sebelum Pia masuk sekolah menengah.Walednya target nak hantar Pia sekolah berasrama.Tapi hati umi belum bersedia😭

Sebagai kenangan untuk suatu hari nanti saya simpan disini dulu.Semoga terus istiqomah hendaknya...

Hari Selasa 3/1/2023 : 
Sarapan burger,tengahari laksa penang

Hari Rabu 4/1/2023 : 
Sarapan spaghetti carbonara,tengahari nasi putih seaweed ayam goreng
Untuk umiwaled ayam goreng kunyit

Hari Khamis 5/1/2023 : 
Sarapan pagi nasi goreng pattaya ayam goreng,tengahari nasi putih udang masak lemak cili api telur dadar


Hari Jumaat 6/1/2023 :
Sarapan dan tengahari nasi lemak bungkus dengan ayam goreng 








Friday, January 06, 2023

NASI BERIANI MAKEY PALACE KUANTAN

 Sambung lagi cerita makan.Kali ni anak tak nak ikut sebab MakPak teringin nak makan nasi kenduri bukan taste dia.


Makey Palace ni terletak betul-betul di tengah Bandar Kuantan bersebelahan dengan Masjid Negeri.Nasi beriani 100% orang Melayu.Saya pertama kali masuk restoran ni..cantiknya deco dia suasana dalam restoran hiasan ala tradisi kenduri kahwin Melayu.




Kami cuba Nasi Beriani Lamb Shank Masala 11 rempah.Kambing dia memang sedap,serius lembut dagingnya juicy lembut sungguh boleh lerai dari tulang.Licin makan sampai ke tulang pun licin.Waled kata sedap nasi beriani dekat sini siap nak recommend pada kawan-kawan office.Tapi tak boleh la lawan nasi beriani gam Johor.Lain orang lain rasanya.Kalau ada yang kebetulan sampai Kuantan boleh la cuba singgah ke sini.


Rodong kabo siap makan confirm nyandor,eh betul la tengok Waled menyandor.Saya makan sikit je cuit-cuit tak sempat nak menyandor😂