Wednesday, November 06, 2024

Skywalk Menara Kuantan 188

Cerita cuti Deepavali.Seperti biasa memang lembap nak berkongsi cerita di blog😁

Cuti Deepavali haritu kami tak keluar dari Kuantan,masing-masing tak dapat nak sambung cuti hari Jumaat,tambah Pia balik cuti kali ni cikgu dah kirim pakej percutian dengan homework dan kelas online.

Pia dah lama sebenarnya teringin nak skywalk di menara 188,tapi belum berkesempatan.Kebetulan cuti 1hari ni kita tak pergi mana-mana jom la kita layan permintaan anakdara sorang ni.

Menara Kuantan 188 kedua tertinggi di Malaysia selepas menara Kuala Lumpur,kedudukannya yang berdiri di tebing sungai Kuantan menjadikannya tarikan untuk melihat pemandangan bandaraya Kuantan secara 360 darjah.

Kebetulan hari Khamis tu cuaca pun baik dengan angin yang nyaman jadi boleh la kita jamu mata melihat panorama indah bandar Kuantan.


Saya beli tiket secara walk in di kaunter RM98 utk skywalk & untuk yang nak naik ke skydeck sahaja dewasa RM36 seorang, lepas buat bayaran perlu isi borang dan perlu serah pada instrutor skywalk.Dia tengok alamat rumah kami "ooo orang dekat je.." πŸ˜‚

Instructor akan pakaikan peralatan keselamatan pada badan dan bertopi sebelum naik ke skydeck dengan ketinggian 104meter.

Diberi taklimat ringkas sebelum memulakan aktiviti

Siapa yang suka aktiviti lasak yang mencabar adrenalin memang awesome tapi saya nak duduk tepi-tepi pun tak berani.Nak ambil gambar pun berdebar risau takut terlepas telefon ke bawah.
Macam-macam aksi yang dia suruh Pia buat, kita yang tengok ni tak  boleh nak berdiri dah menggigil kakiπŸ˜…
Ada video yang dia suruh Pia berlari-lari anak sambil meluncur tapi tak boleh nak upload pula la


Masjid Sultan Ahmad Shah 







Jemput datang ke Kuantan...TibehhhπŸ˜€

















15 comments:

  1. berani sungguh Pia, kalau ammi pun mau gigil lutut, jantung semua

    ReplyDelete
  2. Pergh…berani sungguh anak dara Afzan.
    Akak jenis gayat, sama la kot macam Afzan…nak ambik gambar pun seram takut terlepas phone.

    ReplyDelete
  3. Memang gayat akak ni. Bila baca tajuk je kaki akan rasa macam seram sejuk. Automatik ya. Bila tengok gambar.....lagi la. Memang berani ya....

    ReplyDelete
  4. Adoi! Beraninya!

    Kalau uncle, No Thank You!

    ReplyDelete
  5. Acik spesis acrophobia 😩😩
    Relax je eh Pia atas tu.

    ReplyDelete
  6. Berani nya pia... Linda nie suka juga nak cuba.. Tapi, bila dah sampai tu, debo dia lain macam.. Terus seram sejuk nanti.. Hahaha

    ReplyDelete
  7. Wah Pia berani juga ya.
    Saya melihat dari fotonya saja sudah ngeri begini.

    Salam,

    ReplyDelete
  8. Adoiii.
    ...seriau tapak kaki makcik ni Pia oiii....gayatttt

    ReplyDelete
  9. Sayaa mauuuuuuuu nak cobaaaa 😍😍😍😍😍.omg, segala sesuatu yg menaikkan adrenalin, memang lah saya sukaaaaa kak. Krn itu saya rela ke Macau hanya utk bungee jumping, atau main reverse bungy dan Giant swing di Singapore dan Bali, lalu sky diving juga.

    Skywalk ini saya pernah coba di menara komtar. Memang best.. anak saya yg pertama sama dengan saya sukaa sangat wahana ekstreme.

    Nanti nak coba yg di kuantan inilah ❤️❤️❤️.

    ReplyDelete
  10. wahhhh best ni
    tapi harga boleh tahan juga ya

    ReplyDelete

Terima kasih singgah komen..