Friday, May 19, 2023

Topik PENAT minggu ni...

Pukul 7 petang kelmarin sampai rumah setelah 3 hari bermusafir atas urusan kerja.Bila badan penat mula la datang macam-macam rasa,badan rasa seram sejuk macam nak demam tapi suhu ok.

Bila bercakap bab penat orang perempuan ni banyak pengaruh mental dan emosi mula la cepat marah suara pun meninggi dengan anak cepat sangat hilang sabar.Itu saya la orang lain penat biasa je padahal semua orang penat.

Ceritanya seminggu sebelum ni pun dah penat mengemas rumah,beli barang untuk buat open house.Dari awal ingatkan tahun ni tak nak buat open house,tapi bila dah ramai yang tanya bila nak buat ulang-ulang kali kita pun decided untuk jemput datang hari Ahad.

Sabtu malam dah start kupas bawang,sambil duk congak berapa orang yang nak datang.Kira-kira eh ramai juga ni dalam 70 orang.Bagitahu orang tu, teringatkan orang ni,nanti dia tahu kita buat makan tak ajak kecil hati pula kan..dah jadi ramai.


Berdua je dengan Daisy,waled ada jemputan open house di pejabat dia tanya nak ikut tak kalau saya ikut pukul berapa nak siap kerja dapur ni.Semuanya nak masak sendiri ni dalam hati risau juga bila buat makan-makan kalau makanan tak cukup,kalau terlebih banyak risau membazir pula.Overthinking tu selalu ada.

Lepas subuh cepat-cepat masuk dapur bancuh adunan roti jala 1kilo,sambil menjala sambil buat kuzi ayam ada juga kuah manis serawa durian buat lawan dengan roti jala.Ada je masalah kalau nak cepat ni kuali yang biasa guna buat lempeng,buat roti jala melekat pula,tukar kuali lain pun sama juga.Saya duduk bertenang kejap guna semula kuali yang pertama tadi eh molek elok pula dia.Semua makanan siap hidang pukul 11pagi..jemputan nak datang pukul 12 sempat la tuan rumah wangi-wangi dulu.


So hari tu saya masak nasi khomok 5kilo beras basmathi,ayam berempah 7 ekor.Ayam beli pagi hari Sabtu balik rumah terus basuh perap awal-awal.Masa pergi pasar beli ayam pun ada kejadian yang buat rasa hati ni penat.Ada seorang pekerja pasar tengah angkat kanopi terlanggar saya dan besi kanopi dia terjatuh atas kaki saya,satu perkataan maaf pun tak keluar dari mulut dia.Saya ni rasa dah nak keluar air mata menahan sakit biru juga la kaki.Dia boleh pula buat tak ada apa-apa padahal dia dengar saya menjerit terkejut besi terjatuh atas kaki saya.Pia pula yang menangis dekat pasar tu sebab orang tu tak minta maaf pada saya.Ramai la mata yang memandang,kami cepat-cepat masuk kereta.

Ramai lagi tetamu yang saya tak sempat nak ambil gambar.Masa tu tengah bersilat dekat dapur goreng ayam tak pun tinggal masuk solat jap.Alhamdulillah makanan semuanya cukup,ada lebih sikit cukup untuk tuan rumah makan malam.Tetamu last pukul 7,lepas maghrib waled dah siap-siap kemas beg nak ke KL.Tinggal la saya sekali lagi sorang-sorang di dapur.

Penat uiiii mengemas,masak,mengemas lagi.
Tunggu Pia kahwin nanti la lagi 15tahun baru kita buat kenduri lagi.Memang all out open house tahun ni,saya belum pernah buat kenduri jemputan ramai kalau setakat tetamu datang 1-2 keluarga tu biasa.Ini pertama kali saya masak sorang-sorang untuk ramai tetamu.
Seronok memang seronok dapat jamu tetamu dengan air tangan kita,bila tetamu cakap sedap ermm kembang montot titew tapi tu la busy jadi orang dapur sorang-sorang.

