Friday, May 17, 2024

ME'NATE STEAK KUANTAN

 Birthday treat waled yang ke 4* jom la kita belanja dia tempat fav dia di Me'nate Steak Kuantan.Baru juga launch di Kuantan kalau tak silap saya dalam bulan Februari lepas.Sebelum ni kalau teringin sangat nak makan steak sanggup dari Kuantan ke Ampang.

Sebelum datang dah booking meja awal,maklum la apa yang masih baru di Kuantan ni akan jadi tumpuan orang ramai.Sampai je terus boleh duduk dan order.

Kebetulan meja sebelah pun nak celebrate birthday..tapi tuan empunya belum sampai jadi kita tumpang la sikit buat bergambar😁Nak tempah macam ni rasa segan pula,umur dah sikit lagi nak masuk 50 macam tak sedar diri dah tua,padahal bini dia rasa membazir la nak deco-deco ni.

Kita bagi dia peluang pilih sendiri apa yang dia teringin nak makan.

Kebetulan juga Pia dapat PB 5 hari sempena maktab jadi tuan rumah perkhemahan pandu puteri kebangsaan,kalau tak waled kena tunggu anak balik cuti penggal la baru boleh celebrate.

Pilihan saya wagyu burger.sekali rasa macam nak datang lagi tapi kena fikir 2 kali.Separuh burger dah kena cukai dengan DakPia.


Pia pilih Lamb Ribs,tapi makan sikit je sebab duk terliur burger ummi

Waled ambil beef ribs.Sebelum makan manis je muka.


Muka dah kelat,
macam biasa job bapa-bapa tukang licinkan baki makanan anak.













21 comments:

  1. Hahahah...walid kena abiskan makanan erk...kelat je muka...sama macam suami akak la..lepas tu dia bising gemuk sebab problem ni la..jadi tukang habiskan makanan..happy belated birthday walid Pia

    ReplyDelete
  2. kak ret kat KL pun x smpt nk merasa steak dia lagi hehehe

    ReplyDelete
  3. Ayat last tu...hehehe tapi memang setuju tu. Nampak hidangan sedap la.....burger tu besonya.....

    ReplyDelete
  4. Gitulah kaum bapak2 kan. Hahaha. Masa anak kecik kaum mak2 suap anak sambil habiskan makanan tak habis. Hihi. Btw happy birthday untuk suaminya.

    ReplyDelete
  5. Sedapnya, bilalah boleh nak makan Menate ni hehe

    ReplyDelete
  6. Happiest birthday waled Pia.
    Semoga beroleh umur yang barakah.

    wahhh.. seronoklah Pia dapat PB 5 hari 😍

    ReplyDelete
  7. Happy belated birthday kepada abi pia.. semoga sihat dan bahagia hingga ke syurga.. diberi limpahan rezeki sepanjang usia.. ameeennnn

    ReplyDelete
  8. Sebenernya ada kafe burger yg saya liat dari postingan mama tisya waktu itu, nampak sedaaap dan besar. Tapj lihat burger Wagyu ini, rasa nak mau juga 🀣🀣. Jadi pening, cuma 3 malam di KL nanti, tapi list kuliner yg nak dicoba banyak sangat πŸ˜‚πŸ˜‚

    ReplyDelete
  9. Itulah pengorbanan seorang bapa ahak!
    Rasanya masa anak kecik2 dulu PH yg selalu habiskan makanan depa, ialah kita makan tak brp sempurna sbb asyik tengok² diorg, suap dsbnya. Bila depa dah besar², kalau x habis turn Walid depa la tolong perabih hihi...
    Anyway HB utk ayah Pia. Semoga sihat² selalu 🀲

    ReplyDelete
  10. wah beger wagyu...tk pernh try lg....jauh tu kuantan ke ampang ye...nasibaik dh ada menate kt kuantan skarang...anyway happy belated birthday utk waled pia

    ReplyDelete
  11. Wah, dah ada cawangan Menate sana ye. Akak tak merasa lagi yang kat Ipoh. Besornya burger dia, Afzan. πŸ˜‹ Best, dapat sambut birthday Waled, satu family.

    ReplyDelete
  12. wahhhh ada Pia dpt sama-sama celebrate bday walid barulah mama senyummmm hehehe

    ReplyDelete
  13. happy bedayy
    menate kalu kat kl, wangsa maju x silap penah mkn dgn boss belanja
    kalu cik nur comfirm kena share sb x abis mkn, suami pun tau dah he hee

    ReplyDelete
  14. Sedapnya.. x pernah lg mkn kt menate.. pernah nmpk di bangi dlu tp x singgah pun.. anyway happy belated birthday waled pia

    ReplyDelete
  15. Moga panjang umur dan murah rezeki.

    ReplyDelete
  16. happy belated birthday utk waled pia...

    nampak sedaplah wagyu burger tu...
    harganya ada tak dlm sekitar RM30?

    ReplyDelete
  17. sedap mmg sedap tapi ngeri bab harganya.
    ammi siap cakap kat anak "nak makan sini make sure markah kena more than 90 je semua...semuaaaaa"... hahah

    ReplyDelete

Terima kasih singgah komen..