Cerita cuti Deepavali.Seperti biasa memang lembap nak berkongsi cerita di blogπ
Cuti Deepavali haritu kami tak keluar dari Kuantan,masing-masing tak dapat nak sambung cuti hari Jumaat,tambah Pia balik cuti kali ni cikgu dah kirim pakej percutian dengan homework dan kelas online.
Pia dah lama sebenarnya teringin nak skywalk di menara 188,tapi belum berkesempatan.Kebetulan cuti 1hari ni kita tak pergi mana-mana jom la kita layan permintaan anakdara sorang ni.
Menara Kuantan 188 kedua tertinggi di Malaysia selepas menara Kuala Lumpur,kedudukannya yang berdiri di tebing sungai Kuantan menjadikannya tarikan untuk melihat pemandangan bandaraya Kuantan secara 360 darjah.
Kebetulan hari Khamis tu cuaca pun baik dengan angin yang nyaman jadi boleh la kita jamu mata melihat panorama indah bandar Kuantan.
Saya beli tiket secara walk in di kaunter RM98 utk skywalk & untuk yang nak naik ke skydeck sahaja dewasa RM36 seorang, lepas buat bayaran perlu isi borang dan perlu serah pada instrutor skywalk.Dia tengok alamat rumah kami "ooo orang dekat je.." π
Instructor akan pakaikan peralatan keselamatan pada badan dan bertopi sebelum naik ke skydeck dengan ketinggian 104meter.
Diberi taklimat ringkas sebelum memulakan aktivitiSiapa yang suka aktiviti lasak yang mencabar adrenalin memang awesome tapi saya nak duduk tepi-tepi pun tak berani.Nak ambil gambar pun berdebar risau takut terlepas telefon ke bawah.Macam-macam aksi yang dia suruh Pia buat, kita yang tengok ni tak boleh nak berdiri dah menggigil kakiπ
Ada video yang dia suruh Pia berlari-lari anak sambil meluncur tapi tak boleh nak upload pula la
Jemput datang ke Kuantan...Tibehhhπ
berani sungguh Pia, kalau ammi pun mau gigil lutut, jantung semua
ReplyDeleteberani nya Pia..wahhhh....
ReplyDeleteberani Pia tu ye..kita mak2 gayat hehe
ReplyDeleteWehhh Pia, kering darah umiwalid tu haaaa.
ReplyDeletePergh…berani sungguh anak dara Afzan.
ReplyDeleteAkak jenis gayat, sama la kot macam Afzan…nak ambik gambar pun seram takut terlepas phone.
Memang gayat akak ni. Bila baca tajuk je kaki akan rasa macam seram sejuk. Automatik ya. Bila tengok gambar.....lagi la. Memang berani ya....
ReplyDeleteGayat tapi rasa nak try jugak nanti
ReplyDeleteAdoi! Beraninya!
ReplyDeleteKalau uncle, No Thank You!
tengok gmbr terkucil je rasa., huhu
ReplyDeleteAcik spesis acrophobia π©π©
ReplyDeleteRelax je eh Pia atas tu.
Berani nya pia... Linda nie suka juga nak cuba.. Tapi, bila dah sampai tu, debo dia lain macam.. Terus seram sejuk nanti.. Hahaha
ReplyDeleteWah Pia berani juga ya.
ReplyDeleteSaya melihat dari fotonya saja sudah ngeri begini.
Salam,
Adoiii.
ReplyDelete...seriau tapak kaki makcik ni Pia oiii....gayatttt
Sayaa mauuuuuuuu nak cobaaaa πππππ.omg, segala sesuatu yg menaikkan adrenalin, memang lah saya sukaaaaa kak. Krn itu saya rela ke Macau hanya utk bungee jumping, atau main reverse bungy dan Giant swing di Singapore dan Bali, lalu sky diving juga.
ReplyDeleteSkywalk ini saya pernah coba di menara komtar. Memang best.. anak saya yg pertama sama dengan saya sukaa sangat wahana ekstreme.
Nanti nak coba yg di kuantan inilah ❤️❤️❤️.
wahhhh best ni
ReplyDeletetapi harga boleh tahan juga ya