Hari Isnin saya ambil cuti alhamdulillah dah kemas rumah.Setel semua.Penat dia jangan cakap la sebelum tidur menangis dulu rasa badan burn out padahal sedih laki out station,laki balik saya pula keluar out station,nak kena tinggal anak walaupun anak lagi suka uminya kerja jauh.

Hari Selasa Pia mesej bagitau dia ada jamuan hari raya di sekolah,dia tanya saya nak bawa apa untuk potluck kelas dia.Saya minta dia bagitau waled beli je apa-apa dekat bakery tak pun bawa je kuih raya yang mana ada.Sekali dia hantar gambar waled tengah buat kek coklat guna drill,spindle tukar guna garfu..katanya tak jumpa mana saya letak mixer,tengok tu habis semua keluar periuk,dapur confirm bersepah semula dengan tepung dan serbuk coklat.

Hari ni nak bermalasan je,esok ada lagi 1 jemputan open house bila nak habis raya eh rasa macam lama pula raya tahun niπŸ˜‚

Ahad kena bermusafir lagiπŸ˜”








24 comments:

  1. alahai..siannya dia..apa pun..alhamdulillah semua selesai dah kan. lepas ni curi2 masa rehat yer...re-charge balik tenaga tu..
    MA semalam pun rasa down kejab, mengenangkan anak2 nak membesar ni.. Allahu...

    ReplyDelete
  2. Semoga urusan sis dipermudahkan. Memang rasa puas hatikan dapat jamu orang makan. Tapi tulah penat je. Anyway salam perkenalan. Done follow blog sis

    ReplyDelete
  3. Akak baca pun turut rasa penat Afzan tu. Tahniah tau, hebat Afzan memasak untuk orang seramai tu. Kejadian kat pasar tu, kuang asam betul orang tu... ish.. teruk betul la. Ciannya dia... kena outstation lagi, ye? Selamat ye, Afzan. Semoga dalam lindungan Allah selalu.

    ReplyDelete
  4. Memang penat buat rumah terbuka. Lega tahun ini tidak buat.
    Tabik buat semua kerja memasak makanan.

    ReplyDelete
  5. YA ALLAHH .. akak baca pun rasa penat ni. macam2 yg dimasak. then banyak lak tu.

    ReplyDelete
  6. Paham sangat², hugs sikit πŸ€—
    Sbb tu kadang berpuluh kali fikir dan kena ada mood dulu baru boleh buat open house ni w/pun katanya kecil-kecilan je esp kalau kita masak sendiri. Bab sebelum, semasa dan selepas tu semuanya memenatkan. Tapi itulah, tahun ni kata tak nak buat dah, tahun depan buat juga πŸ˜… (PH la tu )

    ReplyDelete
  7. Aduhai Afzan…berbaur rasa akak baca.
    Ada geram, ada geli hati.
    Dan ya, ikut rasa penat hadap macam-macam hal yang Afzan ceritakan.

    Alhamdulillah Afzan dah lalui semuanya dengan tabah hati.

    ReplyDelete
  8. Dapat rasa kepenatan akak tu. Masak banyak² sorang² pulak tu. Mengemas pun sorang. Mujur ada Pia boleh juga tolong sikit² kan.
    Aduhaiii, rajin waled menggodek kek coklat.

    ReplyDelete
  9. Bekenan la dengan warna dinding kotak-kotak kelabu tu....

    ReplyDelete
  10. Memang penat buat open house. Saya buat open house tahun lepas, tahun ni tak buat sbb walaupun asalnya ada niat disebabkan kiteorang baru je baik dari demam selsema.

    ReplyDelete
  11. meriag sungguh dan ramai tetamu datang...kalau penat dan lelah pun boleh tahan juga

    ReplyDelete
  12. Masyaa Allah hebatnya Afzan,masak kemas,kena tinggal dan meninggalkan bermacam rasa sepanjang Syawal.Yang pasti menjamu tetamu itu sangat besar pahalanya.
    Ending tu menarik!
    Hebatlah Waled,
    "Drill Chocolate Cake"
    Pastinya menjadi moment indah untuk Pia kenang nanti..
    Kita nantikan 13 tahun itu..😍

    ReplyDelete
  13. Kita pun ikut penat sekali ni, rajinnya Afzan layankan orang2 nak beraya tu. Hahaha.. tapi kita pelik juga pada mulanya, nampak macam drill tapi macam ada mangkuk tgh putar kek, bila baca, ah, betullah. Ikut suka waled aje kan.

    ReplyDelete
  14. saya faham kepenatan tu. bila berseorangan buat kerja itu ini, sapa je yg x letih emosi dan fizikal

    ehhh geramnyaaaaaaaaa dgn pekerja pasar tu!!!!! kalau sy terus jerit "sakitlah gilaaaaaa!!!!" biarlah org pandang nak kata apa eeeeee sakit plak hati saya...

    so kaki tu macam.mana laa ni? masih ada sakit2 lg?

    ReplyDelete
  15. perempuan kalau penat mmg semua benda nak mrh hahaha. kalau boleh kerusi makan pon nk marah. sama la. normal tu kan kak. ini kalau masak nk jamu org semua jadi tak kena kan. bukan tak kena tpi risau kalau boleh nak jamu org yang paling the best. tpi bila dah tgok org semangat makan, semua ok, terus lega kan. penat lepas tu belakang kira. tpi seronok. tahun ni insaf tahun depan buat lagi sebab seronok. apa2 pun bila org dtg rumah kata mereka datang bawa rezeki sekali. alhamdulillah

    ReplyDelete
  16. anak dara akak pun tanya mama xnak buat openhouse he hee adoii anakk. mama surender . pesan dia nk jemput kwn2 dia blh je dtg msk masak sikit2 tp kalu openhouse memang tak berdaya.
    abah pun x larat

    ReplyDelete
  17. ramai jemputan tu...masak smua sndiri tkde yg menolong mmg penat...lps tetamu balik penat ngemas pula kan...tp dpt jamu tetamu dgn masakan sendiri puas ati...aduhai kena besi tu mmg sakit la..bertabahla

    ReplyDelete
  18. aduhai besi kena kaki mmg menitik lah air mata. dah lah tak mintak maaf langsung ye hermm kesiannye akak.

    jadi org dapur sorang-sorang mmg letih ya rabbi.
    Ana ni sllunya kalu buat open house mmg takkan sorang.
    import pnggil akak ipar balik tolong sbb Ana sorang je gerl.
    tak terdaya nak imagine kalu Ana kena struggle msk sorang =P

    perhhh Waled guna drill! ehh tp org laki mmg sllu tak jumpa
    bila cari barang apa-apa kan kak? kena umi / ibu cari baru jumpe hehe

    salam syawal kak (wlupun dah habis syawal hehe)
    Ana mohon maaf juga mana tahu ada terkasar komen :)

    ReplyDelete
  19. Sakit tu besi kena kaki..kalau SA memang dah kena dah org tu...guna drilll.....alamakkkkkk

    ReplyDelete
  20. hebatnya! boleh masak sorang2 utk 70 org tetamu! Jarang org buleh buat mcm ni.

    ReplyDelete
  21. Macamana kaki tu sekarang?
    Masih lebam ke?
    Agaknya orang tu pekak kot, tak dengar teriakan heheee.

    ReplyDelete
  22. Wah sibuk sekali nih Mbak...
    Tapi syukurlah, ada yang temani selagi sibuk. Tuh ada kucing. Lucu banget. Daisy ya?

    Oh ya Mbak, maksud acara open house itu apa Mbak? Mohon dijelaskan Mbak.

    Salam persahabatan,

    ReplyDelete
  23. gigih afzan menjala utk pot luck. mesti sedap

    ReplyDelete
  24. Moga dipermudah urusan ya. Kadang ada hari memang kita penat. Banyak benda nak kena fikir.

    ReplyDelete

Terima kasih singgah komen..